Saturday, October 30, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan IIC


“Semua kamu adalah gembala, dan semua akmu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya.”
~HR Bukhari

Pada 29 haribulan oktober, pukul 9 malam, bertempat di Dewan Seminar KRP, satu majlis pertukaran sesi kepimpinan untuk IIC telah diadakan. Majlis ini diadakan bagi menaikkan pimpinan baru IIC untuk sesi 2011.


Ucapan alu-aluan diberikan oleh salah satu penasihat IIC iaitu PM Dr. Aminatuzuhariah Bt. Megat Abdullah. Secara ringkas, beliau telah menyuntik semangat kepada hadirin tentang pentingnya gerak kerja yang dilakukan oleh kelab ini.

Harapan beliau agar IIC terus menjalankan program yang islamik untuk kepentingan Islam terutama sekali di bumi KRP ini.






tidak ketinggalan, ucapan pengetua KRP yang berkisar tentang kelebihan kelab ini dan beberapa perkara yang berkaitan dengan surau telah dibincangkan. InsyaAllah air-cond untuk surau KRP…








Antara pengisian yang dijalankan adalah pengenalan kelab kepada semua hadirin yang datang. Terutama sekali penerangan berkaitan dengan VMO (Visi, Misi, Objektif) kelab.






Ucapan permulaan oleh pengerusi IIC yang baru. Harapan dan sedikit pesanan buat hadirin bagi memastikan kelancaran perjalanan IIC pada masa akan datang.



Siapakah mereka..


Mereka datang dari pelbagai generasi..


lama dan baru, mantan dan bakal..


Barisan kepimpinan yang baru..

Dan…

"pimpinan adalah orang yang terpilih. apa yang mereka lakukan adalah cara orang yang terpilih"
~kamsar, 31 oktober 2010, 2.41am

catatan:
1) semoga sesi kepimpinan kali ini lebih baik dari yang lepas tapi tak sebaik yang akan datang
2) semoga perjalanan mantan (mundar mandir tanpa jawatan) tidak berakhir di sini
3) lakukan yang terbaik dan target yang terbaik.

Wednesday, October 27, 2010

Beruk


Satu lagi novel yang bukan karangan FT. novel “BERUK” ini adalah karangan Azizi Abdullah.

“Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang itu tidak beriman hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”

Jika kita melihat cerita-cerita yang berasal dari Malaysia pada suatu masa dahulu, jalan cerita yang dibawakan biasanya tidak lari dari menceritakan tentang seorang budak kampung yang miskin, tapi mempunyai semangat juang yang tinggi. Seorang yang bijak dalam pelajaran. Sering menjadi mangsa buli. Ramai orang tidak suka kepadanya. Dia seorang yang tabah. Dan pada penghujung cerita, budak ini telah melakukan sesuatu yang luar biasa hingga menyebabkan orang ramai berasa kagum dengannya. Peleraian cerita pula, budak ini telah menjadi seorang yang sangat Berjaya dalam hidup!.

Untuk cerita pada zaman sekarang, saya cadangakn supaya tidak membincangkannya. Tentang bagaimana pocong itu berkeliaran kerana mati dibunuh selepas dirogol beramai-ramai dan mayatnya dicampak ke dalam sungai. Tentang bagaimana seorang wanita jelita yang menjadi rebutan di antara seorang ustaz dan seorang ahli ilmu hitam. Tentang saka harimau yang perlu diwariskan kepada keturunan melalui jari hantu. Tentang sekumpulan kawan yang tersesat di dalam hutan….bla..bla..bla..

Novel ini mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan situasi pertama. Cerita yang sering saya dengari dari orang tua-tua semasa saya kecil. Terimbau kembali semasa saya dan abang dan kawan-kawan lain mengerumuni kepala ayah saya untuk mencari uban dan beliau akan memberikan satu cerita yang pastinya mempunyai pengajaran untuk ‘budak-budak’ seperti kami sebagai upah mencari uban.

Alias merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang kehilangan ayah sejak kecil. Ibunya lumpuh. Rumahnya usang hampir runtuh. Harta peninggalan ayahnya adalah “pon”. Seekor beruk yang bijak dan pandai memetik kelapa. Upah petik kelapa itulah punca rezeki dua beranak itu. Sedih kan…

Dia sering diejek BERUK di sekolah termasuklah cikgu kesayangan dia sendiri. Tapi dia tidak pernah merungut. Dan akhirnya… boleh baca sendiri. Satu jaminan saya, jika anda menghayati jalan cerita ini dan hati anda belum cukup keras, anda akan menangis. Terutama sekali bab-bab terakhir buku ini. Teresak-esak tuh!. Jadi, kalau nak baca tu, sembunyilah sikit ya..

Tahukah anda, Cimpanzi adalah binatang yang paling cerdik. Tapi ia tidak akan sampai kepada level manusia kerana manusia mempunyai akal dan ia tidak.

Mungkin Darwin mencipta teorinya selepas melihat hubungan baik yang terjalin di antara manusia dan beruk. Dan ada juga manusia pada zaman sekarang yang berperangai seperti beruk..kahkahkah..

~santuni semua jiwa walaupun hanya seekor anak ikan~
Tokei ikan bertaQwa
28 oktoober 2010, 1.25am

Catatan:
1) Di awal buku ini ada sedikit bosan. Jadi bertahanlah sehingga ke klimaks!
2) Buku ni memang sedih.
3) Gambaran sekolah Alias hampir sama dengan sekolah aku semasa tingkatan 1
4) Kalau aku jumpa cikgu dia tu, rasa macam nak lempang jak.
5) Bandingkan pelajar macam alias dan pelajar terbaik zaman sekarang (yang tak terbaik jangan cerita la..memang hampeh pun)

Tajuk: Beruk
Tebal: 208 mukasurat
Penulis: Azizi Abdullah
Harga: RM18.90
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings SDN. BHD

Monday, October 25, 2010

Mulia di mata dunia


Apabila membaca tajuk entri ni, mesti ramai yang teringat lagu “standing in the eyes of the world”. Salah sorang penyanyi dia, Ella kalau tak silap. Untuk metafsirkan tajuk ini, ia bergantung kepada kondisi anda sekarang. Bagi yang imannya sedang memuncak (mungkin), dia akan terfikir tentang akhirat. Mulia di mata dunia seperti Qarun adalah satu kecelakaan kerana syurga adalah sebaik-baik tempat kembali. Bukan di white house!. Bagi yang semangat patriotiknya berada di tahap tertinggi, (mungkin baru habis menonton filem Leftenan Adnan atau baru habis membaca novel Limpahan Darah di Sungai Semur atau baru habis menonton perlawanan Kelantan lawan Negeri Sembilan (baca: negeri kerajaan lawan negeri pencadang) malam ni), mereka akan terfikir tentang betapa bahagianya jika Negara kita berada di puncak dunia!. Amerika terhegeh-hegeh minta mereka untuk menjadi salah satu pelabur di sini. Korea dan jepun mati-mati inginkan produk buatan Malaysia untuk dilakukan reverse engineering!. Woha!


“Saya suka mengambil gambar. tapi saya tiada kamera. saya ingin membeli kamera. tapi saya tiada duit. saya ingin meminjam duit dengan kawan supaya orang lain tahu bahawa saya seorang yang mampu membeli kamera.”

Hari ini, saya telah menjalankan satu kaji selidik ringkas tentang satu isu yang hangat dibahaskan di Negara kita. Tidak dinafikan, manusia mempunyai nafsu. Dan mereka mempunyai akal. Bagaimana mereka menggunakannya akan menunjukkan sama ada mereka lebih daripada malaikat atau binatang ternak.


Jika anda teringin untuk mencapai satu peringkat/level/marhalah, Tapi anda perlu memiliki sesuatu untuk itu. Dan ana tidak mampu kecuali berhutang. Apa tindakan anda?

Di sini ada beberapa komen yang menarik…

Anda ingin membeli sesuatu untuk kepentingan bersama. Dalam kondisi sekarang, anda terpaksa berhutang. Perkataan ini adalah salah satu perkataan yang peling pedih untuk seseorang yang sedang berusaha!.

Dalam proses ini, win-win situation diperlukan supaya kita tidak kelihatan seperti memperbodohkan orang lain.

No komen..

Dia ni mantan cikgu aku. Masa sekolah menengah dulu. Salah satu buku dia “Abaka” ada di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Skudai di bilik sudut kreatif, rak pertama, ‘wing’ kanan bahagian paling bawah. Kalau nak, boleh cari..(promote pulak).

Pepatah ni saya sudah dengar semasa di sekolah itu. Dan saya diingatkan kembali tentangnya. Ada orang berpendapat, kita perlu berusaha sendiri untuk mencari dana bagi projek ini. Jangan terus bagi ikan. Tapi saya berpendapat, pancing saya adalah kamera itu sendiri. Arasso?

Klik imej untuk kenikmatan berganda..

Dan ini adalah perbincangan yang paling panjang. Semua ada rasional tersendiri. Saya diserang oleh dua orang yang prihatin. Mereka tidak galakkan dan tidak melarang. Yang mereka lakukan adalah memastikan saya membelinya dengan niat yang betul. Menunjuk-nunjuk adalah salah satu niat. Tapi tu adalah yang tidak betul. Betul tak?.
Baiklah..


Ada pepatah mengatakan kita haruslah “think globally, act locally!”. Ia merujuk khususnya kepada para pemimpin. Mereka seharusnya memandang masa hadapan dari skop luar bidang tugas dia. Tapi, dari segi pelaksanaan, ia mestilah logik, boleh capai dan relevan. Barulah orang tak pandang dia sebagai syok sendiri.

Secara jujurnya, saya belum lagi membaca secara keseluruhan belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh PM baru-baru ini. Tapi saya ada terdengar tentang satu projek raksasa yang dijangkakan akan “memendekkan” menara KLCC.

Pembinaan Menara Warisan.

"We take pride in our National Icon, the Petronas Twin Towers. It signifies the spirit of Malaysia Boleh. Another landmark to be developed by Permodalan Nasional Berhad (PNB) is Warisan Merdeka, expected to be completed by 2020. This is an integrated development project comprising a 100-storey tower, the tallest in Malaysia. The project will retain Stadium Merdeka and Stadium Negara as national heritage buildings. The total cost is RM5 billion, with the tower expected to be completed by 2015"
Siap: 2015
Kos: RM5 000 000 000
Penaja: PNB
Tinggi: 100 tingkat


Apa kata mereka

Ramai kata ia pembaziran sebab ia akan menelan belanja yang sangat besar. Dan bagi yang menyokong, saya dah buka banyak rujukan dan mereka mempunyai 1hujah yang sama. Salah satu rujukan: Berita Harian Free Malaysia Today

Mereka kata, zaman Mahathir dulu, dia nak bina menara KLCC, jambatan pulau pinang, KLIA dan sebagainya, ramai bantah dan kritik sebab membazir. Tapi sekarang, diorang senyap. Malah mintak lagi 1 jambatan. Jadi, kalau kita buat ni, nanti mereka akan senyap jugak.


Dan diorang kata, kalau kita tangguh, kos bahan akan menigkat dan kos pembinaan menara ini akan meningkat. Baik buat sekarang!.


Pihak satu lagi kata..

Kos pembinaan menara ini akan meningkat sehingga 10 bilion. Bukan hanya 5 bilion!. Rujukan diorang..
“ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) berkata beliau menjangkakan kemungkinan itu berdasarkan kenaikan kos membina Istana Negara yang sedang dibina – daripada RM400 juta kepada RM935 juta.”
Dan beberapa lagi case study lain.
Sumber: The Malaysian Insider Merdeka View


Apa kata saya..

Dulu, masa KLCC dibina, banyak cerita aku dengar. Masa tu aku masih lagi budak kampung (sekarang pun). Di tempat aku, tingkatan 2 baru nak belajar macam mana nak buka dan ‘shut down’ komputer. Cikgu suruh beli disket pun berkira. Dengar-dengar, ada satu menara yang sangat tinggi akan dibina. Di KUALA LUMPUR. Ada hantu berkuda kacau pekerja di sana, tapi ada jugak ustaz yang terer dah halau. Ramai orang bantah pembinaan ni. Aku pun tak tahu kenapa.

Salah satu keinginan aku adalah pergi ke tempat tu. Nak berdiri di jambatannya. Ambil gambar dan cuci then tunjuk dengan kawan. Sekarang? Haha..asal masuk dalam tu, Kinokuniya dan Petrosains je lah tempat yang aku rasa berguna. Yang lain bagi aku adalah tempat orang ‘first class’ menghabiskan duit. Termasuk tandas!. 88 tingkat bangunan tu, aku pun tak tahu diorang manfaatkan buat apa.

Kalau menara baru ni siap dan memuatkan kedai, aku harap sangat lah dalam tu ada RFC dan Kedai buku. Woha! (selingan)


Kesimpulan

Untuk masa sekarang, aku masih percaya yang menara tu tidak perlu lagi dibina. Sebab..
1) Banyak lagi kawasan lain perlukan duit.


Gambar ehsan dari facebook

Pembinaan ini sangat jelas menunjukkan bahawa kita ingin menunjuk-nunjuk. Sedangakan banyak lagi tempat lain di Negara kita perlukan duit. Keratan akhbar di atas aku tak percaya!. Adakah mereka perhatikan keadaan hidup masyarakat sini dengan sebaiknya? Anduk..

2) Seringkali kita mendengar Kelantan dilabel sebagai antara negeri termiskin di Malaysia. Tapi tahukah anda, sepanjang saya berkawan dengan orang semenanjung di sini, kebanyakan mereka masih menyangka bahawa orang Sabah tinggal di atas pokok. Termasuklah pelajar luar Negara. Sapa bagitau dia, aku pun tak tahu. Jadi, kenapa perlu meninggikan KL sedangkan masih ada rumah di sini yang “berkongsi dinding papan” dengan jiran?

3) Hujah yang menggunakan sejarah Mahathir saya tidak setuju bulat-bulat. Tak patut seorang pemimpin berfikiran pendek begitu. Menara ini lain dengan dulu. Kos lain. Masa lain. Status Negara lain. Kalau setakat nak orang luar datang ambil gambar bangunan ni, baik tak payah.

4) Ada jugak elemen yang aku sokong. Tapi penat lah pulak nak letak di sini. Post ni dah terlalu meleret!.

Catatan:
1) Saya ada pendapat saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh “mereka”. Saya Mahasiswa bijak yang sayangkan Negara akan melakukan apa yang termampu untuk memastikan tempat saya meneruskan survival hidup pada masa akan datang berada pada tahap yang terbaik.
2) Mengkritik bukan bermakna membenci
3) Terima kasih kepada semua responden yang terlibat!
4) Aku tahu blog ni tak ada lah ramai sangat yang nak baca. Apatah lagi orang yang beria-ia nak bina menara tu. Ini sekadar pendapat peribadi untuk mad’u saya.

~mereka adalah pimpinan. Saya perlu wala’. Mereka adalah pimpinan yang tersilap. Saya perlu tegur~
Kamsar, 26 oktober 2010, 12.48am 

Sunday, October 24, 2010

Sifat 20

“Kearah memahami aqidah ahli sunnah wal-jamaah”

Sejarah/sirah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menjalankan tugas dakwah kepada umatnya selama 23 tahun. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Sepanjang perjuangan di Mekah, ajaran yang dibawa oleh baginda lebih menjurus kepada kefahaman para sahabat tentang konsep Tauhid dan pengabdian kepada Allah SWT. Hanya apabila setelah berhijrah ke Madinah barulah ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan banyak tentang hukum-hakam dan sebagainya.

Bagaimana Rasulullah dapat membentuk satu ketumbukan besar di dunia Arab pada masa tersebut?. Para sejarawan Islam dan Barat mengakui kepimpinan yang ditunjukkan oleh sosok tubuh yang bernama Muhammad bin Abdullah ini. Menyatukan orang jahiliyyah di Mekah yang hidup berpuak-puak dan sering berperang walaupun hanya perkara kecil, menyatukan puak A’uz dan Khazraj di Madinah, dan mempersaudarakan mereka semua daripada Muhajirin dan Ansar menjadi satu keluarga besar yang dipanggil umat Islam.

Apa rahsia Muhammad Rasulullah dalam mendidik para sahabat sehingga keyakinan mereka sangat tinggi terhadap apa yang baginda sampaikan?. Tahap optimisme mereka cukup besar sehingga mempercayai bahawa Islam akan menundukkan dua tamadun besar Rom dan Parsi semasa mereka sedang berpenat lelah menggali parit bagi melindungi Madinah daripada serangan Kuffar.

Panjang lah pulak..

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari Kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Baqarah: 62)

Buku sifat 20 ini menerangkan tentang 50 sifat. 20 sifat wajib bagi Allah, 20 sifat mustahil bagi Allah, satu sifat harus bagi Allah, 4 sifat wajib bagi Rasul, 4 sifat mustahil bagi Rasul, dan satu sifat harus bagi Rasul. Semuanya diterangkan dengan baik oleh penyusun.

Catatan:
1) Tauhid adalah ilmu yang membicarakan soal-soal kepercayaan dalam agama Islam
2) Buku ini dimulakan dengan pengenalan kepada tokoh Abu Hassan Al-Asyari r.a
3) Buku ini sangat baik untuk dibaca. Tapi berguru adalah jauh lebih baik!
4) Hukum belajar tauhid adalah wajib ‘Aini
5) Buku ini membincangkan banyak lagi topik selain sifat 20

~jangan bercakap pasal syurga jika pemiliknya pun kamu tidak kenal!!~ntah sapa(tak ingat), 24 oktober 2010, 10.51pm

Tajuk: Sifat 20: kearah memahami aqidah ahli sunnah wal-jamaah
Tebal: 140 mukasurat
Penyusun: Noraine Abu
Harga: RM8.10
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana
Penerbit: Pustaka Ilmi

Tuesday, October 19, 2010

Stingarden


Saya tertarik dengan sebuah buku (belum jumpa di kedai dan belum baca). Sebuah cerita tentang kisah hidup sekumpulan kanak-kanak yang hidup di kawasan setinggan. Setelah lama berpusing-pusing di Badan Cemerlang Angsana mencarinya, aku redha dan membeli buku ni supaya tidak balik dengan hanya sebuah buku.

Buku ini adalah “blook”. Apa itu blook? Ia adalah entri-entri dari sebuah blog yang telah dibukukan (di’book’kan). Jadi, ia dipanggil blook. Bahasa blook kebanyakannya adalah bahasa yang tidak menggambarkan bahasa Melayu sebenar yang tinggi. Sama macam blog aku ni. Jadi, peringatan ni sudah diletak pada halaman awal buku ni untuk makluman para pembaca.

Apa keistimewaan buku ni? Ia diambil dari sebuah blog popular www.sinaganaga.blogspot.com. Apa istimewa blog ni? Bukak sendiri!.

Blog ni mempunyai ciri-ciri yang saya sukai. Antaranya adalah:

Ringkas
Cuba bayangkan, anda adalah mahasiswa UTM (terlintas dalam kepala otak adalah masalah wifiutm yang tidak pernah selesai). Ni tahun keempat saya belajar di sini. Masih lagi belum merasa internet di bilik. Kalau nak buka internet, terpaksa pergi ke fakulti atau pergi ke perpustakaan. Fakulti aku, tak boleh bukak facebook dan ia adalah makmal computer. Maknanya adalah kelas sering berlangsung di situ untuk belajar autocad dan sebagainya. Perpustakaan? Bagi aku adalah tempat mahasiswa “bangngang” (huhu tak reti nak eja..maaf kalau kasar sangat) main online game. Kesimpulan, susah nak cari internet. Kalau dapat? Time is limited!. Mana ada masa baca entri blog yang panjang-panjang. Dah la panjang, bahasa tinggi tahap professor pulak. Aku pun tak pasti sapa mad’u dia. Jadi, bukak blog dia ni, 2 minit cukup untuk baca 1 entri.

Sinis
Blog ni menceritakan tentang kehidupan kampung di kampung baru Kuala Lumpur pada latar masa hujung 70an dan awal 80an. Kata penulis, zaman Merrie Melodies dan masa tu hanya ada 2 saluran. Tv1 dan tv2. Tapi, jika diamati betul-betul, blog ni sebenarnya adalah sinis dan merespon segala isu semasa yang berlaku di Negara kita. Kalau and abaca dan tak Nampak kaitan dengan isu semasa, itu bermakna anda tidak peka dengan isu semasa. Cubalah..

Bahasa
Bahasa yang digunakan agak ringan. Macam mana aku menafsirkan jisim bahasa?. Ayat dia pendek. Tak payah fikir panjang tentang maksud yang ingin disampaikan.

Lawak
Saya akui, buku ini dibaca selepas solat asar di tepi tasik UTM dan habis sebelum solat Maghrib. Sepanjang membacanya, banyak kali saya hampir terguling kerana ketawa. Penyampaian yang lawak dan jalan cerita yang tak boleh blah!. Kadang-kadang ia mengimbau kembali kenangan semasa aku masih budak-budak kampung yang suka main kejar-kejar, masuk hutan dan tidak suka khailullah di rumah.

Apa persamaan antara kawasan perumahan Setingarden dengan Dinosaur?
Ingin tahu jawapannya, ia ada di kulit belakang buku ini!..haha wlm..

Catatan:
1) Kalau takut melabur untuk buku ni, bukak la dulu blog tu..
2) Nazri M Annuar adalah penulis novel karipap-karipap cinta
3) Buku ni lain dari semua buku PTS dari segi gaya bahasa
4) Bahasa aku untuk entri ni dipengaruhi oleh sinaganaga origami

~mereka menyangka bahawa mereka hidup lebih bahagia daripada orang yang tinggal di kawasan setinggan. Tapi mereka salah!~ kamsar, 19 oktober 2010, 10.50pm

Tajuk: Stingarden
Tebal: 154 mukasurat
Penulis: Sinaganaga
Harga: RM12.50
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana
Penerbit: PTS Publications & Distributors SDN. BHD

Sunday, October 17, 2010

Jangan Serik!

Salam..
“Jangan serik untuk ditarbiyyah. Kerana ilmu itu cahaya!”
Awas!!..entri ini adalah lain daripada yang lain. Berbeza target. Lain mad’u. Jika entri lain agak ringan dan ringkas, tapi entri ini agak serius (kurang tulis “haha”). Mungkin ia juga agak panjang bagi seorang pemalas macam saya. Jika anda rasa bosan, rasa bebas (fell free) untuk pergi ke laman lain yang boleh didapati di sebelah kanan blog ini.


Pemimpin
Pemimpin adalah orang yang memimpin. Pimpinan adalah orang yang menjadi pemimpin. Itu adalah jawapan malas untuk persoalan kepimpinan. Tak perlu untuk diulas panjang kerana perkataan berat ini boleh ditafsirkan mengikut selera individu masing-masing. Anda juga boleh merujuk buku jalan da’wah antara qiyadah dan jundiyyah, quantum tarbiyyah mencetak kader serba bisa, golongan yang tercicir di jalan dakwah dan sebagainya.


Apa yang penting, bagi orang yang telah ditakdirkan menjadi pemimpin bakal berdepan dengan banyak situasi yang memaksanya untuk membuat keputusan (ijtihad lapangan). Bercakap tentang keputusan, istikharah menjadi perlu! (sila fahami konsep solat istikharah). Satu lagi ibadah tambahan untuk anda.


Di samping itu (chee..), pemimpin juga akan menjadi audio visual kepada beratus-ratus mata yang berada di sekeliling anda. Khalayak akan menilai siapa anda. Anda akan dinilai dari segenap sudut sehinggalah ke tahap ahli bawahan akan menilai sama ada anda layak untuk menjadi pemimpin ataupun tidak. Naaa.. ada beran? Satu pengakuan, kalau anda melihat pengerusi kelab, presiden persatuan atau MPM tidur, anda juga akan menilainya. Setuju atau tidak, terpulang kepada anda. Tepuk dahi tanya akal.


Satu contoh mudah, presiden mahasiswa kelab makanan ringan meletakkan link video Siti Nurhaliza menyanyikan lagi Cindai atau Linkin Park menyanyikan lagu Point of Authority dalam Facebook dan Presiden Islamic Intellctual Club meletakkan link Farmville dalam facebook. Mana orang akan lihat sebagai sesuatu yang tidak patut?


Dari segi amanah, ciri-ciri pemimpin yang baik, tanggungjawab seorang pemimpin dan sebagainya tidak dapat disertakan di sini. Boleh cari di tempat lain. Kalau boleh la..



Muhasabah automatik: satu kajian
Bercakap mengenai kajian, r
amai ahli persatuan terus mengikat minda mereka kepada literature survey, methodology, problem statement dan sebagainya. Bagi saya, itu adalah PSM. Ia memang suatu yang penting dalam kajian. Tapi jika seseorang itu terlalu terikat dengannya, mereka akan takut untuk membuat kajian. Jika mereka cukup berani, mereka akan menggunakan masa yang banyak untuk itu.


Saya suka membuat kajian (satu statement). Kerana saya seorang yang penyibuk. Tapi saya adalah pemalas (tak lah teruk sangat). Apa yang saya buat, saya akan membuat kajian yang paling mudah untuk dijalankan. Tiada borang kaji selidik, pakai sms pun boleh. Tiada responden yang sudi, jadikan mereka responden dalam keadaan yang mereka tak sedari. Arasso?.. wakarimasta!


Dipendekkan cerita, saya telah menjalankan satu kajian sejak tiga bulan lepas sehingga sekarang. Ya! Sekarang. Yang seronoknya, hanya saya yang tahu tentang hal ini sehinggalah anda membaca tentangnya di sini. Saya ada tiga responden lelaki. Mereka mempunyai sifat yang berlainan. Jenis hubungan mereka dengan saya juga berlainan. Dan yang penting, mereka tak tahu bahawa mereka adalah responden.

Dalam jangka masa itu, saya sempat bertanya kepada beberapa orang sahabat yang lain. Yang berbunyi:
“contoh lah kalau satu hari, kau terserempak dengan sahabat kita sorang ni, kau nampak dia, dia nampak kau. Tapi dia terus blah. Tak tegur kau. Amacam?”
Dia jawab, “mungkin dia sibuk kot. Ala.. macam tak baisa. Mungkin jugak dia tak nampak aku”
Aku kata, “waaa..bagus jugak kau ini (sleng sabah). Sangka baik 24 jam!. Tapi kalau kau panggil dia, dia menoleh, tengok kau, kau tanya kabar, dia terus blah macam kau tak ada di situ. Amacam?”
Dia jawab, “mungkin dia ada masalah kot. Mungkin masalah dengan aku. Aku kena muhasabah lah. Mungkin aku ada buat salah dengan dia. Pandai-pandai lah dekati balik dia. Bincang baik-baik.”
Jawapan yang bagus bukan?. Memang lah bagus. Aku dah edit!. Wkwkwk..


Kajian pun diteruskan.. saya cuba untuk berlakon seperti di atas sepanjang masa ini untuk melihat apa reaksi mereka. Hasilnya? Amat mengejutkan. Ianya hampir sama dengan jawapan di atas. Tentang muhasabah, saya tidak pasti sebab ia adalah amalan individu. Tapi mereka semakin berubah. Semakin peka dan semakin cuba mendekati. Bukti? Ia tidak dapat dibuktikan kerana ini adalah satu kajian yang tidak formal.


Apa tujuan kajian ini? Mudah sahaja. Untuk memberitahu ‘semua’ tentang perasaan seseorang yang cuba untuk mendekati, menolong dan bergerak bersama-sama tapi tidak dipedulikan. “bantu saya untuk menolong anda”. Tidak jarang saya tekankan ayat ini. Tapi ada yang melihatnya sebagai satu tekanan. Terpulang kepada anda bagaimana anda mentafsirkan perenggan ini. Semua orang ada pendapat sendiri. Saya menghormati pendapat anda sehinggalah saya mendapati bahawa pendapat itu adalah tidak benar.

buhasabah bukan hanya tentang menangis!

Aku terbeban!
So what??..(Tamin, 2010). Jika jalan ini pendek dan mudah, mereka akan mengikutimu dengan berbondong-bondong. Tapi jalan yang benar ini tidak begitu. Dalil boleh cari.. memilih untuk terlibat dalam persatuan bermakna memilih untuk dibebani. Jika ingin bersenang lenang, ini bukan tempatnya. Ada yang ingin belajar, okay. Ada yang ingin memperbaiki diri, bahek lah!. Ada yang ingin mencari pasangan, OMG!. Tapi anda harus ingat bahawa tenaga dan masa anda diperlukan untuk kemandirian organisasi yang anda ikuti.


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menggariskan 10 rukun baiah untuk rujukan jundiyyah. Faham adalah salah satunya. Ini bermakna, tidak ada mempersoalkan bagi apa-apa arahan yang diberikan melainkan ianya memang satu kesilapan. Namun, organisasi yang ada sekarang tidaklah seampuh ikhwanul muslimin di Mesir. Tidak sesempurna pentadbiran Rasulullah. Tapi menujunya adalah salah satu matlamat yang harus dikejar.


Tapi ini bukanlah hujah untuk pimpinan melalaikan tanggungjawab menjaga kebajikan ahli persatuan. Fathi Yakan dalam bukunya golongan yang tercicir menggariskan salah satu sebab seseorang ahli keluar dari jalannya adalah pembahagian tenaga ahli yang tidak seimbang dan meletakkan mereka pada tempat yang salah. Oleh itu, bagi memastikan kemandirian gerak kerja Islam terus memecut, adalah penting bagi ahlinya bergerak kerja dengan gembira. Caranya? Letakkan mereka pada kedudukan yang mereka sukai. Kalau Tiada? Ada lah! Apa pulak tiada..



Engkau bodoh!!
Kau bodoh! Bangang! Tak tahu apa-apa. Panas tak? Kalau panas, kau nak buat apa? Nak balas balik “aku pandai lah wei!”. Berkata Luqmanul Hakim, “seorang ilmuan akan terus menjadi ilmuan selama mana dia terus menuntut. Apabila dia berkata aku sudah pandai, maka dengan sendirinya dia telah menjadi bodoh”. Jadi, apa status kita? Kalau kata ya, kita mengaku bahawa kita bodoh. Kalau kata tidak, bermakna kita mengaku pandai dan Luqman Hakim kata, orang macam ni bodoh. Kwang..kwang..kwang.. ini bermakna, kita memang bodoh!. Hanya Allah yang maha mulia dan Maha mengetahui. Sungguh jauh manusia dari sifat kecukupan ilmu.


Masih ada lagi orang bertanya, “so, what is the purpose of learning and become a learner?”. Saya jawab, “to find the answer of your question!”. Maknanya, aku pun tak tahu. Jom pakat ramai-ramai mencari jawapan. Ada banyak teka teki di sekeliling kita dan jawapannya pun berada di situ.

Pernah sekali saya berkata kepada seorang rakan, “hari ni macam nak hujan lah”. Dia terus potong ayat aku yang dah habis tu, “weh! Mana boleh cakap macam tu! Ustaz aku kata, ayat tu boleh buat orang jadi syirik. Sebab kau telah meramal sesuatu yang belum berlaku”. Aku masa tu terus percaya dan senyap. Syirik beb!. Mana tahan. Tapi kalau dia cakap macam tu sekarang, aku akan gelak terguling-guling. Kenapa? Haa..


Tahukah anda, terdapat sebanyak 49 kali perkataan fikir diletakkan dalam Al-Quran (kalau tidak silap lah). Kenapa sebelum hujan perlu mendung?. Dengan melihat kepada kecerahan langit, halaju angin, kelembapan udara dan sebagainya, kita dapat mengagak bahawa hujan akan turun. Bukankah ini salah satu kelebihan “fikir”?. Bak kata orang utara, akkai adaka?. Sebagai manusia, mestilah ada. Tapi pakai ka? Wallahu alam. Nak pakai, kena belajar. Itulah kesimpulannya.



Jangan serik dengan tarbiyyah kerana ilmu itu cahaya
Ekslusif! Itulah salah satu komen kotor yang dilemparkan kepada setiap organisasi Islam yang saya kenal. Sebut persatuan Islam, khalayak akan membayangkan kelompok yang berkopiah, sepertiga masa berada di masjid dan muka ketat (serius). Dan mereka juga hanya berkawan dengan kawan-kawan yang sethiqah mereka.


Ada juga pendapat lain yang agak menarik. Orang panggil golongan “huha huha” (kalau tak tahu apa ni, tanya). Mereka juga terpilih untuk berada dalam perjalanan Islam. Tapi mereka berpendapat bahawa itu adalah sifat semulajadi mereka dan tidak dapat diubah. Na.. anda berada di mana? Saya berada di perenggan kedua ini. Tapi tahukah anda, anda juga mampu berubah. Sila rujuk buku “apa ertinya saya menganut Islam” pada bab dalam menceritakan tentang mengawal diri (perkh!). ada orang kata, “jadilah diri sendiri.. jangan jadi hipokrit!”. Saya jawab, diri saya yang sebenar adalah jahat tahu tak?. Kalau saya jadi diri sendiri tadi, aku dah belasah ko tadi..haha.


Tarbiyah ada beberapa kata kunci yang penting. Pembelajaran, berterusan, berubah. Ayat lengkap boleh cari sendiri. Ketiga-tiga kata kunci ini boleh ditafsirkan sendiri...

Ending
Memandangkan entri ini sudah menjadi terlalu panjang untuk penulis malas seperti aku, maka penutupnya adalah disini. Wassalam. (wkwkwk..ending paling best pernah aku buat)


~ada soalan? Im always by your side!, kamsar, 18 oktober 2010, 2.24am

Catatan:
1) Pimpinan adalah satu amanah
2) Untuk menjadi pemimpin, anda perlukan sokongan kerana anda tidak boleh mengangkat diri sendiri
3) Untuk mendapatkan sokongan, anda perlukan kepercayaan
4) Untuk mendapatkan kepercayaan, anda perlukan ILMU!
5) Aku letih! Tapi aku tidak akan berhenti kerana ini bukan destinasi aku
6) Mintak maaf atas segala salah dan silap
7) Semoga maju jaya

Ps: ini adalah pendapat peribadi saya. Anda boleh mengomennya. Kalau nak kutuk pun boleh tapi jangan guna anynomous. Sms pun boleh. Email pun boleh. amsyal_thelegend88@yahoo.com

Asas-asas Islam


Zaman sekarang, semua orang boleh menjadi ustaz. Semua mampu mengeluarkan pendapat sendiri. Ada sesetengah orang melabel internet sebagai salah satu sumber yang paling tidak sahih di dunia. Perkara baiknya, jika suatu isu yang melibatkan Islam berlaku, semua umat manusia mampu mengeluarkan pendapat mereka sendiri. Betul salah adalah perkara kedua. Hukum boleh dikeluarkan dengan mudah. Betul salah perkara kedua. Laman sosial menjadi medan perdebatan. Betul salah adalah perkara kedua. Bagaimana dengan ulama’ dan ustaz yang sebenar? Yang belajar disiplin ilmu Islam secara teratur?. Ha..

Seteruk-teruk umat Islam pada masa kini, mereka masih lagi sensitif terhadap pegangan aqidah mereka. Walaupun mereka tidak dapat menjelaskan sendiri mengenai apa aqidah itu sebenarnya, mereka tetap akan bangun untuk membela Islam sekiranya ‘ia’ dicabar.

Buku Asas-asas Islam karangan Abu A’la Al-Maududi merupakan sebuah kitab yang membicarakan tentang perkara-perkara akar dalam Islam. Bermula dari persoalan aqidah sehinggalah kepada persoalan mengenai tasawwur pengertian syariat dan hubungannya dengan Islam dan apakah pula kewajipan kita.

Ayat yang digunakan dalam buku ini juga agak ‘lama’ dan mungkin akan mengalami sedikit kesukaran untuk memahami isi kandungannya. Berguru dan berbincara adalah lebih baik daripada membacanya seorang diri. Melalui perbincanganlah baru ilmu ‘orang lama’ ini akan difahami sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan majlis ilmu termasuk halaqah usrah itu sendiri.


Mengapa agama ini dinamai Islam?
Nama Islam berlainan dengan agama lain yang kebiasaannya dinamakan bersempena dengan pengasas agama itu, menganut dan sebagainya. Nama Islam tidak dibangsakan dengan nama kaum tertentu. Nama islam itu sendiri menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan ‘Islam’ itu sendiri.

Islam adalah tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan-Nya tanpa bantahan. Peace! Aman!.

Catatan:
1) Bahasa buku ni agak sukar difahami
2) Jika seseoragn bertanya kepada anda apa itu Islam? Apa anda akan jawab?
3) Buku asas yang baik untuk dibincangkan

~Islam itu umpama bebayang. Ia akan megekorimu walau kemana engkau pergi meskipun di tempat yang tiada cahaya~ 17 oktober 2010, 3.45pm

Tajuk: Asas-asas Islam
Tebal: 184 mukasurat
Penulis: Abu’l A’la Al-Maududi
Harga: murah jak (lupa)
Kedai: seorang sahabat yang jual
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code