Friday, February 27, 2009

FOKUS PADA MATLAMAT




“battle of the bowl”..

Ayat ini memang tidak asing lagi bagi ahli-ahli IIC A.K.A Islamic intellectual club kolej Rahman Putra.

Pada 14hb februari 2008, tatkala para pengamal amalan “couple” merayakan hari mereka yang merosakkan itu, kami telah melakukan satu penjelajahan ke skudai parade (bukan jauh pun) untuk bermain bowling bersama-sama dengan peserta yang ingin menyertainya termasuklah beberapa orang cina dan pelajar antarabangsa.


Bunyi macam membuang masa kan…betul tak??

Memang tidak dinafikan aku sendiri pun rasa macam membuang masa pergi main bowling time-time macam ni. Itu sebelum p, tapi selepas program ni, aku rasa memang banyak input yang boleh aku dapat daripada program ni.





Awal pagi morning lagi, dah kena berkumpul untuk melakukan sedikit proses pendaftaran dan sesi ta’ruf.

Setelah beberapa minit perjalanan, kami pun dengan rasa gahnya masuk ke dalam tempat tersebut dan meluru ke tempat bermain bowling. Tapi, seketika kemudian langkahku terhenti dan aku berfikir. ‘ni kali pertama bah ni aku pigi sini…manalah bah aku tau di mana mau maen boling..awna..talengong..’



Gambar hiasan


Dipendekkan cerita, kami pun main lah setelah menjalani proses pendaftaran…

Peluang da’wah amat besar sebenarnya semasa program ini sebab ramai di kalangan peserta adalah daripada masyarakat cina!. Ini menunjukkan betapa Islam sudah mula diterima oleh segenap lapisan masyarakat..


“wei Kamsar! Kau baling, jangan cover hensem!”

“baling kuat lagi la wei!”

“kuat sikit!”

“aim tengah-tengah!”

“kau kan kidal! Start lah balingan kau dari kiri”

Ini adalah antara kata2 semangat @ nasihat yang sering aku dengar semasa ingin melakukan balingan emas aku…bukan apa lah kan..tapi memang pulak aku nda pandai kasi kenak. Mau buat macam mana lagi memang masuk parit terus. Tapi sebagai seorang mahasiswa yang professional dan rasional, aku cuba untuk menjadikan semua itu positif dan ”think out of skudai parade”..apa yang aku dapat adalah:


Baling kuat-kuat

Apabila kita ingin melakukan sesuatu terutama sekali benda baik dan membantu dalam perjuangan islam, kita hendaklah melakukannya dengan sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh!. Dalam perjuangan, tidak ada kata letih sebelum rebah. Jadi, biarlah ‘lunyai’ baru rehat!. Akibatnya, jari aku!!! Sakit wei..dah lah bola berrat macam bola bowling.


Aim tengah-tengah.

Target kita mestilah tepat dan betul untuk mencapai matlamat. Itulah sebabnya VMO menjadi satu perkara wajib ada bagi sesebuah persatuan atau organisasi. Jika sesuatu persatuan itu tiada VMO, akibatnya memang sangat teruk. Sebab aku dah rasa!.. jadi, pastikan kita dapat menjawab apabila seseorang bertanya kepada kita berkaitan dengan matlamat. Seperti dalam permainan ini, kita mempunyai 2 peluang untuk untuk menjatuhkan 10 pin. Jadi, Allah telah memberikan kita beberapa peluang untuk mencapai sesuatu matlamat dan terpulang kepada kita samada ingin memanfaatkan peluang tersebut atau sebaliknya asalkan kita tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan seperti membaling bola melebihi garisan.-baik kau pi tending jak pin tuh!


Start dari kiri jika kidal

Anjal adalah salah satu ciri Islam yang patut kita syukuri. Dalam melakukan gerak kerja, kita tidak akan ‘fix’ dengan satu cara sahaja..bergantung dengan potensi diri masing-masing, kita sebenarnya mempunyai banyak cara dalam bergerak kerja. Ia adalah bergantung dengan kita untuk memikirkan cara yang sesuai dan manepati SIRIM. Oleh itu, kita kenalah mengenal potensi diri kita sendiri kerana tidak semua orang mempunyai balingan yang lurus dan ada lah juga beberapa orang yang mempunyai balingan yang tidak lurus seperti aku!!. Haha..

Sebenarnya ada banyak lagi input berguna yang kami dapat dalam program ini dan ia tidak akan dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi dengan keyboard..-mentang-mentang lah aku lambat menaip..eg: ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.


Kami tidak berhenti di situ sahaja … selepas tidak puas bermain bowling, kami melakukan satu lagi modul untuk palestin iaitu bertebaran di muka bumi Allah untuk mencari mad’u dan menerangkan tentang barangan boikot beserta barang alternative…walaupun mendapat halangan daripada pak guard dan pakcik pengurusan.

Tapi ia takkan dapat melemahkan semangat kami unruk menyampaikan mesej penting ini kepada masyarakat sekeliling…


Sekadar perkongsian daripada seorang yang nda pandai main bowling.



apabila kita sudah cukup bersedia, kita akan mampu untuk mengangkat bola bowling yang berat ini tanpa menyentuhnya macam yang aku buat ni ah!! (^_^)

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code