"Abi Hurairah RA rasulullah SAW menyatakan mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi daripada mukmin yang lemah. Dan dalam semua kebaikan maka rebutlah perkara yang memberi faedah kepada dirimu. Dan mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan kamu bersifat lemah. Dan apabila kamu ditimpa bencana jangan kamu mengatakan kalaulah aku berbuat begini tentu akan jadi begini. Bahkan hendaklah kamu berkata bahawa ini adalah suatu ketentuan Allah dan berlaku dengan kehendakNya. Sesungguhnya perkataan 'kalau' ini membuka pintu perbuatan syaitan..."
"ha.. nilah blog ana dulu.. sekarang tukar sudah.."
kata seorang sahabat kepadaku sambil menunjukkan gambar yang tertulis perkataan
'DAIE MESTI KUAT'..
"Salam. InsyaAllah petang ni, jumaat seperti biasa kita akan buat TARCOM*. Tempat spt biasa kul 5:45pm. Klu hujan, assume batal.wlm
*TARCOM=aktiviti riadah anjuran LSK PMI UTM
Satu lagi mesej yang aku terima untuk hari ini yang seakan-akan mencabar ego aku sebagai salah seorang daripada ahli LSK dalam PMIUTM.
Kotak pemikiran aku sering diusik dengan pertanyaan adakah semua ni perlu dalam perjuangan menegakkan kalimah Islam di zaman komputer dan online ni? bukankah seorang dai'e itu hanya memerlukan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam, menghafal dalil dan persiapan mental lain untuk menyampaikan Islam kepada orang lain..anda fikir.
persoalan 1:
cuba bayangkan..suatu hari nanti, Ya**di laknatullah dan sekutunya telah mengisytiharkan perang kepada semua negara Islam termasuk negara kita sendiri..
ucapan menteri pertahanan:
"Salam sejahtera..seperti yang kita sedia maklum, negara kita akan diserang tidak lama lagi dan negara kita kekurangan tenaga pejuang yang bersedia untuk menumpahkan darah sendiri untuk mempertahankan agama dan negara..Oleh itu, apa nama.... para ulama' kebangsaan telah mengeluarkan fatwa semua pemuda Islam yang mampu WAJIB tampil untuk turut serta dalam pertempuran maut ini..."
Ha..aku yakin akan ramai pemuda dan pemudi Islam yang akan mengakui bahawa dia bersedia untuk berjuang Fisabilillah untuk memastikan kalimah Allah akan tetap menjadi kalimah yang paling agung sekali di dunia ini..
masing-masing akan tampil dengan hujah dan dalil masing-masing..
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu,
jika kamu mengetahui.
At-Taubah:41
jika kamu mengetahui.
At-Taubah:41
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?.(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Ash Shaff: 10-12
Ash Shaff: 10-12
ada banyak lagi tapi aku tak tahu dan tak sempat nak cari...anda cari.
walau apapun, aku sungguh kagum dan bangga dengan semangat kebanyakan umat Islam pada hari ini yang semakin peka dan telah membuktikan masyarakat Islam sekarang bukan lagi si 'pekak' dan si 'bisu' yang sanggup untuk melihat saudara mereka disembelih dan dibunuh di negeri sendiri..aku bangga menjadi Islam!
Persoalan 2:
soalan mudah..adakah anda mampu untuk berjuang seperti di atas?. anda fikir..
haha..soalan ni yang susah sikit nak jawab. bukan sebab tak tahu jawapan..tapi malu nak mengaku aku tak kuat lari..aku tak aktif sukan lah syiekh..
peperangan bukan hanya memerlukan kekuatan minda semata-mata tapi ia juga amat memerlukan kekuatan fizikal yang sudah semestinya akan digunakan semasa pertampuran.
tidak cukup dengan senjata yang berat, askar juga perlu untuk membawa keperluan lain seperti beg galas dan makanan..sekarang, adakah anda pasti anda mampu untuk berlari dengan membawa semua barang tersebut?.anda fikir..
Jadi, sekarang adakah anda akan tetap duduk sahaja walaupun keadaan di negara kita sekarang aman? ayuh wahai pemuda! bangun!
jangan jadi dai'e yang BOROI!
jangan jadi muslimat yang paling cover kiut!
jangan jadi penggerak yang mudah letih!
Tahu seni mempertahankan diri best juga
Jangan hanya tahu untuk menjadi kilauan sang belati tapi jadilah sang belati yang BERKILAU!..
1 Perbincangan:
bagus entry ni, buat ana muhasabah balik
Post a Comment