Bermula dengan satu karya kecil yang dimuatkan dalam sebuah majalah, cerita percintaan sejati anak muda ini akhirnya dibukukan dalam sebuah novel 'tenggelamnya kapal van der wijck'.
selama sepuluh tahun, novel ini mendapat tentangan dari banyak pihak terutama sekali daripada golongan ulama', akhirnya isu ini menjadi senyap dan jualan novel ini diteruskan lagi dengan beberapa terbitan.

Zainuddin, watak utama dalam novel ini merupakan seorang anak yang terbuang kerana mempunyai masalah dari segi identiti bangsa beliau sendiri. ayahnya seorang minangkabau yang berasal dari Padang yang mengamalkan adat bangsa seseorang ditentukan berdasarkan kepada bangsa ibu mereka. manakala ibu beliau merupakan bangsa yang mengamalkan budaya mengambil bangsa ayah sebagai bangsa anak mereka. oleh itu, kemanapun beliau pergi, dia akan sentiasa dilihat sebagai seorang yang asing.
zainuddin yang terbuang telah melalui berbagai duri dan ranjau dalam percintaan sebelum mencapai kejayaan dalam bidang penulisan. jalan cerita amat menyayat hati kerana memperlihatkan ketabahan seorang insan bernama Zainuddin.

~semoga novel ini dapat menjadikan kita seorang yang ikhlas dalam semua perkara~
0 Perbincangan:
Post a Comment