Secara jujurnya, saya adalah seorang pembaca yang kurang suka membaca buku yang berbau sejarah. Mungkin kerana pengalaman menyumbat tarikh dan nama orang-orang tertentu ke dalam kepala semasa belajar di sekolah dulu. Buku yang saya beli pada tahun 2008 ini berjaya dihabiskan pembacaannya semasa dalam perjalanan ke Kelantan menaiki kereta api yang mana tiada apa yang boleh dilakukan selain daripada tidur dan membaca.
Namun, setelah membaca buku karangan Ustaz Riduan Mohammad Nor ini, saya berasa teruja dengan fakta-fakta (yang pastinya saya tidak ingat) yang beliau kemukakan. Rupanya sungguh ramai ulama’ yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan di tempat mereka.
Mustafa Kamal Terkutuk (salah eja) dilihat sebagai seorang hero dalam buku sejarah. ‘beliau’ adalah seorang pemimpin moden yang berjaya memodenkan Turki dari belenggu sistem Khalifah yang ‘kolot’. Dalam buku sejarah juga sering mengulang-ulang perjuangan orang melayu menuntut kemerdekaan. Bila mana wakil BARISAN berjaya membawa pulang kedaulatan tanah air pada 31 ogos. Tapi, mana sumbagan Hizbi Islami, PAS, API, AWAS dan lain-lain?.
Input
Salah satu perkara yang jemaah Islam di Malaysia dapat korek dari buku ini adalah strategi dan kelebihan yang ada pada parti-parti Islam di negara lain seperti PKS di Indonesia dan Ikhwan Muslimin di Mesir. Mereka berjaya menarik begitu ramai pendokong dan penyokong semasa pilihanraya dengan beberapa strategi yang ‘cool’.
“selagi orang-orang Islam memiliki buku (Al-Quran) ini, kita tidak akan berjaya menguasai mereka. Sama ada kita mesti mengambil Al-Quran itu daripada mereka atau berusaha mengikiskan kecintaan mereka terhadapnya” ~William Gladstones
Kesimpulan
Al-Quran. Kita boleh mengagak bagaimana agaknya keadaan umat Islam jika mereka diserang oleh kuffar satu masa nanti. Sedang mereka sibuk memikirkan di mana mereka ingin membuang bayi mereka nanti. Mereka sibuk mengundi berhala (idola) mereka dengan SMS. Mereka sibuk BERKORBAN untuk pujaan hati dan sebagainya. Dan mereka tidak tahu betapa kuatnya mereka jika mereka bersatu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Wlm
“mereka” tidak nampak kelemahan Islam tapi mereka sudah tahu sumber kekuatan umatnya ~kamsar, 5 disember 2010, 3.25pm
Catatan:
1. Kulit buku ni menunjukkan gambar Sqed Qutb
2. Semasa Tunku Abdul Rahman ingin berangkat menuntut kemerdekaan, ramai orang mengisi duit dan barang kemas ke dalam songkok dan memberikannya kepada Tunku. Ada orang mengulas dan mengatakan, “kita sudah tidak boleh melihat pengorbanan seperti ini sekarang”. Dan saya terus tahu dia di parti mana sekarang.
3. Saya suka cerita.
4. Fakta dalam buku ini tidak mampu dihafal.
Tajuk: Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden
Tebal: 114 mukasurat
Penulis: Riduan Mohd Nor
Harga: RM8.00
Kedai: Beli dari kawan
Penerbit: MHI Publication
saya sangat suka lagu ini (SOA: Soldier Of Allah)
4 Perbincangan:
tambahan:
perjuangan mereka menuntut kebebasan adalah kerana Islam.
pernah berjumpa dengan beliau..
alhmadulillah..
tahniah
Great Blog..!!!! Keep Blogging.... : )
Post a Comment