

salam... satu persoalan, sebaik sahaja anda membaca tajuk di atas, apa yang berlegar2 di balang pemikiran anda?
cuba bayangkan.... pada suatu hari yang indah, anda bersama dengan kawan-kawan lepak di anjung rumah sambil menikmati teh tarik dan pisang goreng panas...-ini tak penting!! pada masa tu minah yang anda minat ada gak kat situ..
tiba-tiba..anak saudara anda yang berumur 1 tahun datang dengan merangkak kepada anda.. anda pun apa lagi, nak tunjukkan betapa penyayangnya anda, anda pun angkat lah dia dan menimang anak saudara anda tinggi-tinggi..


soalan: apa yang anda akan lakukan??
A) angkat kain dan membiarkan nyawa anak saudara anda dalam bahaya
B) sambut anak saudara anda dan membiarkan maruah anda HANCURR!!
hanya ada 2 pilihan pada masa itu.. jawapan yang sepatutnya... dalam kaedah feqah, nyawa adalah lebih utama daripada maruah... maruah penting jugak tapi, anda takkan mati pon kalau orang nampak benda tu.. jadi, anda sepatutnya memilih jawapan B jika anda seorang yang bijak dan rasional!!
sekadar perkongsian daripada seorang ustaz yang pernah bagi pengisian tentang tajuk ni di UTM.
minggu lepas, aku kena menghantar 2 benda pada hari jumaat dan aku hanya menyedari tentsng benda tu pada hari khamis malam... aku pun panik sikit.. aku mesti memilih untuk menyiapkan yang mana satu dahulu:
A) lab report yang sepatutnya dihantar pada hari rabu.tidak boleh hantar pada hari isnin,laporan yang susah, penuh dengan data, ada 4 graf, dan banyak lagi..
B) assignment thermodynamics 2..ada 5 soalan. dia bagi masa sejak 15 hari lepas.tak hantar pada hari jumaat, markah assignment=0!!.jawapan ada dalam laptop.memang boleh siap malam tu,...
apa yang aku pilih?? aku pilih untuk membuat lab report dan mengabaikan sementara assignment thermo tu... memandangkan malam tu aku letih, aku tak mampu untuk menyiapkan report tu...
kesan: dua-dua tak siap!! aaarrrghhh...aku tak puas hati!!sekurang-kurangnya, biarlah satu siap kan...
pengajaran: kita kenalah bijak untuk memilih yang mana yang lebih awlah dalam hidup kita kerana kita akan berhadapan dengan benda seperti ini setiap hari dan kita tidak akan dapat lari dari membuat pilihan..
1) kebaikan vs kerosakan, take alert dengan kerosakan tersebut.
2) kebaikan vs kebaikan, utamakan kebaikan yang lebih besar.
3) kerosakan vs kerosakan, elakkan kerosakan yang lebih besar...
sekadar perkongsian bersama..
~insan yang tidak puas hati~
thelegend88.blogspot
2 Perbincangan:
jgn suka menangguh kerja....buruk padahnya...
dont ever do work on the last minute....and u will get the last minute result...
bereh boh...
jelmakan dirimu wahai Anonymous...
makasih atas catalist yang diberikan
Post a Comment