Saturday, June 27, 2009

LULUS BI DALAM SPM?


Salam..
Selepas dikejutkan dengan isu PPSMI yang mendapat tentangan hebat daripada rakyat, sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembaharuan yang dikatakan tergopoh gapah oleh sesetengah pihak.
Isu bilangan maksimum subjek SPM = 10 dan sekarang kerajaan telah mencadangkan untuk mewajibkan lulus subjek bahasa inggeris untuk lulus dalam SPM. Pelik? Masa depan apa yang mereka harapkan sebenarnya. Terlalu banyak isu yang menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa.. Golongan yang diharapkan untuk menggantikan tampuk kepimpinan pada masa akan datang menjadi tidak keruan disebabkan oleh isu-isu yang kadang kala mereka sendiri tidak faham.

Ada yang menyokong dan ada yang membantah..

Bukan nak menghasut atau melobi sesiapa..




UMNO JOHOR SOKONG WAJIB LULUS INGGERIS DALAM SPM


“Bagaimanapun, sukatan pelajaran mata pelajaran itu perlu disusun semula terlebih dahulu manakala guru Bahasa Inggeris perlu dilengkapi kemahiran secukupnya”
"Dengan sukatan mata pelajaran yang tersusun kepada murid-murid selama 11 tahun sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya yakin murid-murid dari kampung boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.”

"Sebaliknya, jika pembelajaran yang ada sekarang tidak disusun semula, saya tidak menolak kemungkinan pelajar dari kampung tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris,"

“selama ini, pengajaran Bahasa Inggeris kepada murid-murid lebih berbentuk bahasa perhubungan dan kurang menekankan soal tata bahasa dan perbendaharaan kata.”
"Jadi, tidak hairanlah jika murid-murid kita termasuk di luar bandar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik,".

“Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kami berpendirian bahawa pengajaran mata pelajaran tersebut lebih berkesan jika menggunakan bahasa ibunda.”


~ Datuk Abdul Ghani Othman~ Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri~



PM BARU, IDEA BARU

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia apabila berlaku pertukaran Menteri, maka akan adalah pelbagai idea baru kononnya untuk penambahbaikan sesuatu dasar atau program kerajaan.

penulis menyokong hasrat baik tersebut kerana ianya untuk kebaikan dan kepentingan generasi akan datang. Walaubagaimana pun kita perlu mengkaji secara lebih mendalam akan kesan baik dan buruknya akan perlaksanaan dasar ini.
Matlamat sebenarnya ialah untuk menentukan pelajar-pelajar kita terutamanya yang berada di kawasan luar bandar tidak ketinggalandipinggirkan dalam penguasaan Bahasa Inggeris.


SEPATUTNYA MATAPELAJARAN AGAMA ISLAM JUGA WAJIB LULUS DALAM SPM


Saya secara peribadi juga membantah cadangan kerajaan tersebut.
Di tengah keadaan masyarakat yang kronik dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral, mata pelajaran agama lebih penting kerana ia dapat mengisi jiwa yang kosong dengan ilmu-ilmu kerohanian.

Sebenarnya tiada gunanya jika ramai pelajar yang mahir berbahasa Inggeris atau memperolehi kecemerlangan tetapi akhlak dan moral mereka amat rendah serta tandus ilmu-ilmu agama.

Bahasa Inggeris bukanlah tiket untuk mencapai kemajuan, negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan Jerman boleh maju dalam semua bidang tanpa mewajibkan pelajar-pelajar mereka lulus dalam bahasa Inggeris dan pencapaian mereka jauh lebih baik.


Sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran menyelesaikan terlebih dahulu isu PPSMI yang ditentang oleh banyak pihak dan rakyat di negara ini sebelum mencadangkan pelbagai lagi dasar-dasar yang membebankan rakyat.
mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris dalam SPM akan memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar terutama pelajar di luar bandar.

keciciran akan berlaku pada anak-anak melayu di luar bandar yang menjadi mangsa kepada dasar-dasar kerajaan yang sedia ada seperti PPSMI. Namun begitu,

ini bukan bermakna penentangan secara total atas usaha-usaha ini.
Bahasa Inggeris perlu diperkasakan dengan tidak meminggirkan bahasa ibunda. Di samping itu, pihak kerajaan sebenarnya perlu melihat tenaga-tenaga pengajar untuk memastikan mereka betul-betul mahir dalam Bahasa Inggeris.




TUN M SETUJU SYOR BAHASA INGGERIS WAJIB LULUS DALAM SPM


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran.
cadangan itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi.

Bagaimanapun, beliau berharap kementerian terbabit akan mendapatkan pandangan daripada orang ramai khususnya ibu bapa terlebih dahulu sebelum melaksanakannya kerana ia menyentuh masa depan anak-anak mereka.

"Lagipun dengan menguasai pelbagai bahasa khususnya bahasa Inggeris ia memudahkan mereka untuk menyambung pelajaran di luar negara dan memperolehi pekerjaan yang baik"

"Saya berasa amat sedih (jika PPSMI tidak dilaksanakan) kerana ia menyebabkan rakyat Malaysia dan orang Melayu menjadi `bodoh' pada masa akan datang,"


~TUN M~



PEMUDA MINTA JANGAN GOPOH

Pemuda Umno berharap kerajaan tidak bersikap terburu-buru jika benar-benar mahu melaksanakan syarat Bahasa Inggeris diwajibkan lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


” kerajaan perlu lebih bersedia sebelum pelaksanaan itu termasuk dengan mengadakan guru-guru terlatih dan pendedahahan lebih masa kepada para pelajar kepada subjek tersebut.”


"Beberapa perkara perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum perlaksaannya kerana kita tidak mahu senario PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) di mana pelaksanaannya agak terburu-buru dan menimbulkan pelbagai masalah dari segi pelaksanaan, kesan kepada pelajar dan sebagainya.”

"Guru terlatih yang mencukupi untuk mengajar Bahasa Inggeris dengan lebih berkualiti boleh menjamin sebilangan besar pelajar yang lulus dalam Bahasa Inggeris itu dapat dilahirkan khususnya di luar bandar.”


"Selain itu, kita sarankan kerajaan mencari kaedah untuk meningkatkan pendedahan masa para pelajar kepada Bahasa Inggeris bukan hanya dari segi tata bahasa tetapi juga dari segi sastera dan sebagainya supaya pengalaman belajar Bahasa Inggerus itu lebih luas dan menyeluruh untuk lulus,"

“ untuk tujuan itu, Pemuda mencadangkan supaya guru yang telah bersara tetapi masih berkemampuan diambil semula mengajar di sekolah-sekolah bagi meningkatkan kualiti pengajaran.”

“ kerajaan juga boleh menjemput guru-guru dari luar negara untuk menjadi tenaga pengajar buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada guru-guru tempatan meningkatkan latihan mereka dalam BI.”


"Selain itu, kelayakan minima juga perlu dikenakan terhadap peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) supaya usaha meningkatkan kualiti BI tidak hanya terhenti di peringkat SPM."


~Khairy Jamaluddin~





SYARAT BI WAJIB SPM TIDAK ADIL


Adalah tidak adil untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai syarat untuk kelulusan SPM, terutama sekiranya ia dilakukan sebelum guru-guru bahasa Inggeris yang cukup dan terlatih disediakan.

Melaksanakannya secara tergesa-gesa tanpa rancangan tersusun akan mengorbankan nasib penuntut-penuntut dari kawasan termundur di desa dan bandar untuk lulus SPM dan untuk seterusnya mendapat pekerjaan sesuai.
Kami percaya bahawa pelajaran bahasa Inggeris adalah baik bahkan penting bagi penuntut-penuntut untuk masa depan mereka dan juga negara.

Bahkan kami berpendapat perlu juga diberi peluang serta kemudahan untuk penuntut-penuntut kita mempelajari bahasa-bahasa untama lain dalam dunia.
Akan tetapi kami tidak menyetujui dan menolak dasar mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sebagai cara untuk mempertingkat mutu bahasa Inggeris para penuntut.

Cara terbaik untuk menaikkan taraf bahasa Inggeris di kalangan para penuntut ialah dengan mengajar bahasa itu di sekolah-sekolah. Berkaitan isu bahasa Inggeris dengan SPM, kami ingin mencadangkan satu alternatif. Kelulusan bahasa Inggeris tidak harus dijadikan syarat bagi kelulusan SPM.

Pada masa sama perlu diadakan peluang baik serta kemudahan sempurna untuk semua penuntut mempelajari bahasa Inggeris.
Sebuah badan hendaklah ditubuhkan bagi menyelenggara peperiksaan serta pemberian sijil kelulusan bahasa Inggeris. Mereka yang mendapat sijil itu mencapai satu kelulusan tambahan bonus bagi mereka.

Peperiksaan SPM diteruskan.
Kelulusan dan penggeredan (grading) yang dicapai tidak akan tertakluk kepada atau terjejas oleh kelulusan dalam bahasa Inggeris itu. Tegasnya hendaklah diasingkan soal bahasa Inggeris itu daripada soal SPM. Lulus bahasa Inggeris bukanlah menjadi syarat bagi lulus SPM.

~Timbalan Presiden KEADILAN~


Apa yang kita dapat?

sokong?
>>Orang bandar sudah biasa berbahasa inggeris
>>takut rakyat Malaysia akan menjadi bodoh
>>mudah mencari pekerjaan
>>boleh bersaing dengan negara lain


bantah?
>>orang kampung tidak biasa berbahasa inggeris
>>ramai pelajar akan tercicir
>>tenaga pengajar tidak pakar
>>negara jepun dll tetap bolh maju tanpa bi
>>bahasa ibunda akan rosak


apa kata anda?
>>selesaikan dulu masalah PPSMI

>>sediakan dulu tenaga pengajar yang pakar
>>hapuskan dulu jurang perbezaan akademik bandar dan luar bandar

>>hapuskan pengaruh politik

malas nak hurai panjang2..setiap orang mempunyai pendapat masing2 dan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka. bagi aku, ada banyak lagi perkara yang belum selesai dan perlu di ambil perhatian serius...

wlm.

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code