Saturday, July 18, 2009

SHUFFLE, SHUFFLER, SHUFFLING

“Kak, tolong belikan aku kasut baru bah..

Koyak sudah kasutku.” Pinta si adik kepada kakaknya.

“aik..bukan baru ka tu kasut? Aku tengok ok lagi. Mana ada koyaknya.” Balas si kakak

“sapa cakap ndak koyak? Atas memang lah nampak baru. Tapi tapaknya berlubang sudah.” Balas adik

“ha? Kau jangan buat lawak..selama aku sekolah, ndak pernah pulak aku nampak kasut berlubang di bawah dulu sebelum bahagian atas koyak.” Si kakak menyanggah.

Kenapa? Pelik? Macam tak logik kan..

Manalah ada kes macam tu. But, believe it or not, it’s true!!

Cuti semester yang agak panjang, balik rumah berjumpa dengan keluarga, dan kawan-kawan amat menyeronokkan dan tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Tapi terdapat satu perkara yang amat menghantui aku sejak dari cuti sem lepas lagi.


S.H.U.F.F.L.E

SATU BUDAYA YANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT. Ya..bila bertanya kepada kawan aku yang bukan berasal dari T**au, mereka mengakui bahawa budaya ini pernah wujud suatu masa dahulu. Tapi, pada masa sekarang ia sudah dilupakan. Wlm.

Tapi, bagi aku ia baru sahaja mendarat dan membiak di bumi kelahiranku..

Bermula dari kanak-kanak sekolah rendah hingga yang remaja, hampir setiap hari aku lihat mereka menggosok-gosokkan kaki mereka di lantai.

Perbuatan ini dapatlah diumpamakan Seperti “memarut kelapa di dinding. Kelapa tak dapat, dinding rosak.” ~tak ada kaitan~

Menurut wikipedia, shuffle merupakan satu tarian yang diperkenalkan lewat 1980-an. Ia mempunyai pergerakan asas iaitu fast heel-and-toe action dan divariasikan lagi dengan pergerakan tangan dan sebagainya


KONSERT SURE GEGAR @ TAWAU


Baru-baru ini, pada 04.04.2009 telah berlansungnya sebuah konsert di Tawau iaitu Konsert Sure Gegar @ Tawau yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau. Memang bergegar walaupun dewan tak dipenuhi dengan penonton sebab malam tu juga ramai yang lepak kat rumah layan Akedemi Fantasia yang menyebabkan 2 peserta dari Sabah tersingkir. :)

· -PERSEMBAHAN DIMULAKAN DENGAN TARIAN ALA-ALA PATUNG KERTAS (TARIAN APA NIH AKU PUN TAK TAHU) DAN SHUFFLE.

  • PERSEMBAHAN SETERUSNYA DI KUASAI OLEH EZAD (BEKAS VOKALIS KUMPULAN EXIST)

  • BERTAMBAH GEGAR APABILA KUMPULAN HUJAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DAN DITAMBAH PULAK HUJAN KAT LUAR DEWAN. :)

  • LEPAS TUH, AIZAT PULA MENGAMBIL ALIH PENTAS. SUARA AIZAT MEMANG BOLEH TAHAN.

  • PERSEMBAHAN TERAKHIR. MEET UNCLE HUSSAIN MENGGEGARKAN LAGI DEWAN MASYARAKAT TAWAU.



APA KATA SHUFFLER?

sy sbenarnye seorg shuffler….
shuffle tue adalah sebuah tarian barat yg
dibawa ke MALAYSIA…

bkn semua shuffler berkelakuan sedemikian…
hanya segelintir sahaja..

utk pengetahuan semua,shuffle di Malaysia
kini telah di ubahsuai…kalau di luar negara,mereka semua
perlu minum ‘arak’ utk mengkhayal kan diri mereka smbil menari…
ttapi di MALAYSIA,kami sbagai shuffler, telah menukar budaya tersebut…

di negara luar, mereka menjdikan ‘arak’ itu sbagai satu calture sbelum mereka ber-shuffle….

so, jgn lah membenci kami…kerana shuffle itu seni….
skrang nie dah banyak competittion yg di anjur kan oleh
rakan muda,ribena dan bnyk lagi…



APA KATA NISA’ TAWAU?

1) Budaya yang semakin mendapat tempat di kalangan remaja sehingga kanak-kanak seawal usia 4 tahun sudah mula bercerita tentang shuffle.

2) Sejarah SHUFFLE bermula di Melbourne, Australia lewat 1980an.

3) Shuffle merupakan sebuah tarian gerak pantas yang diiringi muzik tchno.

4) Sebelum bershuffle, para shuffler akan meminum arak terlebih dahulu untuk mengkhayalkan diri mereka.

5) Anak Melayu ISLAM mudah sangat menjadi Pak Turut pada budaya-budaya songsang ciptaan barat yang nyata dan terang hanya mahu merosakan jati diri muslim di dalam diri dan jiwa. Namun sukar benar hendak taat dan patuh pada ajaran ISLAM yang terang lagi nyata satu ad-deen (cara hidup) yang menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

6) Daerah Tawau yang tidak seberapa pesat pembangunannya ini, rupa-rupanya sangat pesat membangun dari sudut keruntuhan nilai moral dan sakhsiah anak remajanya.

7) Pertandingan shuffle pernah diadakan di DEWAN MASYARAKAT TAWAU [dewan paling besar di daerah Tawau]. Dan antara penggerak utama penganjuran pertandingan shuffle itu adalah salah seorang GURU di daerah Tawau.

8) Antara hujah yang sering dikemukakan, ianya adalah hanya sejenis tarian yang dapat menyihatkan badan. Namun mereka lupa, aksi "terkinja-kinja" mereka dihadapan penonton dan peminat setia mengundang kepada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan yang jelas nyata HARAM disisi syariat.

9) Golongan ibu bapa perlu peka kepada keadaan semasa





APA KATA ORANG TAWAU?

SHUFFLE <---bikin geli aku jak tgk cr tarian ni..

setahu aku shuffle ni berasal dr jipun(kawan aku yg ckp,xtau la klu dia menipu.klu dr kl xpena dgr plak )
minggu lalu ni aku ada blk tawau jg. em..kira da menular la budaya ni kat tawau.sempat jg la tgk budak2 bershufle2 tu d sabindo square blkg restoran singgah slalu tu.kazen aku ckp pot tmpt lepak bdk2 shuffle tu time hjg minggu..
klu d kk ni plak,belepek2 jak yg aku tgk slalu bershuffle2 ni. (maybe sbb tu aku x suka shuffle ni)

belepek=org pilipin(kira org suluk la tu)”

~ acoX~

”budaya sekng.. cepat jak merebak.. dulu plk skateboard lh apalh.,itulah ,inilah..., sekng plk shuffle..., teloncat2 mcm cacing kena air panas.., bt apa mo agung2kn budaya kuar., cubalh kt agungkn permainan kt sendri.., cthnya main guli ka,main layang2 ka.., main gambar2,engkek2,main getah.,main pok lendang ka.., tp ank muda zaman sekng ni mcm jrg sdh main permainan masa kt kecik2 dlu..., sekng main ps jak duduk d rumh.. kluar rumh p bershuffle..., apa ka jadah nya budak2 ni., mak bpk menengok syak...”

~EDW~

“ape yg best sgt ngan shuffle nih?
...
aku tgk terlonjak-lonjak, terkinja-kinja da mcm beroknye da
...
xberseni tul
...

...
klu btul nak berasa minat
...
minat pd seni
...
byk tarian yg berseni slain dr terkinja2kinja nih
...
xpon klu suke sgt melompat
...
try yamakasi
...
cma prob'nye it's illegal sports la
...
ade sbnya knapa it's illegal
...
tp it av way lots o' fun banding terkinja2 1 tmpat tul x
...
bru la release stress cmtu
...
not kinja2 kat tgh2 jln cam berok
...
klu berok tgk pon, die musty dok gelaknye
...
sb ade geng die kat dlm utan batu nih

~Jiwa + Kacau =~


aq dlu bdk shuffle jgk tp dh brenti bb genk dh brpcah....

tpi xpe.........

t blan 6 ni ada battle shuffle anjuran kelab rakan muda twu.

join ye....

di ground floor eastern plaza...........

korang la y 1st tau ni..........

skali la join keramat jgk ya....
kmi m'alu2kn anda untk join klab kmi..........
(promote ckit)

kelabrakanmudatawau.blogspot.com
atau kelabrakanmudasilam.blogspot.com

~D-MIND~


Itu adalah sekadar pandangan peribadi..dan aku berharap agar semua orang tidak tergolong dalam golongan yang membuang masa dengan perkara yang merosakkan harta benda (seperti kasut) memakai pakaian yang pelik (seperti pakaian koyak dan topeng) membahayakan buku lali,lutut dan pinggang (seperti tergolek, melompat, dll)

wlm


0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code