Tuesday, July 21, 2009

INTRO CLUB



**IIC = ISLAMIC INTELECTUAL CLUB

Pada 20 julai 2007 lepas, Dewan Sri Meranti sekali lagi menyaksikan satu majlis yang diadakan khusus untuk mahasiswa tahun satu yang menetap di Kolej Rahman Putra. Hari terbuka kelab diadakan untuk memberi peluang kepada kelab-kelab yang berada di KRP untuk mempromosikan kelab masing-masing dan untuk memudahkan mahasiswa baru menilai dan mendekati kelab-kelab tersebut.

Islamic Intelectual Club juga tidak melepaskan peluang ini untuk “memancing” ahli-ahli baru yang InsyaAllah akan meneruskan perjuangan ahli yang sedia ada bagi mencapai visi dan misi yang telah digariskan.



Melihat keadaan sekeliling semasa hari terbuka tersebut, aku dapat melihat pelbagai gelagat adik-adik yang baru mengenal dunia ilmu di UTM tercari-cari sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti mengenainya. “Bang, IIC ni biasanya buat apa?” kata seorang mahasiswa baru. “ooo.. kami ada mengadakan banyak aktiviti menarik sepanjang semester sebelum ni. Adik nak aktiviti indoor? Outdoor? Semua kami buat. Naik gunung kami buat, kuliah ilmu kami buat, riadah pun ada. Kalau adik join IIC ni, abang percaya adik akan enjoy dengan kami.” Jelas seorang ahli tegar IIC.

Panjang sungguh penjelasan untuk mereka. Untuk apa? Sudah pasti untuk memastikan mereka tertarik untuk menyertai kelab ini dan akan menambahkan bilangan ahli IIC kelak.



GAMBAR HIASAN


Semasa dalam mesyuarat sebagai persediaan menghadapi hari tersebut, telah timbul persoalan mengenai bagaimana strategi kita untuk menawan hati adik-adik baru ni supaya mereka berminat menyertai perjuangan IIC…

“ha..ana cadangkan, kita tunjukkan semua gambar aktiviti yang kita ada. Mesti mereka tertarik kan..”

“apa kata kalau kita listkan beberapa aktiviti menarik yang kita akan adakan pada semester ni. Kalau mereka suka aktiviti ni, bermakna mereka akan suka untuk menyertai kita.”

“Tak..apa yang penting sekarang ialah peluru apa yang kita akan gunakan semasa hari kejadian. Maksud ana, apa yang kita akan bagi mereka pada hari tersebut. Ana cadangkan kita buat flyers yang paling cantik di dunia. Barulah mereka respect dengan kita kan..”

“haha..kalau begitu, ana cadangkan kita bagi mereka makanan. Kita beli gula-gula satu bekas. Satu baldi lagi baik.. Rambutan pun boleh. Tapi ana lebih prefer pulasan sebab dia lebih mudah untuk dikupas.haha..”

Kesemua pendekar-pendekar IIC bermula dari JEDI, General, hinggalah kepada komander-komander lujnah.. semua mereka sangat bersungguh-sungguh untuk memastikan kemandirian kelab kesayangan mereka.

Tapi, adakah ini semua perlu? Kita ingin mencari pewaris-pewaris untuk menolong menampung beban-beban dakwah di kolej dengan melakukan banyak “rasuah” supaya mereka tertarik hati kepada kerja yang sebenarnya tidak mudah ini.


Alangkah indahnya jika semua mahasiswa baru dan lama berkerumun di booth IIC sebaik sahaja “Jedi” IIC mengeluarkan kenyataan bahawa kelab ini adalah kelab yang mendukung perjuangan dakwah. Yang bakal menempuh perit maung perjuangan. Bakal berdepan dengan duri-duri dan najis-najis di sepanjang jalan. Bakal disusahkan dan diserabutkan dengan kerja yang tidak henti dan tidak bergaji. Namun, janji Allah itu pasti. Mereka adalah golongan yang “beruntung” jika terpilih berada di jalan ini. (sila rujuk Al-Imran : 104)

Saat itu memang indah untuk dibayangkan. Mimpi setiap pekerja Islam. Umpama mimpi Muhammad Bin Murad terhadap penakhlukan Konstantinople.

Tapi, bilakah mimpi ini akan terlaksana?
Walaupun perkara itu tidak mustahil akan berlaku, namun, aku dapat merasakan seolah-olah ia masih berada jauh dari koordinat yang kita berada sekarang. kita bukan pemula perjuangan. itu kebenaran yang tidak dapat dinafikan. Tapi, adakah kita akan menjadi penamatnya?. Adakah kemenangan Islam berlaku di zaman kita?. Adakah pemerintahan kotor akan jatuh pada zaman kita?. Adakah kita serius dengan dimand sebegitu. Kemenangan Islam pasti akan datang..tapi tugas kita bukan menunggu!! –MUSTAFA MASYHUR-

Ya.. hari ini kita terpaksa “merasuah” mereka untuk menyertai IIC. Tapi semoga dengan segala usaha yang bakal dijalankan pada semester ini akan memastikan adik-adik ini tidak perlu melakukan perkara yang sama kepada mahasiswa baru yang akan datang.

Semoga penghayatan budaya ilmu yang sangat diidam-idamkan oleh Naib Canselor UTM Dato’ Zaini Ujang manjadi satu kenyataan suatu hari nanti. Pada masa tersebut, kita akan melihat mahasiswa baru akan menilai tahap keintelektualan ahli kelab, VMO kelab, dasar gerakan kelab, dan objektif setiap aktiviti yang kelab itu lakukan sebelum menjadi ahlinya.

Mereka bukan sahaja menilai booth mana yang paling cantik tapi mereka akan menilai kelab mana yang terbaik!. Mereka bukan sahaja menilai kelab mana yang paling rajin bekerja bahkan mereka akan melihat siapa yang paling ikhlas dalam melakukan gerak kerja.


Ini bukan pandangan peribadi. Mungkin ada sahabat yang berada di luar sana sependapat denganku. Namun, Ayat ini merupakan ayat yang lahir dari gerak tari jemari seorang muslim ahli IIC yang mengharapkan perubahan akan berlaku suatu hari nanti.




dari kiri: JEDI, GENERAL, KOMANDER MUDA

~jika aku dibuang ke KTR, akanku cari kelab STAR. Jika ku terhumban ke KTHO, akanku cari BIKERS dan HIKMAH. jika ku hanyut ke KTC, akanku sertai KRU. Namun sekarang aku masih berada di KRP.. takkan ku berganjak dari IIC walaupun aku tidak dapat "kuota Pengetua"..hahahaa..~

2 Perbincangan:

Anonymous said...

salam
ish...xpuas hati..nape nama ltks ktdi x termasuk dlm list?
huhu...

Lagenda said...

wlm..haha..sori tertinggal
xpa..ari tu ktdi buat open day, ana ada datang curik idea kat sana..
jangan marah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code