Sunday, May 16, 2010

Hari Guru : Cerita seorang pelajar biasa

Salam..
Bagaimana aku telah menjadi aku yang sekarang?. Satu persoalan yang masih belum terjawab. Perjalanan yang telah ditempuh bukannya pendek. Peluh dan air mata setia menemani tatkala tawa ria berlalu pergi..
Bermula dengan seorang budak kampungan yang baru berpindah rumah ke Kampung Sungai Imam, aku bersekolah di situ..



SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI IMAM TAWAU

Cikgu Irwan Sani
Cikgu ni ajar aku subjek sains masa kau darjah 6. Dia tahu aku memang minat sains. Lebih-lebih lagi computer..(masa tu aku belum pernah sentuh lagi)..masa dekat dengan UPSR, dia bagi pengharapan supaya aku dapat A untuk Sains. Dia bagi pinjam buku rujukan sains yang dia guna untuk mengajar lepas dia dapat tahu aku tak ada sumber rujukan lain untuk UPSR. Akibatnya, aku dapat A! haha..makaseh cikgu! Masa aku dah masuk UTM, adik aku kata cikgu Irwan ni masih lagi ingat aku dan jadikan aku contoh kepada murid-murid dia termasuk adik aku sendiri..huhuhu..sekarang dia dah pindah tanpa aku sempat lawat dia kat sekolah..


Cikgu Razak
Cikgu ni ajar aku subjek Bahasa Melayu kertas 2 (Karangan) masa aku darjah 6. Nak dijadikan cerita, hari tu aku tulis karangan dia dengan pensel HB. Cara dia mengajar, dia akan panggil murid dia sorang-sorang ke depan untuk semak karangan dan terus tegur yang salah masa tu jugak. Masa giliran aku, dia jem! “tulisan kau ni sudah lah jelek, kau tulis lagi pakai pensel ndak terang. Mana boleh cikgu baca”.. “mana pensel yang kau guna tulis ni? Aku pun tunjuk kat dia pensel HB aku yang sepanjang ibu jari..haha..rasanya masa tu dua-dua hujung dia pun ada mata. Dengan pantas dia terus ambil pensel 2B warna merah yang belum diraut dalam beg dia dan bagi kat aku..huhu..makasih cikgu! Aku akan terus menulis sampai bila-bila dalam jalan dakwah ni supaya cikgu boleh dapat saham..


Sir Riduan
Cikgu ni ajar aku Bahasa Inggeris. Cerita tentang dia? Aku selalu kena kutuk oleh dia sebab tulisan aku paling buruk pernah dia jumpa.haha..hinggakan dia kata aku nanti tak boleh jadi jurutera,arkitek atau kontraktor. Sebab apa? Sebab kalau aku buat jamban nanti akan jadi jamban senget..haha..dia siap lukis lagi jamban tu (sampai aku dipanggil jamban senget)..disebabkan kecintaan aku terhadap sains sangat tinggi, aku nak buktikan yang dia salah..akibatnya, aku gagal Bahasa Inggeris masa UPSR..haha..tak apa. Yang penting nanti aku akan jadi jurutera yang terbaik..chee…


Ustaz Anuar Bin Kadir
Ustaz ni ajar aku pendidikan Islam masa darjah 6. Sangat rajin. Dengan motor sebagai kuda ulang alik dia dari rumah (masa tu keadaan jalan raya..fuh! malas aku nak cerita) ke sekolah(pada waktu pagi) dan masjid (petang untuk ajar KAFA).. tak pernah aku tengok dia marah. Kalau dia ajar dalam kelas, kami semua gelak jak sepanjang masa..haha. yang aku ingat, kat motor dia ada lambang PAS. Lagi satu, dia pernah tunjuk gambar dia dengan sorang lelaki tua berseban kat rumah dia. “sapa ni ustaz?” “ha..ni lah tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat”..aku pun diam..ntah sapa la orang tu..bangga giler dia dengan gambar tu. Lepas habis UPSR, dia buat keputusan untuk pindah sekolah di tempat asal dia, Kelantan. Majlis perpisahan masa tu aku rasa yang paling sebak di dunia.huhu..ingat aku nak cari dia nanti di Kelantan..kalau boleh la..harapan dia? “nanti apabila ulama’ memerintah nanti, ustaz akan pastikan subjek Pendidikan Islam menjadi salah satu subjek wajib lulus dalam UPSR!”..masa tu aku merungut..haha..



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA TAWAU

Cikgu Khamsah
Ajar aku Matematik Tambahan tingkatan 4 kejap jak sebelum dia pindah. Apa dia kata? “setiap kamu ni mesti dimalukan sekurang-kurangnya sekali sehari supaya kamu akan bermuhasabah selalu”. Aku macam setuju dengan dia tapi masih belum faham sepenuhnya maksud tersirat ayat tu. Haha..cikgu yang bertudung labuh tak ajar pendidikan Islam. Memang jarang dijumpa..dia lah yang suruh kami baca selawat “tak ingat nama selawat tu tapi aku masih hafal” sebelum mula kelas..


Cikgu Azrinah Japar
Ajar aku kimia untuk tingkatan 4 dan 5. Pernah dia buat ujian, ramai gagal termasuk aku. Apa dia buat, kami bergilir-gilir lari ke tengah bangunan sekolah yang lapang dan menjerit “saya berjanji tidak akan gagal lagi dalam ujian dan belajar bersungguh-sungguh”..lebih kurang la..malu seh!..tapi rasanya, semua pelajar yang tengok masa tu mengaminkan doa kami.akibatnya, aku dapat A dalam SPM..haha.


Cikgu Affendi
Ajar aku fizik tingkatan 4 dan 5. Apa yang best, dia lihat aku sebagai seorang ahli fizik yang berpotensi. Haha..sebab tu aku semangat belajar subjek macam ni. Maka aku pun jadi satu-satunya pelajar yang dapat A dalam SPM..


Cikgu Andi Norasyikin Yakin
Ajar aku Biologi. Subjek yang tak ada ruang untuknya dalam kepala otak aku. Tapi aku tidak pernah bosan..tak tahu kenapa. Yang aku ingat, sebelum SPM dia sempat pesan untuk cari MARSIS apabila melangkah ke alam kampus nanti..masa tu aku pun tak tahu apa benda la MARSIS tu.. tapi sekarang, aku adalah seseorang dalam MARSIS..terima kasih cikgu!


Cikgu Muhamad Bahron Dan Cikgu Rahmah Daud
Haha..ajar aku subjek erti hidup!..
“budak-budak ni mesti dikasik rasa susah baru diorang mahu berusaha untuk tidak susah nanti” – semasa aku menolong bapak aku kerja dalam waktu SPM. Kalau hari tu tak ada paper, aku akan kerja dengan dia..haha. bila aku belajar? Dalam kelas lah!

“aku ndak akan pukul dorang kecuali dengan dua hal..hal sekolah dengan mengaji Quran” – patutlah aku jarang dipukul..tapi kalau kami buat hal di sekolah, alamatnya jadi macam anak kucing lah..kena black belt..ps: Quran yang aku guna untuk belajar masa kecil ada kesan dua titis darah..sebab apa? Haha..ada lah

“ko makkabbuak ko makanjak e, angka to majak na macciok. Ko makkabbuak ko majak e, dek gaga makanjakna macciok” – kalau kau buat benda baik, pasti akan ada keburukan mengikutinya. Kalau kau buat kejahatan, pati tiada kebaikan mengikutinya..”kalau tanam padi, pasti lalang akan tumbuhbersama. Tapi kalau tanam lalang, tidak mungkin padi akan tumbuh bersama”

Ini hanyalah secebis kenangan seorang budak biasa dalam menempuh hidup di alam madrasah. Ada ramai lagi bintang-bintang gemerlap yang tidak tercerita dalam entri ni. Namun cerita itu akan tetap tersimpan dalam memori seorang pelajar biasa ini…

~ada soalan?~

MENDASYATKAN PERIBADI BIASA MENJADI LUAR BIASA

4 Perbincangan:

Hafizhilmi said...

fuh..patutlah hebat semacam jak..

che' ma said...

hmmm...specchless~

c_fu^^ said...

Syukran...tahniah krn bjaya ke peringkat ini..Cgu doakan mg sgala cita2 kamu akn tcapai InsyaAllah..Moga jd mahasiswa yg cemerlang dunia akhirat..aminnn

Lagenda said...

jo:hebat guane tuh?kalau nak lumba lari ngan kau,mmg la aku yakin..haha

ju:cpeedhless, boleh taip.

c fu: amin ya rabb..haha..aga kareba che gu? jumpa di sekola nnt..tapi ndak tau la bila..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code