Semalam harga minyak naik lagi. Dan saya yakin ia akan terus naik selagi golongan kapitalis tamak masih memegang sistem kawalan Negara. Salah satu kesan yang menarik dari kenaikan harga minyak ini adalah timbulnya pelbagai slogan dari kalangan orang yang tidak berpuas hati dan dari orang yang puas hati.
“minyak naik, kerajaan turun” VS “ubah gaya hidup”.
Sebagai rakyat yang bijak dan baik, kita tentunya mempunyai pandangan sendiri tentang perkara ini. Ada yang mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam untuk pergi kerja malah ada yang mengambil keputusan untuk menaiki basikal. Pelbagai idea timbul untuk mengelak daripada menggunakan kenderaan sendiri.
Ada orang kata, harga minyak naik tidak mengapa kerana gaji dia turut naik dan akan menunjukkan taraf hidup mereka akan meningkat. Tapi ada orang kata, bekerja mencari duit banyak-banyak supaya dia dapat pergi kerja dengan selesa adalah perkara bodoh!. Ada juga orang kata, Negara pengeluar minyak tidak sepatutnya mempunyai harga minyak yang sama dengan Negara pengguna minyak. Seperti harimau Malaya dan Garuda Indo.
Tapi hanya sedikit yang sedar bahawa mereka mampu mengurangkan penggunaan minyak petrol tanpa menjejaskan kehidupan seharian mereka. Mungkin kerana usaha ini tidak mampu menampakkan perubahan yang ketara. Tapi bagi seorang yang sensitif terhadap sebarang perubahan, tips-tips dalam buku ini cukup bermakna.
Buku petua penjimatan petrol disusun oleh seorang jurutera dan penganalisis automotif dan seorang wartawan motor. Kombinasi yang amat baik untuk menerbitkannya jika ilihat dari segi ilmu dan pengalaman.
Buku ini cukup menarik bagi saya kerana ia membincangkan petua penjimatan dari pelbagai aspek bermula dari spoiler, tayar, gear tinggi hinggalah mengisi minyak pada waktu pagi. Selain itu, mereka turut membincangkan tentang kereta hybrid yang kononnya mampu menjimatkan penggunaan minyak petrol. Hakikatnya, penggunaan kereta jenis ini tidak mampu memberi penjimatan tanpa teknik pemanduan yang betul.
Tahukah anda, had halaju kenderaan di jalan raya ditetapkan pada nilai tertentu dan jika anda mengikutinya anda tidak akan perlu untuk menekan brek apabila selekoh. Dan ia akan membantu dalam penjimatan petrol.
Ramai orang berjimat untuk menjaga ketebalan dompet mereka. Tapi mereka tidak perasan bahawa mereka juga sebenarnya sedang membantu alam..~kamsar, 5 januari 2011, 11.08am
Catatan:
1. Ramai orang pasang spoiler pada kereta dan mereka tidak tahu bahawa ia telah spoilkan kereta mereka
2. Mungkin satu hari nanti, stesen minyak adalah tempat yang paling mahal selepas hotel 5 bintang
3. Isi minyak kenderaan anda pada waktu pagi!
4. Cara penjimatan yang lebih baik adalah tidak menggunakannya sama sekali
Tajuk: Petua Penjimatan Petrol
Tebal: 198 mukasurat
Penulis: Faiz Al-Shahab & Shamsul Yunos
Harga: RM16.90
Kedai: Pustaka Seri Intan, Kota Bharu Kelantan
Penerbit: Inspirasi KarnaDya
0 Perbincangan:
Post a Comment