Islam konseptual terdapat dalam Al-Quran, kitab, sunnah… ceramah di masjid, kolum mufti di akhbar, tetapi Islam aktual adalah praktikalnya. Islam konseptual dengan itu boleh membenci kezaliman kerana ia ada dalam teks suci tetapi tetap didokong kerana tiada praktisnya. Islam aktual, dan pendokongnyalah yang benar-benar memikul tanggungjawab Islam dan mereka sepanjang zaman mencipta sejarah.Saasatul Ibaad atau pelaku politik merupakan satu lagi novel karangan Faisal Tehrani yang berkaitan dengan sejarah. Ini bermakna, suatu kajian yang mendalam tentang sejarah (Johor) telah dibuat untuk menghasilkan novel ini.
Ia menggunakan gaya bahasa sedikit klasik untuk menggambarkan zaman pemerintahan Sultan Mahmud. (tapi jangan rsau sebab glosari disediakan secara percuma di belakang buku).
Seperti dalam filem 2 warna “
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang”, sejarah pemberontakan rakyat di Tanah Melayu telah berlaku pada masa tersebut dan ia secara langsung menolak pendewaan kedaulatan raja. Tapi, ada sedikit bahagian penting sejarah ini yang masih disembunyikan daripada dipelajari…
Ikuti perjalanan sejarah kerajaan Sultan Johor yang diselangi dengan bait-bait nasihat mengenai kepemimpinan yang ditulis untuk Sultan Abdul Jalil. Satu pengakhiran cerita yang sangat tidak disangka!..
Setiap kamu adalah gembala..Kamsar, 30 Jun 2011, 9.51am
Catatan1. Ending yang tdak disangka!2. Tertarik dengan kepintaran pembesar Johor bermain siasah memperbodohkan musuh.Tajuk: Saasatul Ibaad
Tebal: 266 mukasurat
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM20.00
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: Abeerdeen Books World
.
0 Perbincangan:
Post a Comment