“Pihak kami sudah mencuba semua cara untuk mengurangkan masalah ini. Namun bilangannya tetap meningkat”. Kata Ketua polis negara sebagai menutup perbentangan beliau.
“ kami bukan apa. Cuma saya sudah letih menjawab pertanyaan rakyat mengenai masalah ini. Kenapa jumlah kemalangan jalan raya masih tinggi di musim perayaan ini? Adakah kadar saman terlalu rendah?” satu persoalan yang bernas dilontarkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.
Mesyuarat hari itu agak tegang. Orang-orang buncit, orang-orang kurus, orang-orang islam, orang-orang bukan Islam, eksekutif, pegawai, pengarah, wartawan, menteri, timbalan menteri, office boy dan pengampu semuanya lapar. Penghujung Ramadhan menjadikan mereka sibuk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan nanti.
Ketua polis negara mengerutkan kening. Menteri Jabatan Kerja Raya mengangkat kening ke arah Ketua Polis Trafik Negara. Ketua Polis Trafik Negara memandang bengis timbalannya mengharapkan respon.
“err.. berdasarkan statistik yang disediakan, kami mendapati bahawa masalah ini bukan berasal dari kadar saman yang rendah. Ia sebenarnya adalah kerana sikap pemandu itu sendiri yang hanya ingin cepat sampai ke destinasi”. Timbalan ketua Polis Trafik Negara menjawab pantas.
Menteri penerangan masuk campur secara tiba-tiba sambil mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut. “saya sangat setuju dengan pendapat tuan. Bagi saya, rakyat Malaysia yang satu masa dulu dikenal sebagai rakyat yang bersopan santun sepatutnya sentiasa diingatkan tentang perkara ini”.
[jeda]
Mesyuarat mengenai cara-cara untuk mengubah sikap rakyat Malaysia berlangsung sehingga Maghrib dan mereka pun makan percuma beramai-ramai. Ada yang buka puasa, ada yang makan malam..
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya sangat berpuas hati dengan hasil mesyuarat tadi. Baginya kempen keselamatan jalan raya memang patut diperhebat dalam media massa. Statistik kemalangan jalan raya perlu ditunjukkan kepada rakyat Malaysia supaya semuanya takut untuk memandu laju. Dan kadar saman mesti diketatkan supaya rakyat malaysia sentiasa mematuhi peraturan jalan raya apabila terdapat polis trafik.
Beliau kemudiannya bergegas menuju ke limusinnya yang setia menanti bersama pemandu. Beliau perlu menghadirkan diri ke sebuah daerah kecil untuk merasmikan sekolah luar bandar di situ pada keesokan harinya. Sebuah limusin hitam berkuasa tinggi meluncur hanya 140 kilometer sejam di atas jalan raya.
Beberapa motosikal dan kereta peronda setia mengiringi beliau untuk memastikan pemandu kereta murah memberi laluan selayaknya. Jalan raya yang kelmarin rosak sedikit sudah diturap sepenuhnya sepanjang perjalanan. Lampu jalan menuju ke destinasi dipasang indah sejak semalam.
Hatinya berkata, “Negaraku sudah maju…”
[jeda]
Di bahu jalan, seorang penunggang motosikal hitam berkuasa 100cc menggeleng kepala. Beberapa ‘orang’ Ultraman berbincang tentang cara-cara untuk membunuh Shocker, musuh ketat Masked Rider. Walaupun hebat dari segi saiz, tapi Ultraman tetap bukan ahlinya!.
** terkenang zaman aku muda-muda dulu. Semasa separuh daripada hariku adalah mesyuarat. Masalah sikap dan Masalah teknikal adalah bahan perbincangan yang wajib dielakkan. Aku pun tidak tahu kenapa..
0 Perbincangan:
Post a Comment