Saturday, May 26, 2012
Aku Terima Nikahnya
Erti hidup pada memberi. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan dan bukannya hak yang tidak berkesudahan.
Buku ini saya beli pada awal tahun 2010 semasa pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur. Sengaja disimpan untuk dibaca di sebuah tempat yang sukar mendapatkan buku.
Ustaz Hasrizal atau Abu Saif melalui laman web saifulislam.com dan ceramah-ceramah beliau adalah seorang pendakwah yang sangat popular di kalangan anak muda.
Buku ini memberi kesedaran tentang tanggungjawab dalam perkahwinan yang jauh lebih besar daripada menahan nafsu semata-mata.
Boleh menjadi rujukan untuk bakal suami, suami, anak dan bapa. Sesuai dibaca oleh bakal isteri, isteri, anak dan ibu.
Tajuk: Aku Terima Nikahnya
Tebal: 227 mukasurat
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Harga: RM20.90 – 15%
Kedai: Pesta Buku Antarabangsa, PWTC Kuala Lumpur
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Perbincangan:
salam. kamsar..ko rsa ad lg ka jual bku tue ek? dia ad publish lg ka? mcm mau bli bha..huhu :)
wlm. ada lah bah. tapi sekarang ni dorang jual yang 3in1. buku ni kan sampai 3 siri. dorang gabung jadi buku besar. rasanya ada di fanika tu. kalau xda, terpaksa cari online la.
"Sengaja disimpan untuk dibaca di sebuah tempat yang sukar mendapatkan buku."
kahkahkahkahkahkahkah
uii.. betul la. ingat aku suka2 ja beli buku banyak2 pastu ndak baca? haha.. sini mana ada kedai buku bhai.. buku pelangi, sasbadi ada la.
ya ka?? okai2 t ak p cri d fanika..arap2 ad..hihi tq!
Bah. gud luck.
Post a Comment