Cikgu kata, zaman sekarang dress code sangat ditekankan oleh manusia yang berlagak sempurna. Ikut budaya barat bererti maju. Pakai baju kurung, pakai jubah, macam mana mahu buat kerja?. Itu kata orang timur yang berlagak barat.
[Jeda]
Hari sabtu lepas-lepas, aku dan geng Maintenance dengan kolaborasi beberapa orang Electrical dan Utility pergi ke pusat Golf di Tawau. Bukan untuk main golf tapi untuk menumpang mandi manda di kolam renang mereka. Dan sudah semestinya kena bayar.
Seperti aktiviti yang lain, mesyuarat tidak dibuat. Hanya beberapa perbincangan ringkas untuk mengutip duit. Aku bersungguh-sungguh turut serta sebab aku anggap belajar berenang di air yang tenang adalah lebih mudah daripada di pantai yang berombak dan sungai yang mengalir deras.
Tapi satu benda yang orang Maintenance lupa bagitahu aku adalah tempat itu mempunyai dress code iaitu tidak dibenarkan mandi dengan memakai baju atau singlet. Jem. Dalam keadaan basah kuyup sebab dihumban ke dalam kolam, aku ditegur terang-terangan oleh pengawal supaya buka baju. Jem jem. Aku duduk dalam keadaan jem tepi kolam hingga hampir kering.
[Jeda]
Dengan hati yang tidak puas, aku menghampiri pengawal yang memerhatikan kami dari jauh. Orang Islam.
“bang, boleh tanya sesuatu ka? Kenapa lelaki tidak boleh pakai baju di sini?”
Anak muda itu kelihatan terkejut dengan sapaan dan soalan mudah itu.
“sebab… air kolam ni ada bahan kimia. Tidak bagus untuk badan kalau pakai baju.”
Anak muda itu jawab ringkas.
“astaga! Kenapa perempuan tidak buka baju? Bahaya tu!”
Anak muda itu tersengih. Mungkin dia sangka aku main-main.
Kemudian kami berborak perkara biasa yang aku selalu borakkan dengan orang yang baru aku kenali sehingga pukul enam.
Anak muda itu kata, selepas pukul enam tiada orang jaga kolam ni. Kecuali pemilik tempat ini yang kadang-kadang datang buat pantauan. Dulu orang mandi bebas. Tahun lepas baru ada dress code. Tidak tahu kenapa. Mungkin tauke tempat ni mahukan kemajuan!. Mungkin laa… aku peduli apa. Yang penting masa untuk mandi sudah tiba…
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka……[An-Nuur:30]
“
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka……..[An-Nuur:31]
Tuesday, May 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment