Persembahan nasyid oleh pelajar mengaji beberapa saat selepas pokok bunga telur setinggi syiling masjid rebah menimpa mereka. Budak-budak memang bersungguh-sungguh!. Mana ada budak-budak bermain tidak berpeluh..
[jeda]
Allahuakbar…
Laporan Monthly Shutdown sudah siap. Sekejap lagi akan print.
Eh, laporan Annual Shutdown yang setebal thesis tu belum siap lagi!
Banyak kerja yang perlu dibuat sekarang. Mana mahu cari kontraktor lagi untuk tukar struktur konveyor paling kritikal dalam Power Plant ni.
Bercakap pasal conveyor, aku belum habis kaji lagi pasal semua jenis scrapper. Aduii..
Kalau dulu di kampus, aku suka buat kajian. Kenapa sekarang tidak?
..Bla..bla..bla..
Dulu, aku suka buat analisis apabila berhadapan dengan nombor.
Sekarang aku jumpa terlalu banyak nombor sampai aku geli mahu belek data dari Scada System.
Teringat pulak kawan-kawan sekampus.
Kata orang, dulu bersama-sama aktif. Sekarang seorang-seorang pasif.
Apa nak jadi.
Bla..bla..bla..
Bercakap pasal seorang-seorang, malam ni mahu rosakkan pintu tandas supaya hose air ke mesin basuh baru aku boleh lalu.
Mahu harap orang maintenance, diorang lebih suka bercakap pasal tukang basuh dan tukang masak yang berharga sepuluh ribu ringgit. Apa laa..
Bla…
Bla..
Bla..
Assalamualaikum warahmatullah…
Astaghfirullah al’aziim. Habis empat rakaat sia-sia.
Wirid dan doa ringkas dibaca sebelum bergegas keluar dari surau sebesar 9 x 9 kaki itu untuk menyambung kerja dunia yang belum siap. Sekali lagi anak Adam dilalaikan dengan kesibukan dunia walaupun sedang berhadapan dengan Tuhannya.
Assalamualaikum warahmatullah…
Ya! Begitulah entri untuk blog aku nanti! Mesti ramai yang seronok baca. Aku akan kongsikan dalam Facebook. Ramai orang akan buka dan komen. Blog aku akan jadi terkenal!
Wirid dan doa ringkas dibaca sebelum bergegas keluar dari surau sebesar 9 x 9 kaki itu untuk menyambung kerja dunia yang belum siap. Sekali lagi anak Adam dilalaikan dengan kemegahan dunia walaupun sedang berhadapan dengan Tuhannya.
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya..”
[Al-Mukminun:1-2].
Assalamualaikum warahmatullah…
Dan aku akan tambah ayat sedikit. Mudah-mudahan ramai yang akan berfikir.
Wirid dan doa ringkas dibaca sebelum bergegas keluar dari surau sebesar 9 x 9 kaki itu untuk menyambung kerja dunia yang belum siap. Sekali lagi anak Adam dilalaikan dengan kebanggaan dunia walaupun sedang berhadapan dengan Tuhannya.
“isk.. kau bah cip. Suka betul solat sendiri-sendiri. Apa salahnya berjemaah.”
Pengguna tetap surau sudah sampai. Kerjanya agak senang dalam kilang. Cuma pastikan biomass yang akan masuk ke dalam boiler untuk dibakar sentiasa ada dalam Stoker dan mengawal jumlah isinya. Jadi, dia hanya boleh beredar dari tempat kerjanya apabila keadaan pembakaran stabil.
“Kau yang lambat! Aku blah la yerrr..”
Saturday, June 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment