Tuesday, June 25, 2013
Meng-Ikan
Semasa mereka ajak aku ikut, aku sempat bertanya dua soalan. Di bagang nanti, ada life jacket ka? mereka dengan yakin menjawab "ada" sebab benda tu compulsory kalau nak buat lesen. Dan aku tanya tentang cuaca, mereka jawab semenjak dua menjak ni, hujan kurang turun. Dan pada hari itu, pengembaraan kami bermula dengan air hujan mencurah-curah ke dalam perahu.
Para nelayan bertolak bermakna bermulalah kerja aku untuk meminjam joran kalau ada yang bawa lebih. Joran memang takkan lebih. Tangsi dan mata kail pun jadi lah.
Sepatutnya gambar ini ada pelangi. Tapi kamera aku tinggalkan di rumah sebab takut kena hujan.
Modus operandi Bagang, malam yang gelap mereka terangi dengan spot light yang dinyalakan dari kuasa generator. Lampu yang terang akan menarik perhatian ikan untuk berkumpul di bawah Bagang dan pada masa yang sama, jaring sudah diturunkan ke dalam air. Kemudian, satu persatu lampu akan dimatikan sebelum jaring di angkat dan nelayan akan melihat rezeki mereka pada malam tersebut.
Awal pagi adalah waktu untuk mengelaskan hasil tangkapan. Hari itu, mereka dapat tiga bakul udang, satu bakul sotong dan berbakul-bakul ikan pelbagai jenis dan saiz. Bulan gelap kata mereka. Nota: Bakul itu besar!
Antara sotong yang mendapat perhatian.
Balik rumah, bukan waktu untuk qada tidur. Bersihkan hasil tangkapan, sumbat dalam peti sejuk, buka google, cari resepi masakan sotong, berlatih hingga jadi sedap. Ini yang aku lemah kalau benda meletup masa di gorang nih.
Ini ikan Terbang. Ya! ia boleh terbang. Ko pernah tengok cerita Life of Pi? kan ikan terbang tuh!
Gambar sebelah kiri diambil pada 8 Februari 2012 manakala gambar sebelah kanan diambil pada 15 Jun 2013. Setahun berlalu, sepertinya gambar aku distorted secara melintang. Bilang orang, makin leper. Haha
Nota: 1) Bagang. Sila baca betul-betul... B-A-G-A-N-G. Ba-Gang!!
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment