Tuesday, July 2, 2013

Lagenda mat Kilang #Cari Orang


Suasana dalam bengkel masih sama seperti dua tahun lepas aku jadi pekerja baru. Thumb Print orang lama sangat berdisiplin. Biasanya paling lambat mereka masuk kerja adalah 10 minit sebelum waktu kerja.
Masuk bengkel dengan riak wajah masing-masing bergantung kepada mood. Kemudian simpan bekal makanan di loker masing-masing. Capai dua bungkus 3in1. Campak satu 3in1 di atas meja untuk sesiapa sahaja yang mahu. Capai cawan, basuh dan bancuh air. Duduk atas kerusi depan meja panjang di tengah-tengah bengkel.
Satu persatu orang maintenance masuk dan beberapa orang dari department lain yang suka datang meneduh kasih. Ceh!.

Aku bancuh perlahan teh-o suam dalam cawan kecil. Tiba-tiba aku terpikat dengan minuman mudah ini sejak sakit gigi tempoh hari.
Plastik yang membungkus karipap inti mihun dibuka, aku ambil satu, selebihnya ditolak ke tengah meja sebagai pelawaan.
“kuih jeeeewwww???” Seseorang bersuara dengan perli rutin.
“aku malas makan kenyang kalau sarapan.”
“malas makan kaaa…”
“Kahwin lah kau cip. Nanti ada juga orang sediakan bekal.” Pemerli 2 memotong perlian pemerli 1.
“CIS!! Mi lagi? Ubi sudah habis ka di Sabah ni?.”

 [Jeda]

Kata orang, antara kayu ukur keberkesanan preventive maintenance di kilang adalah masa rehat pekerjanya. Preventive maintenance baik, breakdown kurang, kerja kurang, pekerja rilek.
Petang berlalu perlahan.
Tiada notification dihantar bermakna tiada tugas dan meja panjang di tengah bengkel menjadi tempat berbual, bersyarah, bercerita dan tempat minum 3in1.
“baju baru company sudah sampai. Nanti kamu semua pergi ambil di pejabat. Dua helai satu orang”
“kriik kriik kriik” tajuk perbualan aku kurang mendapat sambutan.
“Tambah dua helai baju ni, akhirnya aku ada enam baju kerja. Boleh la aku cuci baju seminggu sekali” aku tambah.
“kriik kriik kriik” tajuk perbualan aku masih kurang mendapat sambutan.
“Dulu empat helai baju…” aku cuba tambah lagi
“Ini bukan masalah bilangan baju atau mesin basuh. Kau perlukan mesin basuh fully automatic nih” Sambutan yang aku paling tidak harapkan menerjah.
“Erk!”
“Cepat-cepat lah kau..”

 [Jeda]

Balik kerja, penat. Rebah depan komputer hingga waktu maghrib. Ada orang bagi salam dan terus masuk rumah. Dia hulur pendrive. Minta movie katanya. Dengan mata kuyu masih berbaju kerja aku bangun hidupkan komputer.
Suasana sunyi.
“Isk. Katil ada. Kusyen ada. Tidur atas lantai?”
Diam.
“kalau ada orang lain dalam rumah ni, kau tak jadi macam ni”
Diam.
“cepat-cepat lah kau!”
Diam. Rasanya diam lebih baik apabila kita yakin akan kalah walau bagi apa hujah sekalipun.

[jeda]

 Hari itu balik awal. Bukan balik awal sebenarnya Cuma balik tidak terlalu lambat. Nanti reput penyapu di rumah kalau aku tak guna.
Dengan lincah lantai disapu diiringi lagu serdadu oleh Iwan Fals.
“Hoi!! Kawen lah kau cepat!.” Orang yang sama lalu depan rumah naik EX5.
Lagu beralih ke pesawat tempurku juga oleh Iwan Fals.

[Jeda]

Hari sabtu setengah hari. Balik rumah matikan enjin motosikal, hidupkan enjin kereta. Sumbat barang dalam beg, tunggu enjin panas.
“mana?”
“Tawau”
“Sendiri?”
“iya lah bah”
“hahaha.. tu lah. Siapa suruh…”

Satu lagi minggu berlalu. Waktu muhasabah paling baik adalah semasa dalam perjalanan ke rumah ibu. 70 kilometer pandu perlahan sebab banyak lori. Maaf kawan-kawan. Islam menghadkan kahwin empat sahaja. Lagipun mana lah aku nak cari chef, tauke dobi, manager, cleaner, driver dan lain-lain.

Kenderaan berbumbung merangkak perlahan membuntuti trailer FFB dan dibuntuti lori angkat EFB. Lagu Manusia setengah Dewa menemani lamunan.
.

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code