Antara koleksi sampul Nota Kaki
“So, are you gonna choose or what?”
“Lek bah boss. Saya mahu pilih”. Jawapan padu diberi. Sebagai seorang enjinair, cabaran adalah satu perkara yang taboo untuk ditolak.
“Tapi ang pow tu mahu kasi balik dulu laa.. baru boleh cabut.” Si boss menambah.
Aku menyelak ang pow besar berwarna merah yang diberi sebentar tadi. Ceh! Duit merah ja satu keping? Ke-kedekut-an apa ini?
Si boss kemudian menyorong sedikit mangkuk meginya ke tepi dan menyusun berbelas ang pow merah yang sama warna dan saiz di atas meja kantin. Itu hari adalah cuti umum. Kebanyakan orang sedang bercuti kecuali beberapa orang penting seperti kami. Heh.
“Okay now. Apa pilihan yang saya ada di sini?”. Aku cuba mengorek beberapa maklumat untuk dijadikan parameter dalam teori kebarangkalian dalam pemilihan ini.
“It’s even. Macam biasa. 30 percent ang pow kosong, 30 percent ang pow sepuluh dan 30 percent ang pow lima puluh ringgit.” Si boss mengangkat kening mencabar sambil menghirup megi panasnya.
“Soo.. it’s 33 percent then. Daripada aku simpan sepuluh ringgit dan pergi sebagai pengecut, baik aku pergi sebagai seorang pemberani. Daripada lari dari perang bersama sepuluh, lebih baik pergi berperang dengan kosong. Mungkin akan bertemu dengan sepuluh atau juga lima puluh!”. Otak mula menjalankan tanggungjawabnya.
“Oh ya.. tadi itu Nel sudah cabut. Dia dapat lima puluh. Haha.” Si boss terlambat menambah satu maklumat penting. Probability untuk aku mendapat lima puluh sudah berkurang.
Berdasarkan taakulan, si boss adalah orang yang sangat sibuk. Mungkin selepas beliau mengisi ang pow, beliau tidak akan mengocak angpow-angpow tersebut. Jadi, ang pow yang disusun di atas meja adalah mengikut urutan sederet ang pow kosong, sederet ang pow sepuluh dan sederet ang pow lima puluh. Not lima puluh adalah not yang paling besar dan agak sukar dimasukkan ke dalam ang pow. Kalau teori pertama aku betul, maka aku tidak boleh mencabut ang pow yang berada di tepi atau di tengah. Aku perlu mencabut ang pow yang berada di kiri sedikit atau kanan sedikit. Ini akan mangurangkan kemungkinan kepada 0.5 sebaik sahaja aku mencabut di bahagian tersebut*. Sama ada kosong-sepuluh atau sepuluh-lima puluh.
Dengan berhati-hati, aku meletakkan jari ke salah satu ang pow yang berada di kiri sedikit. Dengan pantas si boss mengangkat muka memandang aku.
I knew it!. Dia sudah cuak. Haha
Aku keluar dari kantin membawa sebungkus roti dan sehelai ang pow berisi lima puluh ringgit sambil ketawa terkekeh kekeh..
[jeda]
Beberapa minit aku duduk tersenyum dalam bilik enjinair sambil cuba membuang rasa ujub, si boss sekali lagi mencabar seorang technician untuk pertaruhkan ang pow merahnya dengan cabutan. Kerana terlalu lama ragu, si boss kemudian mengambil salah satu ang pow kosong dan diisi dengan dua keping not lima puluh lalu mengocaknya. Ciss! Aku tidak boleh berdiam diri!.
Kenapa? Sebab perbuatannya baru sahaja membuktikan teori pertama aku adalah betul. Macam mana dia boleh tahu mana satu ang pow kosong? Because, he know!.
Dengan perlahan aku bergerak ke sebelah technician tersebut dan berbisik dengan kuat
“Kau cabut ang pow yang disusun terbalik tu. Ang pow lain semua disusun sama belah. Cuma ang pow yang sudah dikacau saja yang terbalik.”
Silly mistake…
Technician keluar dengan senyuman yang lebih lebar dari aku.
Si boss berlalu pergi tidak tahu ke mana..
Ini hari tahun baru cina.
Kami datang ke tempat kerja. Tapi tidak mahu buat banyak kerja.
Kami mahu tolong orang..
*Hakikatnya probability berkurang kepada 0.25. Yang aku maksudkan probability 0.5 adalah selepas mencabut.
....
0 Perbincangan:
Post a Comment