Friday, May 30, 2014

Orang Baru


Satu lagi shift bertukar. Pagi dengan cuaca yang baik. Matahari segar suam-suam kuku jari kaki memancar tanah yang basah disiram hujan semalam.

Hari yang baik ini juga menjemput kehadiran tiga pekerja baru dalam kilang. Ketiga-tiganya menjadi apprentice yang diletakkan di bawah fitter terpilih. Itu adalah lumrah kerja di sini. Kau foreman di mana pun, kalau masuk sini akan jadi apprentice terlebih dahulu.

Dan hari bertuah itu turut diraikan oleh mesin-mesin dalam kilang dengan menjaga akhlak masing-masing. Tidak ada kerosakan. No breakdown kata golongan enjinair. Maka berbahagialah kaum maintenance dengan hal masing-masing. Dengan rokok masing-masing. Dengan gadget masing-masing. Dan ada juga dengan kekasih jauh masing-masing.

Adapun salah seorang fitter lama di dalam bengkel ingin memecahkan kejanggalan orang baru yang dari tadi berdiam diri sahaja. Lalu dia bersuara dengan persoalan.
“Semboi, sebelum ni kau kerja apa?” Katanya dengan pandangan mata random ke arah ketiga-tiga orang baru itu.
“Aku kerja biasa jak cip. Barusan datang pi sini ni cip. Dulu di kampong jak.” Salah satu orang baru sudah bersuara.
“Kau?” Soalan diteruskan.
“Aku.. err.. aku nda pernah lagi kerja. Lepas SPM aku di rumah jak cip.”
“Aiya! Suri rumah paleknya.” Perli satu suara entah dari siapa.

[Awkward silence]

“Kau?” Soalan diteruskan lagi.
“Saya dulu kerja Petronas jak cip.” Orang baru yang terakhir menjawab malu-malu.

Bengkel menjadi sunyi tiba-tiba. Semua mata tertumpu ke arah orang baru. Petronas adalah perkataan keramat bagi mereka. Lan belah tengah dulu kerja operator jaga conveyor saja di sini. Sekarang dia sedang berbahagia dengan kereta besarnya selepas kerja Petronas. Akak chemist dulu sempat jadi lejen di kalangan auditor sebelum pindah kerja ke sana. Enjinair? Mana ada yang tidak pohon kerja di sana. Kerja dalam bilik order barang, pastikan kerja yang dibuat oleh orang lain siap, cukup bulan terima gaji letup-letup.

Orang baru terakhir telan liur. Takut-takut dia tersalah cakap hingga semua orang pandang slack dengan dia.
“Feh! herja Fetronas va ni.” Kata pomen tepuk meja dengan rokok terhuyung hayang di hujung bibir.
“Petronas mana kau kerja?.” Technician menunjukkan minat.
“Semporna.” Dia jawab ringkas. Technician termangu. Berfikir dalam-dalam mencari Petronas Semporna.
“Kenapa berhenti! Haih!.” Seorang apprentice melahirkan kekesalan.
“Sebab..” Orang baru bersuara malu-malu.
“Huuu.. kalau aku la, sampai pencen aku kerja sana.” Seorang pekerja dari department lain bersuara selepas mem-pause-kan permainan telefonnya.
“Sebab saya malas bah cip!.” Orang baru menghabiskan ayat.
“Uina! Barehat kawu! Berusan aku jumpa orang berenti Petronas masuk kerja kilang woo.” Sampuk orang department lain yang datang mengular di bengkel. Suasana bengkel semakin riuh.
“Saya malas bah cip kerja-kerja sibuk ni. Lebih-lebih lagi kalau banyak kereta. Peh! Penat woo isi minyak.” Orang baru menjawab dengan satu nafas.

Pomen pandang fitter. Fitter pandang orang baru pertama dan kedua. Technician dari tadi lagi terkekeh kekeh menahan tawa. Matanya berair. Apprentice yang rambut pacak pandang apprentice lama yang lain dengan dahi berkerut.

Di luar bengkel, sekumpulan kucing yang sedang memakan sisa bekal sarapan orang kilang terkejut dengan hilai tawa manusia. Ada yang tercarut. Ada yang tersembur 3in1. Ada yang tersedak asap rokok.

Kerja Petronas memang lejen!.
Sungguh, cerita ini akan diturunkan kepada generasi akan datang untuk menjadi point besar dan pengajaran.

Subhanallah.. indahnya cuaca hari ini..
...

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code