Tuesday, June 10, 2014
Multi Task
Hujung minggu gua balik rumah mak. Ditemani secara zahir oleh bos (adik) dan kawannya yang dijemput di Bandar Tawau. Serta ditemani secara batin dengan pelbagai isu yang bermain di fikiran. Steam turbine cannot be fully utilized to generate power even with sufficient superheated steam. Pelbagai komponen diperiksa, diservis, dibuka pasang buka lagi pasang lagi, dicuci dan diteliti. Masih tidak tahu kenapa. Takkan la ada hantu. Masalah peribadi dan masalah Negara tidak payah cerita lah.
Sedang lagu tema Gundam Seed bergema, gua berhentikan kereta di simpang bertanda lampu isyarat merah. Tiba-tiba telefon bimbit berdering.
“Yellow cip!” Aku jawab panggilan tanpa was was.
“Hello Assalamualaikum..” Lembut suara di hujung talian.
“Eh, iya. Waalaikumussalam!” Gua berpura-pura semangat sambil menekan brek kaki dan melepaskan brek tangan.
“Malam ni saya ada buat kenduri selamat bah di rumah. Kau datang ya. Bawak juga member yang lain.” Suara masih lembut di hujung talian.
“Aduukaa.. harus bagaimanaka.. aku di Tawau ni cip. Balik Rumah.” Gua berterus terang sambil menukar transmisi dari N ke D. Kereta CVT bukannya perlu imbang-imbang clutch macam kereta manual.
“Ooo.. iya ka.. saya sangka kawu ada di kilang bah. Banyak saya masak ni.” Suara bertambah lembut di hujung talian.
“Hmmm..” Gua sudah bingung apabila kereta mula bergerak ke hadapan.
“Itu laa.. kalau kawu ada di kilang, boleh bawak yang lain malam ni pi sini kan.” Suara masih lembut.
“Assstagaa!! Huff! Huff!! Erkkk!.” Gua panik melihat lampu isyarat yang masih merah. Dari cermin pandang sisi, kereta Double Cab warna hitam yang tadi di sisi masih statik di tempat tadi. Kereta yang sepatutnya mendapat giliran untuk bergerak pula brek mengejut.
“Mahu panggil jugak diorang yang lain datang malam ni tapi diorang mahu naik apa kann..” Suara lembut di hujung talian.
“Uina cip! Aku berenti di tengah simpang ni. aku langgar lampu merah woo!.” Gua berpeluh jagung. Tangan kiri menyentap pedal transmisi dan menukarnya ke posisi R. gua undur kereta laju-laju.
“Itu lah tu.. saya pun lambat kasi tahu bah kan. Last minit jugak saya kasi tahu kamu. Kalau saya kasi tahu awal-awal mungkin boleh plan datang awal-awal.” Suara masih lembut di hujung talian.
“Huf Huf Huf! Waina.. gila laa.. nasib nda eksiden.” Gua ambil nafas singkat apabila lampu isyarat bertukar hijau sebaik sahaja kereta gua sampai di kedudukan asal.
“Kalau begitu nda apa la.. lain kali la.. Assalamualaikum..” Suara lembut menamatkan perbualan.
“Waalaikumussalam cip. Haaaaih!.” Gua meneruskan perjalanan.
Angin penghawa dingin menderu menampar dahi yang berpeluh jagung. Otak kini ralit berfikir tentang betapa tidak-multitask-nya aku atau secara generalnya, kebanyakan lelaki.
Women, one point for you!.
[jeda]
Bos di sebelah masih terkekek-kekek menahan ketawa. Aku siku jugak budak ni karang.
Labels:
Certot,
Lagenda Mat Kilang,
My Story
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment