Friday, July 11, 2014
Worst Day?
13 Ramadhan, Malaysia
Sebagai seorang pekerja kilang, Ali perlukan banyak tenaga untuk terus ceria dan bersemangat melakukan tugas harian. Sahur adalah wajib bagi Ali kerana dari situlah dia akan menyimpan tenaga secukupnya untuk kegunaan siang hari.
Alarm jam loceng ditala pada angka tiga. Suis alarm diperiksa tiga kali sebelum tidur bagi memastikan ia berada pada mode ON. Alarm untuk not-so-smart phone, Nokia X2 ditetapkan juga pada pukul tiga subuh. Manakala alarm smart phone ditetapkan pada pukul tiga, tiga lima minit, tiga sepuluh minit dan tiga tiga puluh minit. Just in case.
Dan ditakdirkan hari itu Ali terjaga semasa azan subuh. Deng!
Ali memegang perutnya yang agak kosong. Makanan yang dijamah semasa berbuka semalam tidak cukup untuknya meninggalkan sahur. Harinya dimulakan dengan minda yang kusut. Pagi itu juga, salah satu belt conveyor di kilangnya meragam. Rubber lining pada head drum telah terkoyak dan perlu diganti dengan drum baru. Perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah, berat drum yang seperti satu guni beras, ketinggian tempat kerja yang hanya dapat dicapai dengan kudrat manusia dan suasana yang panas, berhabuk dan kering.
Waktu petang, Ali terlantar keletihan. Dia nekad untuk terus berpuasa. Tapi hatinya menjerit lagu Simple Plan, HOW COULD THIS HAPPEN TO ME?. Dia merasakan inilah hari yang paling teruk dalam hidupnya. Kenapa dia diuji dengan ujian yang seberat ini?.
-end.
13 Ramadhan, beberapa ratus kilometer dari Malaysia
Laungan azan sayup kedengaran. Dia masih terpacak di atas timbunan batu dari runtuhan rumahnya. Niat puasa sudah dibaca walaupun dia tidak sempat menjamah apapun. Bukan kerana tidak ada kurma pemberian jirannya semalam. Tapi kerana dia sibuk mencari mayat keluarganya yang tertimbus dalam runtuhan.
Dia memandang langit yang cerah. Bulan purnama bersinar sangat terang pada subuh itu. Lalu dia berkata dalam hati..
Di bumi yang dijanjikan aku berdiri
Menggenggam agama sekuat hati
Jika ditakdirkan aku mati
Biarlah sebagai wira sejati
Dia menyeka air mata yang mengalir sambil memujuk hatinya yang pilu. Apabila tiba gilirannya kelak, pasti senyuman akan terpahat di bibir. Kerana itu adalah hari yang paling bahagia!.
-end
Labels:
Certot,
Lagenda Mat Kilang,
Luahan Rasa,
My Story,
Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Perbincangan:
Hari yang paling bahagia,, insyaAllah.
InsyaAllah...
What does Betway mean? | Sports 100
What does Betway mean? Our team and sports betting experts analyze the popular sports like football, horse racing and 토토 사이트 도메인 football. Our team
Post a Comment