Wednesday, May 13, 2009

“TAKKAN” KUBALAS JASAMU ITU…?


Ku melalui ramadhan pada hari itu sama seperti hari-hari sebelumnya. Penuh dengan peringatan, penuh dengan gelak ketawa bersama rakan-rakan, aku juga melihat hari yang dipenuhi dengan ibadat dan munajat sang hamba kepada khaliqnya.


Malam ramadhan tersebut juga kulalui dengan bersolat tarawikh di Masjid Sultan Ismail seperti hari-hari semalam. Entah mengapa tiba-tiba jantungku berdegup pantas. Dadaku sebak. Khusyukku entah kemana. Kenapa saat ini hatiku berada di rumah bersama-sama dengan keluargaku?. Wajah ibu, wajah ayah seolah-olah berada di depan mata. Air mataku mengalir deras membasahi pipi dan bajuku. Tempat sujudku dibasahi dengan air mata kerinduan tatkala aku ruku’ dan sujud di hadapan penciptaku.

Oh ibu..oh ayah..


Tatkala aku merengek meminta disuapkan makanan, kau memerah keringat untuk memastikan perutku sentiasa dipenuhi dengan rezeki halal yang diharapkan dapat menjamin aku terus hidup dalam keberkatan.

Kau lakukan segala-galanya..kau sanggup berhutang semata-mata untuk memastikan aku tak ketandusan bahan pembelajaran dan kekeringan ilmu supaya aku dapat menjadi seorang insan yang diteladani khalayak kelak. Tatkala aku sering bermain dan tidak serius dalam pelajaranku.


Kau tidak pernah jemu dan bosan untuk meminta kebaikan untukku di dunia dan akhirat setiap kali kau menghadap Allah Rabbul Jalil bilamana aku sering alpa dan leka dengan duniaku bersama dengan kawan-kawan dan harta benda yang kukira adalah milikku sepenuhnya.


Kau berlapar untuk memastikan aku kenyang..

Kau bergadang untuk memastikan aku tidur..

Kau berhutang untuk memastikan aku senang..

Dan kau bertegas untuk memastikan aku bersyukur..



Sekarang aku sudah besar. Aku mampu untuk hidup berdikari. Aku mampu untuk membiayai diri sendiri. Kau tentu bangga denganku kan.. hinggakan aku sering berangan-angan untuk membalas segala jasamu apabila aku sudah bergelar graduan dan jurutera kelak.



Satu hari nanti, akan kubelikan kau makanan yang sedap-sedap yang keluarga biasa kita tidak mampu beli dahulu. Akan kubelikan kau rumah dan kenderaan besar supaya kau dapat hidup dengan senang. Akan kucarikan kau pembantu rumah untuk melakukan semua kerja rumah untukmu. Akan kucarikan kau doktor yang terbaik untuk menjagamu bila kau sudah kerepot. Namun, apakah itu yang kau inginkan?.

Butir-butir mutiara.. Berjuta intan permata.. Seluruh isi dunia.. Tak mungkin mampu menebus jasa. Jasa agungmu padaku..*


Sesuap nasi yang kau masak dengan air tangan kau sendiri dengan penuh keikhlasan tak mungkin dapat aku balas dengan berlian 14karat yang sesaiz gunung Kinabalu. Apakah layak untuk aku bercerita tentang angan-angan seorang anak ingin membalas jasa agung seorang ummi dan seorang abi?. Tentu sekali tidak. Namun, aku tetap mewajibkan diriku untuk berkhidmat kepadamu selama-lamanya. Akan kujadikan kau raja di dalam rumah. Akan kupenuhi keinginanmu sepenuh hatiku. Walau kutahu ianya tidak cukup untuk melayakkan diriku bergelar “ANAK YANG MEMBALAS JASA”…


Mak..ayah.. aku merinduimu di seberang laut sana..takkan kulupakan kata-kata azimatmu “kami sentiasa doakan kau di sana nak..”

nantikan kepulanganku..


Assalamualaikum warahmatullah... imam memberi salam.

Aku tersentak.. fikiranku kembali ke dalam saff solat tarawikh. Aku segera mengesat air mata dan berselawat bersama dengan jemaah solat.

Hatiku berbisik.. akan kupastikan mereka menitiskan air mata kegembiraan apabila melihatku suatu hari nanti..

Aku tersenyum…


From my abi..:

Apabila kau sampai di suatu tempat, pastikan kau mencari bangunan yang paling tinggi di sana dan lihatlah benda yang paling atas pada bangunan tersebut. Berdoalah kepada Allah:

‘ya Allah..jadikanlah untukku kejayaan yang bakal kukecapi nanti setinggi bangunan itu..’

*petikan lagu Alam bertajuk ibu. –penyanyi lagu dangdut Indonesia.

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code