Friday, August 14, 2009

MENGHAYATI BUDAYA ILMU

Faham Ilmu, amalan dan panduan

Dedikasi kepada mahasiswa baru sesi 2009/2010 dengan harapan agar menjadikan UTM sebagai pelabuhan ilmu untuk memulakan pelayaran ilmu menjadi pencinta ilmu dalam dunia ilmu”

Buku percuma yang diberikan kepada semua pelajar tahun satu yang baru sahaja mendafkar diri di UTM Skudai untuk sesi 09/10. Sebuah uku yang amat menarik untuk dibincangkan dengan lebih serius kerana ia membabitkan satu budaya yang amat penting dan semakin pudar ditelan arus modenisasi dan proses jahil pembaratan. Hakikatnya, jika anda ingin mencari diskusi mengenai buku ini, blog ini bukanlah tampat yang palIng sesuai untuk dijadikan rujukan kerana beberapa sebab yang saya sendiri berasa segan untuk menceritakannya…

Sebagai seorang mahasiswa yang berminda “kecil dan sederhana”, saya tidak dapat menafikan bahawa gaya bahasa yang Dato’ Zaini Ujang gunakan dalam buku ini agak tinggi dan memaksa saya untuk membaca perenggan-perenggan tertentu beberapa kali untuk mendapatkan dan memahami isi penting yang sang penulis ingin sampaikan. Jadi, sebagai hepotesis, saya dapat menganggap bahawa mahasiswa yang jarang membaca seperti saya akan mengalami masalah semasa membaca buku ini. Namun, buku ini amat menarik kerana dapat saya katakan bahawa setiap ayat dalam buku ini adalah isi “belaka” dan bukan sekadar “gorengan” sahaja.

..draduan ideal memiliki kemahiran berfikir, keupayaan berhujah, kesantaian berkomunikasi mengikut pelbagai dimensi dan perspektif, pencinta ilmu dan pemburu kebenaran, warga yang budiman, minda lestari, berbudaya tinggi, berperwatakan mulia dan mahir dalam pencarian ilmu..”

m/s : 68

SLOGAN

Satu persoalan yang timbul adalah sejauh mana seruan agung ini telah disahut oleh para mahasiswa dalam kehidupan mereka?. Adakah ia hanya sekadar satu slogan yang diwar-warkan kepada sesetengah pihak seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa, HEP dan beberapa pemimpin-pemimpin persatuan yang sememangnya sudah dikenali sebagai pencinta ilmu?. Bagaimana pula dengan mahasiswa lain yang rutin harian mereka hanya sekadar kuliah, bonceng, Jusco, ponteng, dan tugasan?. Sejauh mana seruan ini sampai kepada mereka?. Adakah nak harapkan mereka membaca buku ni?. Hmm..mungkinkah..

Mungkinkah nanti akan diadakan satu ceramah mengenai budaya ilmu yang melibatkan semua mahasiswa-mahasiswi UTM?...hmm..sekadar ramalan awal..yang akan datang adalah golongan pencinta ilmu yang dah sedar sementara golongan sasar masih lagi berada di bilik masing-masing atau berada di arked-arked berdekatan bersama dengan pasangan mereka.

Walau apapun, selepas membaca buku ini, aku menjadi semakin gila dan tamak ilmu walaupun hanya sekejap. Terima kasih ayahanda kerana tak jemu-jemu berusaha menanam semangat cintakan ilmu di dalam diri kami…

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code