Thursday, September 17, 2009

SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH

Menyambut Aidilfitri Menurut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Islam telah mensyariatkan dua hari raya kepada umatnya untuk mereka berhibur dan bergembira serta merasai nikmat kemeriahan perayaan. Dua hari raya yang dimaksudkan ialah apa yang disebut sebagai Aidilfitri (hari raya puasa) dan Aidil Adha (hari raya haji).

Pensyariatan kedua-duanya adalah berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a., bahawa dia berkata (yang bermaksud):

“Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, sedangkan penduduk Madinah memiliki dua hari raya yang mereka bermain-main pada hari tersebut di masa Jahiliyyah. Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Aku tiba di tengah-tengah kalian sementara kalian mempunyai dua hari raya yang kalian bermain-main pada hari itu di masa Jahiliyyah. Sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari raya yang lebih baik iaitu hari raya korban (hari raya haji) dan hari raya fitrah.’” (Hadis riwayat al-Nasaaei dalam Sunan al-Nasaaei, kitab al-Sholah, hadis no. 959)

Berikut dikemukakan pedoman meraikan Aidilfitri menurut petunjuk al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

1. Bertakbir

Disunnahkan bertakbir bermula ketika muncul anak bulan Syawal sehingga imam memulakan solat hari raya, sama ada di rumah, di masjid mahupun dalam perjalanan menuju ke masjid.

Firman ALLAH SWT :

وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:

“Dan untuk cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan agar kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA. Mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah ayat 185)

Ibn Abu Syaibah meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa al-Zuhri berkata:

“Orang ramai bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah masing-masing sehingga sampai di tempat solat. Mereka meneruskan takbir sehingga imam sampai. Apabila imam tiba, mereka diam dan apabila imam mengangkat takbiratulihram mereka pun mengangkatnya.” (Rujuk Irwa al-Ghalil, jil. 2, ms. 121)

Antara lafaz takbir yang diriwayatkan:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah, wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamd

Maksudnya:

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, ALLAH Maha Besar, dan segala puji hanya bagi ALLAH.

2. Mandi Sebelum Keluar Menunaikan Solat

Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Majmu’, para ulama telah bersepakat bahawa mandi untuk menunaikan solat hari raya adalah sunat. Ini kerana, ia boleh disamakan dengan mandi sunat pada hari Jumaat dan pada hari lain di mana umat Islam berhimpun.

3. Berhias Sempena Hari Raya

Disunatkan menghiasi diri dengan memakai pakaian yang indah pada hari raya. Diriwayatkan bahawa Jabir RA berkata:

كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُبَّـةَ يَلْبِسُهَا لِلْعَيْدَيْنِ وَيَوْمَ الْجُمُعَةِ

Maksudnya:

“Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang dipakai khusus untuk kedua-dua hari raya dan hari Jumaat.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah, no. 1765)

4. Makan Dahulu Sebelum Menunaikan Solat

Sebelum menunaikan solat Aidilfitri adalah merupakan sunnah makan beberapa biji tamar atau makanan lain. Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيـْهِ وَسَـلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَـرَاتٍ ... وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Maksudnya:

“Rasulullah SAW tidak keluar pada hari raya Aidilfitri sehingga baginda makan beberapa biji tamar…dan baginda makan dalam jumlah yang ganjil.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no 953)

5. Berjalan Menuju Ke Tempat Solat

Diriwayatkan bahawa Ali bin Abi Thalib RA berkata:

مِنَ السُّـنَّةِ أَنْ تَخْرُجَ إِلَى الْعِيْدِ مَاشِيًا وَأَنْ تَأْكُلَ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ

Maksudnya:

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 487)

Disunatkan juga menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat. Jabir bin Abdullah RA berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيـْهِ وَسَـلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيْقِ

Maksudnya:

“Nabi SAW melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab al-‘Iedaini, hadis no. 986)

6. Mengucapkan Ucapan Selamat

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan di dalam kitab beliau Fath al-Bari bahawa Jabir bin Nufair RA berkata: “Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari raya sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain:

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

(Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalanmu).”

7. Menunaikan Solat Hari Raya Di Masjid Atau Di Tanah Lapang

Hukum menunaikan solat hari raya ialah sunnah muakkadah (sunat yang sangat dituntut. Antara dalilnya, bahawa Ummu ‘Athiyah RA berkata:

“Kami telah diperintahkan (oleh Nabi SAW) untuk keluar (solat hari raya). Lalu kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, anak dara dan gadis pingitan untuk keluar. Ibn ‘Aun berkata: Atau anak dara pingitan. Jadi, wanita-wanita yang sedang haid juga diperintahkan (oleh Nabi SAW) agar menyaksikan perhimpunan kaum muslimin dan menjauhi tempat solat (duduk di luar tempat solat).” (Hadis riwayat al-Bukhari, hadis no 981)

Apabila seseorang tidak sempat menunaikan solat hari raya bersama jemaah muslimin, dia hendaklah melakukan solat dua rakaat secara sendiri. ‘Ato’ RA berkata:

إِذَا فَاتَهُ الْعِيْدُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya:

“Jika seseorang tidak sempat (mendapat rakaat bersama imam) ketika solat hari raya, dia hendaklah mengerjakan solat dua rakaat (bersendirian) .” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-‘Iedaini.

8. Bersederhana Dalam Merayakan Aidilfitri

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya ALLAH tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raaf : 31)

Bersederhana dalam meraikan Aidilfitri merupakan suatu yang wajib dan dilarang berlebih-lebihan dalam segala urusan makan minum, berhias, menikmati bahan-bahan hiburan serta bergaul antara lelaki dan perempuan.

Semoga dengan mengikuti panduan al-Quran dan al-Sunnah dalam menyambut Aidilfitri ini, kita bukan sahaja memperolehi kegembiraan di dunia bahkan kegembiraan yang hakiki apabila bertemu ALLAH di akhirat kelak. AMIN.

Disusun oleh:

Abu Raihanah Al Atsary


~SEMOGA AIDILFITRI TAHUN INI MEMBERI SERIBU DUA
PERUBAHAN BAIK DALAM DIRI~

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code