Thursday, November 12, 2009

ABAKA

KEMELUT, KESENGSARAAN, DAN RANJAU

Sebuah novel yang Berjaya memenangi peraduan menulis novel 2003 sempena 40 tahun Sabah merdeka melalui Malaysia anjuran dewan bahasa dan pustaka dan majlis Bahasa dan Sastera Sabah.

ABAKA memaparkan kesengsaraan sekelompok manusia yang hidup menderita di atas jalan kehidupan yang penuh onak nan berduri. ABAKA melukiskan catan kehidupan yang amat indah tetapi derita, bekemelut mencari nafas kebenaran di tengah-tengah kebobrokan sekelumit manusia yang bejat akal budinya. ABAKA adalah lambang ranjau-ranjau yang cukup tragis dan memilukan, tetapi ABAKA juga membuktikan kemelut, kesengsaraan dan ranjau bukan penghalang untuk menggapai kebahagiaan dan kegemilangan.

~kulit belakang buku~


SMK ABAKA..

Sebuah sekolah yang pernah digelar sebagai ‘kandang kambing’.

Sekolah yang menjadi tempat pelajar ‘buangan’ merayu untuk diberi peluang kedua.

Tempat aku menuntut ilmu dalam sekolah menengah dalam keadaan bersila dek kerana ketiadaan kemudahan.

Tempat aku belajar erti pergaduhan, gangsterism, vandalism, buli, pukul dan banyak lagi.

Tempat aku melihat bakal pmimpin masa depan dunia dirosakkan dengan alat-alat Yahudi seperti rokok, ‘gam’ dan Black Metal.

Tempat aku belajar meninggikan suara dalam menegakkan kebenaran.

Tempat aku belajar erti persahabatan, pergaduhan, masalah hati dan erti perpisahan.

Tempat aku dibelasah dan didenda oleh guru-guru yang semestinya ingin melihat aku Berjaya.

Adakah aku menyesal menjadi pelajar di sana?

Adakah aku kecewa dengan sikap pelajar di sana?

Adakah aku tidak gembira dengan kawan-kawan di sana?

Sudah tentu tidak!

ABAKAlah yang menjadikan siapa aku pada hari ini.

Bersama iringan doa guru yang mengharapkan aku dapat menjadi ‘orang besar’ suatu hari nanti.

Aku berbangga menjadi pelajar ABAKA.

Ukhuwah kita tidak akan putus sekukuh ikatan tali ABAKA. Haha..

Terima kasih diucapkan kepada semua warga pendidik dan KTBM ABAKA sama ada yang masih mengajar di ABAKA ataupun yang telah berpindah. Jika anda semua membaca pesanan ini, tolong sampaikan salam saya kepada cikgu-cingu yang lain. Cheeehh..

~CG.ANDI, CG.AZRINAH, CG.HAWATI, CG.DAYANG, CG.RAMLI, CG.AFFENDI, CG.SAHBANI, SIR MURPHY, CG.KAMSAH, CG.AMIR, UST.ROSMAN, UST.ABDULLAH, CG.LAKARANI, CG.RIDEWAN, CG.DAHLIA, CG.MUHMMAD, CG.JUMAAN, CG.RAZIMAH, UST.AMIRUDDIN, ABG BAKLAYAN, TERUTAMANYA CG ISMAIL SULAIMAN sebagai pengetua di SMK ABAKA dan semua lah..bukan lupa nama tap banyak bettul bah. Ndak jugak mau senaraikan semua nama cekgu di sini. Dulu masa saya jadi naib pengawas, ada 64 semua cikgu di abaka. Banyak tu. Eh, salah. Ramai tu..sori cg.Ramli..

~semoga novel ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus maju dalam perjuangan~

5 Perbincangan:

myikhwanfiideen said...

insya Allah..Prbykkn doa pd Allah swt..

p/s-sukar mcari mana kamsar dlm gambar tu? =)

c_fu^^ said...

Salam diterima =)..Batch you all adalah student cgu yg terBAIK...wish you all the BEST..Aminn...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih... Cetakan ke2 sudah ada di pasaran dgn kulit buku baru... Sebagai penulisnya, terharu anda menghargainya, namun kesusahan hidup dlm novel itu tidak dirasai oleh generasi baru SMK Abaka 2002 ke atas kerana sudah menikmati bangunan baru yg canggih

Lagenda said...

a.zul: ana masih comel lg time tu.
che gu: huu..terharunya..tima kasi cekgu.akanku lawat sekola bila balik nnt.
cg.az: mantap! ari tu mintak di kedai,tinggal 1 jak.selamat.saya sempat rasa abaka lama 1 tahun ja. mmg belajar bersila.haha..ada masa, blh mintak autograf..

Anonymous said...

Keperitan mengajar erti perjuangan..tahniah bg yang berjaya mengharungin ABAKA yang dulu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code