~HR Muslim~
Fenomena anak muda zaman sekarang yang berada di transisi menuju ke alam kedewasaan. Semua bercerita tentang cinta. Ada apa dengan cinta. Ketika cinta bertasbih. Ayat-ayat cinta. Atas sejadah cinta. Apa itu cinta?
“cinta adalah anugerah Allah. Tempatnya di hati yang disemaikan dalam hati manusia”
~Ust Ismail Mustari, Penasihat PMIUTM~
Bila berkata tentang cinta, semua tidak mahu kalah. Semua sanggup berkorban apa sahaja. Cinta itu buta sehingga tidak Nampak mana yang halal dan mana yang haram. Mereka tidak namapak ke mana seharusnya cinta itu disalurkan.
Cinta Allah; kita ada Allah untuk dicintai dan Allah sentiasa mencintai hamba-hambanya dan ingatlah cinta Allah tidak akan mengecewakan. Bercinta sebelum kahwin? Cinta manusia itu hanya layak untuk suami dan isteri dan ia tidak layak untuk dikongsi dengan orang lain. ~ada soalan?~
26. Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga).
~An-Nur : 26~
Satu fakta lucu: ‘perempuan’ zaman sekarang suka mengenakan pakaian yang cantik (baca: pakai baju tapi telanjang), make-up tebal-tebal dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik di mata lelaki yang ‘buta’. Untuk apa? Kerana mereka ingin menjadi golongan yang ‘laku’ untuk di’urat’ dan dijadikan permaisuri hati. Mereka bangga mempunyai teman lelaki yang berani dan sanggup melindungi diri mereka dari makhluk-makhluk lain. Namun, sedarkah anda wahai ‘perempuan’? tatkala golongan biawak ini melafazkan hajat mereka untuk mendirikan rumah tangga, mereka akan tetap memilih ‘muslimat’ sebagai pasangan hidup mereka. Kenapa? Adakah mereka sudah insaf? Ooo..hakikat yang harus diterima, setiap lelaki mempunyai naluri untuk memilih ‘muslimah’ kerana mereka juga ingin mencari ibu kepada anak-anak mereka bukan semata-mata teman wanita sahaja. Ada paham?
Komen: secara keseluruhan, buku ini amat menarik untuk dijadikan bahan tarbiyah bagi membakar semangat ‘memilih yang terbaik’ bagi menjamin terbinanya bai’at muslim ke arah terbinanya mujtama' muslim. Tapi, kebanyakan satu perkara lain, buku ini terlalu ideal. Tidak salah untuk memilih. Tapi, Masakan kerana 1 sms orang itu tertolak. Takkan pengerusi persatuan itu tertolak dek kerana tidak menjaga pandangan mata semasa melakukan gerak kerja. Kita harus ingat, jangan samapi kita meninggalkan beban-beban dakwah hanya kerana ingin menjaga perhubungan dengan orang lain. Etc..tak tahu nak gorang...
74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
~Al-Furqan 25 : 74~
Secara kesimpulannya, kejarlah cinta Allah semoga Allah menemukan kita dengan orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah. Cinta Allah tidak akan mengecewakan.
Ayuh muslimat! Jangan terlalu terganggu dengan perkataan ‘berkarisma’. Kamu tahu apa yang perlu dibuat kan.
~semoga bait-bait kata dalam buku ini dapat dijadikan contoh ke arah hidup yang lebih harmoni (utk org tertentu sahaja). Sila jangan salah guna ayat-ayat tersebut.~
2 Perbincangan:
Salam tuan Kamsyal..
Iya. sy mjd saksi bhw anda membacanya d sblh sy.. tahniah!
p/s-syukran bg lagu2 yg mendamaikn jiwa..
pulak.
baiklah
Post a Comment