Karya dalam bentuk pementasan drama karangan Faisal Tehrani “ketika Tuhan Berbicara” merupakan karya beliau yang pertama aku baca dan ia telah menarik minat aku untuk mengikuti karya-karya seterusnya. Sebuah ilham yang terbit pada masa rehat penulis diantara 2 karya besar beliau yang lain.
Cerita tentang tiga orang lelaki yang bertemu di sebuah bunker selepas lari dari bencana gempa bumi yang dasyat. Jalan cerita ini dibuat ala-ala cerita ashabul kahfi yang tertidur lama sebelum dibangunkan semula di satu zaman yang jauh berbeza dari zaman mereka sebelum ini.
Sahlan merupakan seorang lelaki yang mengalami masalah gender dan ingin menukar jantina. Dia sebagai seorang volkanologis telah lari dari tugasnya dan lari bersembunyi setelah mengetahui bahwa satu bencana yang dasyat akan berlaku. Razlan merupakan seorang doktor yang juga lari setelah membunuh isteri solehahnya yang cuba membawa dia kearah yang lebih baik. Manakala Mazlan pula merupakan seorang ekstrimis agama yang memperjuangkan Islam melalui pengeboman berani mati. Juga lari dari pihak berkuasa selepas berlaku satu gegaran yang kuat.
Mereka telah ditakdirkan Allah untuk bertemu di sebuah bunker dan telah tertidur sehingga satu zaman yang diperintah oleh paduka ratu. Keadaan pada masa tersebut sangat rumit kerana ia merupakan tinggalan daripada bencana letusan gunung berapi yang mana semua lelaki pada zaman tersebut mengidap satu penyakit kulit yang teruk.
Jalan cerita yang diselangi dengan beberapa sesi penerangan oleh pengarah tentang betapa pentingnya pementasan drama ini dijalankan beserta dengan unsur-unsur islamik. Medium dakwah pada masa kini sangat luas dan drama juga boleh dijadikan sebagai salah satu medium untuk menyampaikan mesej dakwah tersebut. Dengan membaca drama ini, banyak pengajaran yang dapat dipetik dan ia juga mampu mengikat pembaca untuk terus membaca sehingga kepada halaman yang terakhir.
~catatan:
>>sila jangan terkeliru dengan watak sahlan, mazlan dan razlan
>>terdapat beberapa unsur lawak diselitkan. Harap jangan hilang penghayatan dengan jalan cerita
>>latar masa cerita ini memang menarik
>>~ada soalan?
0 Perbincangan:
Post a Comment