Keadaan masih lagi seperti dulu. Riuh rendah dengan manusia yang ramai. Dengan berbaju hitam, seluar slack hitam, kasut hitam dan sweater PMIUTM yang berwarna hitam, aku duduk sendiri di terminal 2 lapangan terbang Kota Kinabalu .
Melihat keadaan sekeliling..
Manusia yang membuat hal mereka masing-masing. Semuanya tidak aku kenali. Sambil duduk di ruang menuggu yang membosankan, menanti kehadiran seorang sahabat lama dari UMS. Beliau sudah berjanji akan membawaku berjalan-jalan di sekitar KK pada masa ni. Bagasi yang banyak dan berat me’mustahil’kan untuk aku berjalan sendiri di sekitar Bandaraya KK untuk membunuh masa baki empat jam sebelum penerbangan seterusnya menuju ke Tawau bumi peladang.
Baru sahaja menghabislkan lebih 10 ringgit untuk makan tengah hari di KFC bagi mengalas perut yang pantang kosong. Kenapa KFC? Mudah..sebab restoran lain yang berada di sini semuanya tidak aku percayai keHALALannya. 10 ringgit? Ia dikira cukup murah berbanding dengan harga 11 ringgit sandwich dan air mineral yang dibeli semasa dalam penerbangan tadi. Hahah.. tak berani aku nak komplen tentang harga tu..takut-takut nanti dia suruh pulak aku keluar pesawat yang berada berpuluh ribu kaki di udara itu untuk cari kedai lain.
Setelah setahun baru aku berpeluang untuk pulang ke kampung halaman. Bagaimana agaknya keadaan di sana? Sepanjang tahun lalu, aku telah menerima banyak berita tentang kematian warga kampung dan ahli kelauarga yang cukup aku kenali. Tidak ketinggalan juga berita pernikahan beberapa kawan-kawan aku aku juga cukup kenali. Apa akan jadi dengan senario dan kehidupan di sana pada masa ini?. Hanya dengan malihatnya dengan mata sendiri sahaja dapat menjawabnya.
Kepulangan pada kali ini berbeza dengan sebelumnya. Bukan bercuti semata-mata tapi untuk memenuhi tuntutan akademik aku sebagai bakal jurutera. Untuk merasai sendiri pengalaman bekerja yang sebenar. Tapi itu tidak menjadi alasan untuk aku tidak membuat perancangan tentang ‘gerak kerja’ lain…agaknya lah
Tawau…im coming..ngeh ngeh ngeh..
Im always by your side…
~ada soalan?~
Catatan:
kali terakhir penulis balik kampung adalah pada jun 2009
penulis akan LI dengan syarikat yang tidak diketahui lagi lokasinya
penulis masih lagi mennunggu kehadiran sahabat yang katanya nak datang tu
penulis lambat solat zohor sebab mengikut waktu semenanjung..hahaha
penulis menaip di ruang menunggu adalah untuk ber trep*!!! Hahaha.
*poyo
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
0 Perbincangan:
Post a Comment