1999 Masihi
Seperti budak kampung yang lain, dia tiada benda yang boleh dibuat. Hanya televisyen yang menjadi teman pada waktu malam. Ulangkaji? Jauh sekali.
“Kotak berimej itu memaparkan iklan seorang kanak-kanak yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya iaitu membuat sebuah kapal terbang mainan yang dibantu oleh ayahnya sendiri.
Sifat ‘aeronautik’nya semudah badan kapal terbang yang dibina Wright bersaudara. Dan kipas yang berada di hadapan kapal tersebut digerakkan oleh getah yang dipusingkan. Mereka sekeluarga tersenyum gembira.”
Tiba-tiba naluri fiziknya bergelora. “aku mahu buat kapal terbang!”.
Dia segera mencapai buku catatannya dan mula melakar sesuatu..
Dia sungguh yakin bahawa rekaannya bakal menjadi buah mulut budak-budak di lorong 3 kampungnya. Tapi dia juga sedar bahawa rekaan mudah ini juga adalah sesuatu yang sangat susah untuk di’prototype’kan. Belon boleh didapati dengan membeli sebungkus keropok 10sen yang tidak sedap tapi mempunyai belon. Bateri AA yang dia simpan hampir kehabisan tenaga. Dia juga harus mencari sebuah kipas untuk kapalnya. Dia juga memiliki sebuah ‘dash and kuro’ simpanannya. Segalanya hampir sempurna sehingga dia sedar bahawa gas hidrogen iaitu satu-satunya gas yang dia tahu boleh terbang amat sukar untuk didapatkan dan mudah terbakar. memasukkan gas hidrogen ke dalam sebuah belon adalah tidak mudah dan mungkin meletup dan terbakar.
Dia tersenyum dan berkata. “Nanti aku akan buat yang lebih hebat!”
626 Masihi
Peluh terus menitis. Tengkorokan terus bergerak sambil bibirnya berkumat-kamit berzikir. Tiada lagi air liur boleh ditelan. Tengah hari itu sangat panas untuk menggali parit yang besar. Tapi dia tidak merungut dan terus menggali berdekatan dengan seorang lelaki mulia yang mengikat perutnya beserta batu-batu kecil.
Tiba-tiba salah seorang sahabatnya datang mengadu kepada lelaki mulia itu. “ada sebiji batu besar yang menghalang penggalian”
Lelaki yang di sebelahnya tadi menghampiri batu tersebut dan meminta pemecah batu. Dia melihat lelaki tersebut dengan tekun. Kelihatan bibirnya membacakan sesuatu dan ‘pang!’. Batu itu retak selepas memancarkan api. ‘pang!’. Pukulan kedua juga beserta api dan memecahkan batu tersebut. Semua yang menyaksikan bertasbih.
Kemudian lelaki tersebut berkata “semasa api memercik pada batu tadi, aku telah melihat sesuatu”.
Dia semakin berminat dan mendekatkan dirinya.
Lelaki itu menyambung “semasa aku memukul batu tersebut, aku melihat Islam Berjaya menawan Rom di barat dan Parsi di timur!”.
Dia yang mendengar dengan jelas sabdaan tersebut tersenyum sinis sedikit. Bukan kerana tidak percaya. Tapi dia memikirkan tentang keadaannya dan para sahabatnya yang sedang menggali parit untuk menghalang serangan dari pelusuk tempat. Mereka hanya dapat bertahan. Mereka terpaksa menahan lapar dan dahaga. Hari itu sudah tiga hari mereka tidak makan. Dia risaukan isteri dan anaknya yang masih kecil. Adakah mereka akan selamat nanti?. Bilangan mereka sangat sedikit dibandingkan dengan tentera bersekutu kuffar yang beribu.
“AllahuAlbar!!”. Semua orang yang berada di situ sama-sama bertakbir
Dan dia tersentak dari lamunan. “jika yang berkata itu adalah beliau, maka batul lah”.
Dia tersenyum dan terus menggali..
2001 Masihi
Dia masih tidak berubah. Masih memuatkan jadualnya dengan menatap peti bervideo. Malam itu dia melihat satu rancangan orang putih. Macam Batman tapi bukan. Macam Spiderman tapi bukan. Heronya adalah orang kaya. heronya mempunyai seorang kawan yang bijak. Heronya cintakan keadilan dan kedamaian. Heronya suka keluar malam.
NIGHT MAN. Rancangan yang ditunggu-tunggu setiap minggu. Rancangan ini boleh dikira sebagai ‘low budget drama’ kerana kualiti yang ditunjukkan tidak seberapa. Tapi apa yang membuatkan budak tingkatan 1 ini terus melekat adalah tali pinggang yang dipakai oleh heronya. Bukan kerana matanya yang boleh mengeluarkan laser cahaya maut.
Melihat cara heronya bergaduh memang menyampah. Tapi dia ada tali pinggang istimewa. Dia boleh terbang sebab dia ada tali pinggang yang istimewa. Namanya “antigravity”.
Sekarang dia sudah berubah. Belon hidrogen adalah mainan budak-budak. Dia mahu mencipta sesuatu yang hebat!. Dia mencapai buku catatannya. Dia tahu antigravity dalam TV itu bohong. Tapi macam mana? Yang pak cik Newton bagitahu hanyalah gravity berkaitan dengan jisim jasad yang terlibat dan jarak antara keduanya.
“aku perlukan buku dan orang pandai!”. Dia tersenyum dan sudah tahu apa yang perlu dikatakannya apabila cikgu bertanya tentang cita-citanya.
1900-an masihi
Hari itu, dia sangat teruja. Dia dan kawan sekelas akan mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah tempat yang sangat disukainya..
“Alright students, this is the computer that we used now. It’s a bit smaller than before thanks to our technology today”. Dia tekun mendengar setiap penjelasan yang diberikan berkaitan dengan computer sebesar dewan kuliah itu.
Dengan bersemangat, dia berbisik kepada rakan sekelas di sebelahnya. “You know man, I’m pretty sure that one day this computer will be a lot smaller. As small as we can bring it anyway. Maybe it also can be brought by every house in our country. Or perhaps this computer will only need battery as its power supply”
Tiba-tiba rakannya ketewa berdekah-dekah dan meninggikan suara untuk mengambil perhatian semua orang. “Hey guys! This Mr. Gates said, every people can have their own computer in the future! And it will be smaller and powered by battery!”
Semua orang ketawa terbahak-bahak. Ada yang menganggapnya mengaa-ngada. Tapi dia terus tersenyum dan berbisik. “One day.. It will!”
2008 Masihi
Hari itu dia sudah bersedia. “My hope and aspiration”. Semester itu dia mengambil mata pelajaran bahasa inggeris untuk komunikasi. Silibus berkehendakkan semua pelajar melalui sekurang-kurangnya satu ‘impromptu speech’ dan satu ucapan biasa. Kali ini dia mesti melakukan yang terbaik. Ucapan spontan tempoh hari merupakan antara ucapan yang paling teruk dia pernah buat. Akibat ketiadaan idea, dia telah bercerita tentang kehidupan Naruto di dalam kelas.
“My hope and aspiration is I want to build an antigravity”. Dia tersenyum puas.
Berpuluh-puluh pasang mata tertumpu padanya. Ada yang seperti tidak percaya. Jika sebelum ini ada kawannya yang meletakkan menjadi kaya, menjadi pemain bola terkenal dan memiliki sebuah kereta sport sebagai harapan dan aspirasi mereka, tapi hari ini mereka telah mendengar sebuah harapan yang berada di luar tempurung kepala mereka.
Namun, ucapan Berjaya disampaikan dengan baik. Sebagai seorang pensyarah yang positif, beliau hanya memberikan komen yang baik kecuali berkaitan dengan sebutan. ‘Dia’ telah tersebut perkataan ‘rapist’ menjadi ‘rappers’. Itu sahaja.
“You all can laugh now and thank you so mush. Wallu’alam”. Dia berjalan perlahan menuju tempat duduknya dan tersenyum lega.
20 disember 2010, 2.48pm
Dia tersepit antara dua pertimbangan. Perlukah cerita biasa ini diberitahu. Atau dia takut akan digelar mat Jenin dan orang yang bermimpi di siang hari. Tapi dia tahu sedangkan Umar mengajak sahabatnya bermimpi. Dan dia juga tahu kadang kala mimpi perlu dikongsi. Mungkin di luar sana ada yang boleh membantu.
Butang ‘publish post’ diklik dan tiada jalan kembali…dia tersenyum puas.
~mimpilah sepuasnya kerana ia amat indah~ Kamsar, 2010
Catatan:
1. Buku catatan/Lakaran kapal terbang yang sebenar sudah hilang.
2. ketawalah sesuka hatimu..
Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Perbincangan:
Caterpillar in the tree
How you wonder who you'll be
Can't go far but you can always dream
Wish you may and wish you might
Don't you worry, hold on tight
I promise you there will come a day
Butterfly fly away
bhee..ayat bah..
makaseh bos.
Salam,
Syukran atas post y bagus ini. Tak salah bermimpi untuk menjadi..mendapatkan sesuatu asalkan diiringi usaha dan doa.
salam.. hebat btol mimpi tu.. maybe skit info ni dpt membntu kot.. ade sorg pensyarah fizik kt fakulti sains tgh wat psl antigravity.. maybe bleh bergabung dgn dia ke.. hihi.. yg sdihnye, ade lctr2 yg gelakkn research dia tu.. xpe la.. yg pntg dia ade usaha disamping angan2nye tu.. selamat berusaha ye.. ~physics is the best~!!! =)
Tasnim: tqvm.
CK: nice info. tqvm
suka gaya penceritaan begini! keep it up!
dream it then u will do it..
hahahaha..suka bace post2 nta, suspen tp lucu, mimpi la juga untuk menulis, moga satu hari nnti akk dapat baca buku nta pulak..
erk? ustazah!
amacam kitak sinun? haha..
kalau tulis buku, mcm jauh lagi..
tapi pijo dah kuarkan satu buku..
Post a Comment