Monday, January 3, 2011

Kisah-kisah hujung tahun

Hujung tahun lepas adalah hujung tahun yang membuat aku seorang yang perasan sibuk. Banyak perkara yang berlaku dan telah dilakukan. Banyak cerita yang ingin dikongsi. Dan cerita yang paling baik adalah melalui gambar.

“aku suka mengambil gambar. Tapi aku tiada kamera.”


Kisah 1+1
Mereka kata, orang Negeri 9 suka makanan pedas.
Saya kata, orang Sabah suka makan.
Ayah kata, makanan mereka sangat padas. Nasi goreng pun mereka campur dengan cili.
Saya kata, kita mesti makan sebab itu adalah majlis 1+1.
Hari itu aku membuat persiapan untuk peperiksaan.
Hari itu juga, abang sulung aku bersalaman dengan seorang pakcik.
Ramai orang panggil pakcik itu tok kadi.
Aku sedang menyiapkan salasilah keluarga. Dan nampaknya aku ada kakak baru.
Kami ucapkan selamat datang..
Laut Cina Selatan bukan alasan..


Sebelum balik sabah, Power Rangers dan keluarga sempat berjalan-jalan di peninsular Malaysia.
Selepas beberapa tahun, baru kami berpeluang untuk berkumpul.
Dan aku masih lagi yang paling tinggi.
Secara fizikalnya..


Mereka tak tahu bahawa dalam mata ayah ada cahaya.
Hari itu, dia adalah antara orang yang paling gembira.
Anak-anaknya semua sudah besar dewasa.
Secara fizikalnya..


Air adalah makhluk yang aku temui setiap hari.
Kadang-kadang, ia adalah makhluk yang membuat aku gementar dalam hati.
Mungkin kerana aku pernah aku pernah berdoa “Allah, mou sukoshi dake” tempoh hari.


Budak ini nakal.
Kadang menjadi pani.
Dia suka main. Dia aktif bermain. Walaupun dia kecil.
Budak ini nakal walaupun dia kecil.
Secara fizikalnya..


Walaupun laluannya kecil,
Berbatuan dan kaang-kadang perlu jatuh dari tempat yang tinggi.
Tapi ia tahu bahawa di depan sana
Ada lautan yang sangat luas.


Api itu sangat marak membakar
Kehadiran angin akan membuatkan ia lebih marak
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa
Angin langsung tidak terlibat dalam proses ini.
Mungkin dari sini orang akan belajar
Beza penyokong dengan pendokong.


Budak ini mengganggu aku menggambari pengantin.
Mata dia bersih dan bercahaya.
Semoga ia akan tetap bersih seiring dengan usianya.


Yang baju belang panggil yang baju kotak “adek!”
Yang baju kotak panggil yang baju belang “kawan!”
Mereka hanya memerlukan 30 minit untuk menjadi seakrab itu.
Walaupun mereka masih kecil.
Dan yang baju belang itu lebih rendah dari yang baju kotak.
Secara fizikalnya..


Hari itu kami perlu mengangkat 90 buah kerusi hitam dari MSI
Dan 100 buah kerusi merah dari HMB.
Budak-budak lebih berminat untuk membantu walaupun ia berat.
Mereka masih kecil
Secara fizikalnya.


Berat 2.3 kilo bukan faktor yang menjadikan dia sayu.
Hari itu hujan dan sejuk.
Dan saya tidak faham luahan rasa makhluk ini.
Kucing ini sangat ringan
Secara fizikalnya..


Mereka ada sehelai tudung usang dan topeng yang aku baru baiki.
Tapi ia sudah cukup untuk bermain dengan gembira.
Mereka suka dengan hero.
Budak itu ingin menjadi hero walaupun dia masih kecil
Secara fizikalnya..


Umurnya tidak cukup untuk bermain dengan pistol itu.
Tapi dia tetap berusaha.
Dan dia sedang belajar sesuatu.
Dia melihat buih itu membesar
Seperti dirinya
Secara fizikalnya..


Orang kata, jalan 1000 batu bermula dengan langkah pertama.
Saya kata, jalan ini sangat jauh dan kita mesti mulakannya.
Perjalananmu jauh.
Namun itulah yang dituntut olehmu
Demi mengejar sinar di hujung destinasi..
Dan jangan lupa jalan ini tidak selurus yang anda lihat


Mati itu pasti.
Tapi bila dan bagaimana tetap menjadi rahsia.
Sekerap mana kau beringat akan menunjukkan kebijaksaanmu.


Budak ini kuat.
Dia ingin menjadi kuat.
Sekuat tali itu. Buka sekuat Tarzan. Kerana Tarzan tidak tutup aurat!
Budak ini bijak dan berani. Walaupun dia masih kecil
Secara fizikalnya..


Ini rumah biasa.
Mula dibina sejak 1995 hingga kini
Didiami oleh orang biasa.
Sejak 1996 hingga kini
Tapi ia akan menjadi luar biasa.
Kerana pemiliknya akan menjadi lagenda..


Siapa seterusnya?
Itu rahsia Allah..

Bila berkata tentang keluarga, aku adalah orang yang beruntung.
~kamsar, 3 januari 2011, 6.35pm

Catatan:
1. Lupa letak gambar pengantin. Kalau nak, hubungi saya secara peribadi.
2. Saya suka ambil gambar
3. Entri ini ada pengaruh FT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code