Tuesday, March 15, 2011

Engkau lah harapan. boleh ka begitu? haha

Rojak (bukan nama sebenar) merupakan orang yang sangat penting di sebuah universiti tempatan. Dia adalah antara manusia yang paling sibuk di situ. Apabila ada majlis besar, dia akan terlibat. Kepimpinannya terserlah. Apabila ada masalah, dia akan mewakili mahasiswa lain utnuk mencari penyelesaian. Dialah harapan.

Jeda

Lelaki hebat ini berada dalam sebuah kedai. Dia membeli choki-choki. Untuk mendapatkan tenaga katanya. Masa tu ramai orang. Tapi dia adalah manusia sibuk. Mana ada masa untuk beratur. Dia tahu masa itu lebih berharga dari emas. Dia tahu orang yang membuang masa adalah orang yang sangat tidak berdisiplin. Dan ijtihad lapangan dia membawa dia terus ke depan orang yang beratur. Bayar dengan wang yang genap. Tidak mahu beg plastik. Dia penyokong pelestarian kampus. Dan dia berlalu bersama 13 mata (sebab ada sorang buta sebelah) memerhatikannya.

Jeda

Dengan terburu, dia menuju ke motosikalnya yang diletak di tempat parkir kereta. Kerana tapak parkir motor telah penuh pada hari itu. Dia melemparkan senyuman kepada kekasihnya sebelum menghidupkan enjin dan menyerahkan topi keledar. Dia perlu mendidik bakal isterinya supaya berdisiplin dan mengikut peraturan. Mereka hampir dilanggar oleh seorang penunggang motosikal lain yang datang dari arah kanan semasa keluar dari simpang. Mungkin motor tu bawak laju sangat dan tidak Nampak mereka yang ingin keluar simpang.

Titik

klik pada imej untuk kepuasan berganda!





~beratur panjang dibelakang orang adalah salah satu cara melihat manusia.
Kamsar, 15 mac 2011, 3.55pm

Catatan:
1. Sejak jepun dilanggar tsunami, banyak berita, gambar, video dan keratan akhbar tempatan yang aku jumpa.
2. Ramai simpati, dan ada yang buat lawak bengong.
3. Dan gambar di atas adalah yang paling menarik perhatian aku.
4. Gambar ni buat aku makin respek tahap dark kamen rider kabuto hyper clock up dengan diorang.
5. Kalau bencana berlaku di Negara lain, kita akan tengok orang berebut. Orang bergaduh. Dan orang mencuri.
6. Belum ada bencana, orang dah naikkan harga barang.
7. Tapi di jepun, buat aku makin nak pegi sana. Tapi bukan sekarang lah. Tunggu tahap radiasi turun dulu lah.
8. Aku ulang, dalam keadaan tidak selesa, kurang makanan, kesejukan, trauma pun, rakyat Negara maju ni masih mampu untuk beratur panjang tanpa ada yang potong barisan. Peh!.

5 Perbincangan:

Mohd Hafizul Hilmi said...

5 tahun dari sekarang jom plan pi jepun dengan awek masing2. amacam? haha

asrarqulub said...

1. Bukan Kamsar ka yang suka beli choki2 tu? Kompius??
2. Huh! kalu di malaysia beghini la jadinya!

Sunah Mohammad said...

rakyat jepun memang terkenal dengan gaya hidup harmoni masyarakatnya...:)

ibnu roslee said...

hebat...budaya org jepun..disiplin yg dibentuk di dalam diri...
bila la d tawau jd macam ni...
tunggu org macam kamsar kali p mendidik...

lagenda pejuang islam said...

pijo: aku mmg dah plan lama. plan GOP dah fail. sekarang harap melancong jak. kalau nak join, boleh aja. haha

AQ: haha..choki-choki bukan milikku semata..pasal beras tuh, aku komen bengong jak. kalau kes duit ari tu, boleh terima lagi. ni beras. pastu biar orang mati.

SM: yap!. dan saya suka sakura!. haha

IR: undilah saya! calon N52 Merotai. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code