Ustaz kata, ‘Kita jangan biarkan diri sendiri sahaja menjadi baik. Orang yang baik, perlu mengajak orang lain turut sama menjadi baik.
Budak surau biasanya dikaitkan dengan orang yang selalu solat berjemaah si surau. Sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti surau dan sebagainya. Istilah ini banyak digunakan dalam novel ini yang menunjukkan kesungguhan Aiman, seorang anak yatim yang mewarisi surau ayahnya - untuk menarik kawan-kawannya bersembahyang bersama-sama di suraunya.
Bagaimana Aiman mengajak kawan-kawannya untuk datang ke surau? Apakah strategi yang dilaksanakan oleh Aiman? Dan bagaimanakan Budak Surau ini mampu menjadi Ustaz Budak?*. Nikmati buku ini beserta dengan tisu…
Novel ini merupakan karya kedua
Hafizul Hilmi selepas
Si Blogger Kampung. Perasaan semasa membaca buku karangan sahabat sendiri sangat berlainan berbanding karangan orang lain walaupun jalan cerita novel ini tidak berkaitan dengan kami. Whoa!
* Ustaz Budak adalah gelaran yang diberikan oleh seorang ustaz yang berasal dari Kelantan yang terkenal dengan ceramah beliau pada usia muda. Malah beliau mendapat pendidikan pondok sejak dari kecil. (Kalau salah tolong betulkan).
Tajuk: Budak Surau
Tebal: 221 Mukasurat
Penulis: Hafizul Hilmi
Harga: RM14.50
Kedai: Hafizul Hilmi
Penerbit: PTS Professional
0 Perbincangan:
Post a Comment