Tuesday, November 26, 2013

Gentar


Pagi yang dingin ditemani sisa hujan semalam.
Aku mulakan hari dengan aktiviti yang sihat dengan azam yang juga sihat.
Tapi tidak semalam. Nasi Kalasan Abang Jo buatan orang Jawa di Highway Tawau sangat menggoda sambalnya.

Sesi pagi orang kilang dimulakan dengan kantin, bekalan dari rumah atau Nasi Kuning tapau dari perumahan.
Dan aku pula berjalan sendirian ke klinik beberapa ratus langkah dari kilang.
Bersembang beberapa isu dengan perut yang merajuk diseksa.

***

Tombol pintu klinik dipulas, terkunci.
Pintu klinik diketuk, tidak berjawab.
Dalam keadaan rimas, seekor anjing pandang aku dengan pandangan garang.
Aku pandang balik dengan pandangan geram.
Anjing itu berdiri tegak sambil pandang aku dengan pandangan yang lebih garang.
Anjing-anjing lain turut berdiri sambil pandang aku dengan ekor tegak. Aaahhh.. sudah!.

***

Dalam keadaan aku yang tidak seratus peratus, kamu cari pasal pulak.
Beberapa minit aku berlalu, enam hingga tujuh ekor anjing kelilingi aku.
Nasib aku ingat pesanan guru silat kedua aku, bila berdepan dengan banyak musuh, pastikan kamu berdiri si belakang dinding supaya kamu hanya perlu fokus dengan musuh di hadapan dan tiada serangan hendap dari belakang.
Anjing menyalak kuat. Aku menyergah.
Anjing cuba gigit, aku elak.
Aku cuba tendang dengan Boot berat jenama Safety Jogger, anjing elak.
Lari dari medan perang bukan pilihan.

***

Tiba-tiba seorang kakak lelaki gempal bercelak dan rambut belah tepi dan berjuntai ke hadapan macam orang k-pop keluar dari pejabat tempat anjing tadi lepak.
Dengan satu arahan, semua anjing itu terdiam dan balik ke tempat asal.
“Kawu punya anjing?”. Aku tanya dengan nafas semput.
“Anjing ni memang macam ni kalau dengan orang yang dia ndak kenal”. Dia jawab selamba sambil menarik hujung baju ketatnya.
“Addai! Yang kawu ndak perkenalkan anjing-anjingmu ni dengan semua orang kilang kenapa?”. Aku susun ayat dalam hati.
Belum sempat aku luahkan isi hati kepada kakak brader tu, dia terus masuk semula ke dalam pejabat.

***

Aku kemudian kembali bertentang mata dengan anjing tadi selama beberapa saat sebelum kembali bergelut di medan perang beberapa minit lagi sehingga aku terpaksa berundur ke dalam pejabat lain dengan bantuan seorang makcik cleaner.

Selepas hampir setengah jam membatu dalam pejabat, berulah ada kerani yang tergerak hatinya untuk memaklumkan aku bahawa Medical Assistant berada dalam klinik sejak dari awal pagi dan sedang bersarapan sambil mengunci pintu klinik.

Aku meraba-raba perut yang sedang kecut. Eh, sudah sembuh!
Kemudian dengan tenaga yang berbaki, aku mangangkat tangan kanan tinggi-tinggi.
Beberapa saat kemudian, aku melompat kearah semua orang di dalam pejabat tersebut sambil menjerit
OODAMA RASEN SHURIKEENNNN!!!!...
-Tidak bersambung-
...

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code