Monday, May 11, 2009

SEBOTOL SOS DAN SECEBIS KEMAAFAN

hatiku serabut..kepalaku kusut..
aduusss..dah dekat asar nih..aku lum mandi pagi lagi. mana semua barang-barang aku menghilang??. seingat aku, selepas program semalam aku terus letak semua harta benda aku ke dalam kereta kerana aku tahu betapa seksanya membawa semua benda tu sambil menunggang motosikal.


Mungkin ia masih ada dalam kereta bisik hati kecilku..

“Mar, mana kunci kerta yang semalam?” Aku mencuba nasib.

“Wallahu ‘alam..” balas sahabatku sambil menunjukkan gaya sedang azan.

Aku tertekan.

“Bang, buku nota ana ada kat mana?” seorang lagi sahabat yang yang mencuri tumpuanku.

“ana belum ambil lagi. Nanti abang cuba dapatkan.” jawabku ringkas.

Hatiku panas.

“tuut..tuut..” bunyi bising telefon bimbitku menggamit suasana..

“salam. Ada lagi mat yang belum dapat tiket balik..boleh tak enta hantar dengan ana sekarang tiket-tiket tu?”

Satu lagi benda belum settle.. aku tension.

“Eh, Kamsar.. enta setelkan dulu pasal tiket tuh yer..nanti dah lengkap sekali ngan duit dia, baru bagi kat ana..” tugas setusnya menyusul..

“yer!” jawabku ringkas. Dadaku sebak.


Baik aku cari sendiri kunci kereta tu..

Sebaik sahaja aku berpaling untuk menukar arah..

Tiba-tiba, praak!!..

Kedua-dua anak mataku tertumpu pada warna merah pekat yang berada di atas lantai..

Bukan darah tapi SOS CILI!!..


Aduuhh..napa pulak benda ni boleh ada kat sini?..takpa lah. Nanti aku bersihkan. Bisikku tanpa rasa bersalah..


“Eh Kamsar, ni sos *** nih..dia nak bawa balik rumah untuk mak dia..” Mar tiba-tiba menjadi serius.

“Ah..kau biar betul ni..takkan kat tempat dia takda jual sos..” aku mula gelabah..

Aku segera mengeluarkan handphone k810i aku untuk mengambil gambar botol sos tadi.

‘Seulas’ kunci aku sentap dari sahabatku dan terus meluru kearah pasaraya giant yang terdekat. Cuaca pada masa tersebut agak gelap kerana sang awan yang hitam sedang bersiap sedia untuk memuntahkan isinya sambil diiringi oleh sang petir.


“huhu..jangan lah kau hujan dulu..” bisikku sambil memecut melawan angin kencang dan titisan kecil air hujan sebagai muqaddimah kepada hujan lebat yang bakal melanda.


***********


Satu demi satu botol sos kuamati dan ku teliti untuk mencari ‘kembar’ kepada botol sos yang aku pecahkan tadi..

“aarrrghh..tiidakk!!..ini kan giant! Takkan dia tak jual sos yang sama!”

“hah..tak apa..kan Jaya Jusco ada..” aku cuba untuk mententeramkan diriku.


Sebaik sahaja aku cuba untuk menghidupkan enjin motosikal, kulihat hujan semakin galak untuk turun..

“Hah..akan kuredah jua walau hujan batu sekalipun..” aku cuba untuk menjadi hero.

Tuup..tuup..tuup..setitik demi setitik air hujan menghentam tubuhku dan ianya semakin kuat!. Setitik air hujan yang jatuh dari ketinggian awan pada pecutan graviti memang mampu untuk menyakiti badanku yang lemah..

“Aduuhh..sakit wehh..” aku terus mengalah dengan kemaraan sang hujan ke bumi..sebuah bangunan sunyi menjadi pilihan aku untuk berhenti sebentar dan berteduh..


***********


“Salam bang, rasanya ana tahu siapa pemilik sos tadi..cuba abang tanya dia kat mana dia beli sos tu. Kan senang. Nanti ana bagi dia punya nombor telefon.” kata sahabatku dalam telefon

Satu harapan baru telah muncul apabila aku terima satu panggilan daripada seorang sahabat yang cuba membantu. Aku lantas menggerumas butang telefon untuk mendapatkan jawapan. Namun, tiada siapa yang mengangkat telefon.


Hujan mula perlahan dan aku meneruskan perjalanan di samping aku tak putus-putus membuat panggilan kepada pemilik sos tadi. Hatiku cemas kerana tiada orang yang mengangkat telefon..


Aku segera meluru ke kawasan masakan dapur sejurus selepas aku sampai ke Jusco. Satu demi satu botol sos aku teliti sekali lagi untuk mencari sinar harapan. Namun aku hampa. Masih tidak ditemui..


“hello assalamualaikum..” hah..akhirnya panggilanku dijawab.

“erm, nak Tanya, ent* ada tak simpan sos satu botol?” aku teruskan misi tanpa membunga-bungakan ayat pendahuluan.

“hah..yer. Ana tengah cari sos tu. Kat mana yer?” gulp..aku serba salah..

“err, nak Tanya, ent* beli sos tu kat mana? Ana nak beli lah..”

“hah! Apa? Ana tak faham..enta nak bagi ana ker, enta nak beli?” perbualan kami menjadi rumit dek kerana aku telah menyembunyikan kebenaran.

“err, sebenarnya, ana tertendang botol sos tuh dan pecah. Sekarang ana ada kat kedai nih. Nak beli sos baru..”

“ooo..takpe lah..sos tu takda dijual kat kedai..mak sahabat ana yang buat. Kalau enta nak ganti pun tak boleh.”


Ah..sudah..rupanya sos tu lebih bernilai daripada yang aku sangkakan sebelum ni. Dia simpan sos pemberian mak sahabat untuk diberikan kepada mak dia sendiri..

Huhu..habislah aku..

“betul ker ni? Macam mana ana nak ganti sos tu?” aku cuba melegakan badan.

“eh, takper lah. Dah benda tu tak dijual kat kedai..nak buat macam mana?..lagipun ana dah nak balik rumah ni..”


Aku terkesima..nilai sebotol sos untuk ibu dengan secebis kemaafan yang diberikan. Aku tak mampu untuk menilai yang mana satukah yang lebih bernilai. Aku tak percaya jika orang katakan bahawa dia memaafkan aku kerana ia adalah perkara kecil atau kerana ukhuwwah yang sedia ada antara umat manusia. Tapi aku yakin dan percaya bahawa ia lahir daripada sekeping hati yang bersih dan bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain secara spontan tanpa memikirkan saiz kesalahan tersebut.


Kenapa dia dengan mudah memaafkan orang lain sedangkan aku cukup berkira dalam semua perkara??..

Adakah ini merupakan satu petanda bahawa aku mesti belajar untuk memahami “ERTI KEMAAFAN DALAM KEHIDUPAN”.

Aku melajukan langkah untuk keluar dari bangunan itu dengan membawa satu pengajaran yang cukup besar untuk aku tuliskan dalam memo hidupku bagi menempuh hari-hari yang mendatang.

Aku tersenyum..

‘walaupun hujan masih turun…’

8 Perbincangan:

panod said...

salam...
kejadian berlaku kat depan mata panod..
hehe..
bersabar je la ek..

Lagenda said...

hahaa...
selamat menempuh hidup baru..
anta saksi!!!...
ana x sengaja kan...

panod said...

btol3..
ntah cmner tetibe je pecah

Lagenda said...

haha...xda lah tetiba..
mmg kena tendang pun
haha

Khairina 'Izzati said...

kalau baca balik entri ni, nak gelak pun ada.

Lagenda said...

hohoho..
botol sos ni masih ada dalam senarai hutang yang ditulis. amacam?

Khairina 'Izzati said...

erk, tak perlu lah. kira halal jah.

kalau mau bayar jugak, boleh tukar dengan tiket ke sabah tak? haha.

Lagenda said...

tidak boleh. titik.
tapi kalau tiket yang sudah diguna boleh la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code