Friday, August 28, 2009

FASILITATOR & NAQIB?


PAGI YANG MENYEGARKAN...
napa bgitu segar?
ada rahsianya...sahur segar, solat pun segar..
sebab semalam aku tertidur awal. kunci jam langsung tidak berguna..

seawal 8 pagi, aku menghantar seorang sahabat, senior dan seorang naqib ke stesen keretapi pulai.. bukan 3 orang..tapi hanya sorang.

sekembalinya di bilik, aku mendapat satu mesej yang penting..
"salam.berminat tuk jadi seorang FASILITATOR yang bagus? LPK PMI akan mengadakan bengkel asas kemahiran fasilitator pada hari sabtu ni......."

fasilitator? wah! agak menarik. mungkin aku boleh mengintai sebentar sebelum meneruskan aktiviti hari sabtu yang telah aku rancang sebelum ni.

datang lambat..faham2 la..kena lah masuk ikut pintu belakang..duk sorang2.
apa yang aku dapat selama lebih kurang setengah jam itu amat menarik!
walaupun kami "peserta" terpaksa menyanyi, bertumbuk, dan menari, ianya amat menarik dan aku dapat menyalin "ini" dari seorang sahabat yang datang awal..

ETIKA FASILITATOR
1. Bukan superman
2. Bukan diktator
3. Bukan manipulator
4. Bukan kepentingan peribadi
5. Saling belajar dan menghayati
6. Tidak memihak dan menghukum
7. Mendengar bukan mendominasi
8. Kreatif dan kreatis
9. kontak mata
10. Kenalpasti jenis peserta dan jadikan dinamik
11. Pendekatan pembelajaran dewasa VS kanak-kanak
12. Jangan berprasangka
13. Gunakan bahasa yang mudah difahami
14. Kerahsiaan
15. Patuhi etika kelompok

nampak seperti sukar untuk difahami..betul tak? betul lah tu. sebab aku pun kurang faham kecuali nombor 9-15.kenapa? sebab aku dengar penjelasan penceramah bermula dari nombor 9!!. kesimpulannya..RUGI TAK DATANG!!

namun..itu bukanlah perkara paling berharga yang aku dapat pada masa kejadian..
fasilitator? mungkin ramai yang memandang 'orang ini' tidak penting. dia merasakan dia tak perlu belajar untuk menjadi fasi.
tapi, aku melihat dari satu lagi perspektif yang berbeza. apa dia? NAQIB!. ya. naqib. sepanjang penerangan tadi, aku bukan mendengar sebagai seorang fasi. tapi sebagai seorang naqib. naqib yang serba kekurangan. 'kalau lah aku tahu program dia macam ni, aku wajibkan suma adik usrah aku join' bisik hati kecilku.
apa tidaknya.. sepanjang ceramah yang menarik itu, semua penerangan, contoh, peringatan, nasihat dan pantang larang sangat serupa dengan sistem usrah sekarang.



mungkin ada juga yang beralasan 'aku bukan naqib'.. jangan risau..aku dah sediakan jawapannya..
sapa kata anda bukan naqib? anda adalah naqib kepada diri sendiri.takkanlah tak pernah muhasabah kot..buat usrah sorang2 hehe..

ni pun usrah jugak

kesimpulannya? RUGI TAK DATANG!!
lagi satu.. BELAJAR UNTUK DIPIMPIN SUPAYA DAPAT JADI PEMIMPIN..
FROM ZERO TO HERO!!

inilah usrah yang paling best!!

alahai..tak siap lah kerja aku nih..
kepada adik2 usrah aku..selamat bercuti!
MERDEKA!!
SALAM SATU MALAYSIA..haha

~usrah sebenar bermula dari kita menutup majlis sehingga kita
bertemu semula dalam usrah seterusnya~

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code