Kemerdekaan tanah melayu disambut meriah untuk yang ke-52. Semua rakyat Malaysia bergembira dan berbangga dengan Negara mereka yang pesat membangun. Dari sebuah Negara kecil bangun menjadi tanah yang dipenuhi dengan pembangunan. Rakyat yang dulunya mundur menjadi moden dan terkehadapan dalam pelbagai bidang.
Bulan Ramadhan tidak menjadi alasan untuk tidak menyambut ulang tahun gemilang ini. Virus H1N1 tidak mampu menjadi penghalang untuk menyambut hari besar Malaysia ini. Apa yang terlalu istimewa dengan 31 OGOS?. Kenapa anak muda sibuk melaungkan “aku anak merdeka!”.
Kerana mereka dilahirkan dalam pasca kemerdekaan.
Mereka bebas dari pengaruh penjajah!. British, portugis, belanda mahupun jepun. Mereka membesar dengan acuan seorang anak timur yang memegang teguh ajaran Islam. Hmm.. ya lah tu..
Kerana mereka memang seorang rakyat Malaysia yang merdeka
Merdeka dari dijajah dan diperintah oleh sesiapa. Ibubapa tidak layak bagi mereka untuk menasihati. Orang tua tidak layak untuk dihormati. Junior-junior tidak perlu disayangi. Mereka adalah golongan yang merdeka!. Tidak takut dengan sesiapa pun.hmm.. merdeka tahik kucing..rasa diri besar seolah-olah boleh hidup tanpa orang lain.
Persoalan lain turut timbul..adakah kita merdeka?..anda jawab..
Anda ingin sambut ulang tahun kemerdekaan? Siapa penentu tarikh kemerdekaan Malaysia? Apa tarikh kemerdekaan Malaysia dalam tahun hijrah? Siapa ulama’ yang terlibat dalam proses kemerdekaan? LAYAKKAH KITA MENYAMBUT KEMERDEKAAN?
Selama 446 tahun kita dijajah dan selama itu jugalah hasil bumi kita telah dirampas. Namun
sekarang kita dapat menikmati semua kenikmatan dunia tersebut. Pembangunan yang pesat, pelaburan yang berkembang, teknologi yang sentiasa maju kehadapan, dan kemudahan yang semakin lengkap. Anda berbangga? Sudah tentu!..
Negara kita sudah menjadi kaya! Kita semua sudah mampu!
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang Telah diberikan kepada mereka, kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang Telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”
An-am : 44
3 peringkat Allah turunkan bala:
1. Manusia lupa peringatan Allah
2. Manusia mewah dan bersukaria
3. Allah menurunkan bala bencana hingga manusia kecewa dan putus asa
Di mana kita sekarang?
haha paham-paham la..mcm kuar taju..tapi xapa..janji mesej sampai
**petikan dari kuliah ustaz rifqi sempena iftar perdana anjuran HEP UTM
rakaman? nanti diupload. insyaAllah..
0 Perbincangan:
Post a Comment