Seorang anak murid kesayanngan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali yang dahagakan ilmu pengetahuan menulis sepucuk surat kepada gurunya untuk meminta nasihat khusus untuknya. Ayyuhal Walad karangan Al-Imam Al-Ghazali merupakan sepucuk surat balasan kepada surat anak murid kesayangannya tersebut.
Kesungguhan anak murid Imam Ghazali dapat dilihat apabila beliau memanfaatkan segala ruang yang ada untuk mendapatkan mutiara hikmah daripada seorang ulama’ tersohor pada masa tersebut.
Surat ini juga boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja pada masa sekarang kerana ianya merupakan himpunan nasihat seorang guru kepada muridnya dan umpama nasihat seorang ayah kepada anaknya sendiri.
Terdapat sebanyak 25 mutiara nasihat yang imam Ghazali sertakan dalam kitab ini yang sebenarnya dipetik daripada kitabnya sendiri Ihya Ulumuddin. Ia merangkumi banyak aspek termasuk berkaitan dengan ilmu, tasauf, tawakal, ikhlas dan sebagainya.
Sebagai seorang insan biasa, kita memerlukan banyak nasihat untuk memastikan hidup kita masih berputar di landasan yang betul. Buku ini amat berguna untuk menjadi teman kita dan dapat memberikan nasihat yang berguna setiap hari.
Semoga buku ini menjadi salah satu asbab untuk kita berubah kepada yang lebih baik..jadilah anak murid yang taat dan baik..
~semoga Allah memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihNya~
~ada soalan?~
Tajuk: Ayyuhal Walad (wahai anakku yang tercinta)
Karangan: Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Penterjemah: Abu Ali Al-Banjari An Nadwi
Terbitan: Khazanah Banjariah cetakan keempat, 2007
Harga: RM5.00
Mukasurat: 84
0 Perbincangan:
Post a Comment