Pusat Islam UTM, jumaat, 5 Februari 2010. Satu ceramah Islam bertajuk "hidup indah Bersama Islam" telah diadakan semalam oleh Kelab Iqra' UTM dengan kerjasama Fakulti Tamadun Islam. Ceramah selama hampir 2 jam itu telah disampaikan oleh seorang penceramah terkenal, Ustaz Zahazan Mohamed. Beliau merupakan seorang yang terlibat dalam bidang dakwah di akhbar, majalah, radio dan TV dalam dan luar negara sepaerti majalah solusi dan radio IKIM.fm.
bertemakan kesyumulan Islam, beliau telah berkongsikan banyak mutiara ilmu kepada ratusan hadirin yang datang. bermula dari kesyumulan Islam, beliau telah mengupas satu persatu kehebatan Islam dan penganutnya sama ada pada masa sekarang ataupun pada zaman Rasulullah SAW. antaranya ialah tentang kebijaksanaan Saidina Ali Karamallahu wajhah dalam menyelesaikan banyak masalah yang memerlukan pelbagai cabang ilmu pada zaman pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin.
Beliau juga turut menceritakan tentang keadilan saidina Abu Bakar As-siddiq yang sedia menerima pendapat sahabat lain dalam memutuskan sesuatu perkara. Saidina Umar Al-Khattab juga merupakan seorang khalifah yang zuhud sebelum dan selepas menjadi pemerintah terbesar negara Islam pada masa tersebut.
tidak ketinggalan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang taat kepada arahan dan perintah agama sehingga meng'iakan hadis Rasulullah ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
terdapat banyak perkara dan isu semasa yang disentuh oleh ustaz Zahazan dalam ceramah tersebut. penulis masih lagi belum mendapatkan rakaman suara ceramah tersebut. InsyaAllah akan diusahakan..
wallahu 'alam
~betapa indahnya hidup ini jika Islam dipegang dengan sebaiknya. alangkah ruginya orang yang memegang Islam dengan separuh-separuh. dan celakanya orang yang meninggalkan Islam dari cara hidupnya yang sentiasa memerlukan Rahmat dan Kasih sayang Allah.~
~ada soalan?~
Penulis:
Kamsar Bin Muhamad Bahron
3-SMM Kejuruteraan Mekanikal (Mekanikal)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Lagenda Pejuang Islam
0 Perbincangan:
Post a Comment