Monday, July 19, 2010

‘Amal Jama’I (Pengertian & Tuntutannya)



Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka jangan kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai seperti menghadiri masjid. (HR Ahmad bin Hanbal)

Dalam gerak kerja seharian, berseorangan adalah pilihan yang paling tidak tepat untuk dilakukan. Kerana serigala yang lapar akan membaham kambing yang bersendirian daripada kumpulannya. Amal Jamai’e adalah amalan yang sangat-sangat diperlukan dalam gerak kerja dakwah. Maka, risalah hasil tulisan Al-Fadhil Ustadh Yahya bin Hj. Othman ini diterbitkan untuk tatapan umum. Ia adalah hasil daripada pembentangan beberapa kertas kerja dalam program-program tarbiyah.

Muslim Haraki adalah seorang muslim yang telah menyertai harakah Islamiyyah. Mereka akan mengiklan secara terbuka bahawa perjuangan mereka adalah untuk membina masyarakat Islam, mendirikan Negara Islam, melaksanakan syariat Islam dan mengembalikan khilafah Islamiyyah di dunia seperti yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri. Jadi, muslim haraki sepatutnya menjalankan tugas dakwah mereka secara terbuka. Memberitahu setiap orang bahawa manusia perlu kembali kepada Sunnatullah dan ajaran Islam yang asli. Peranan dan tugas yang digalas amat besar dan berat. Dan kerjasama daripada sahabat-sahabat yang lain amat diperlukan umpama satu anggota tubuh yang sihat.

Budaya dakwah adalah nadi kepada sesuatu pertubuhan Islam. Dan dakwah itu adalah ILMU!. Oleh itu, setiap ahli mestilah menuntut ilmu dengan sebaik mungkin sesuai dengan kemampuan masing-masing. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Pendekatan dakwah adalah berbeza mengikut keadaan mad’u itu sendiri. Tanpa ilmu, seseorang itu tidak mungkin dapat melakukan gerak kerja ini dan kemungkinan untuk berputus asa adalah lebih tinggi. Pendekatan yang baik membantu kita untuk masuk terjun ke dalam masyarakat. Dan ketahuilah bahawa anggota harakah yang hakiki adalah anggota yang menyelesaikan masalah dan bukannya menimbulkan masalah!.

Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah SAW lalu dia bertanya: “orang yang berperang kerana mahukan ghanimah, orang yang berperang supaya disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?” sabda Rasulullah SAW: “sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi paling tinggi, maka dialah sahaja yang berperang pada jalan Allah”. (muttafaq ‘alaih)

Oleh kerana itu, kita telah bersetuju bahawa setiap umat Islam seharusnya melibatkan diri bersama dengan Persatuan Islam dan Dakwah adalah nadi kepada gerakan itu. Manakala ilmu pula adalah peluru kepada senjata yang ada. Dalam pada untuk mendapatkan ilmu, banyak program yang boleh dirangka untuk mempersiapkan setiap ahli dengan ilmu. Ta’lim bermaksud mengaji mempelajari memasukkan pengetahuan ke dalam otak fikiran kita. Manakala Tarbiyyah pula adalah mengubah segala sikap hati diri kita memancarkannya melalui penghayatan dengannya penuh kepuasan. Ta’lim itu ilmu. Tarbiyah itu amal. Qiyadah itu tanggungjawab. Mengapa harus berdiri memerhati dari jauh sedangkan kita mampu untuk menyertainya?..

Apakah bentuk Muslim yang diperlukan oleh masyarakat pada hari ini.
Dalam konteks Malaysia, berbilang bangsa dan agama tidak menjadi alasan untuk khalayak tidak hidup dalam keadaan harmoni. Ini adalah satu peluang yang baik kepada kita untuk menyampaikan dakwah dan mempersembahkan akhlak yang baik melalui dakwah bil-hal.

Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya di tengah-tengah manusia – punya daya sensitiviti yang baik. (hadis)

Muslim ini akan menjadikan Rasulullah sebagai model yang terbaik. Dengan akhlak Al-Quran, mereka akan sentiasa bercakap benar kerana ia adalah kemuncak kemuliaan. Mereka juga tidak ada perasaan hasad dengki.

Awas kamu daripada hasad, sesungguhnya hasad memakan amalan kebaikan seperti api memakan kayu yang kering. (riwayat Abu Daud)

Mereka juga merupakan penasihat di dalam masyarakat. Agama itu dalah nasihat. Mereka akan sentiasa memberikan pandangan yang membina dan berfikiran positif dalam memberikan pandangan. Di samping itu, muslim haraki mestilah menunaikan janjinya kepada masyarakat termasuklah menghadiri mana-mana majlis yang menjemput mereka. Jika tidak, dikhuatiri mereka telah mempunyai salah satu daripada cirri-ciri orang munafik.

Terdapat lagi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat dalam diri setiap muslim yang tidak dapat dituliskan di sini. Apa yang penting adalah semua akhlak yang baik boleh didapati dalam diri Rasulullah dan Baginda adalah qudwah hasanah yang relevan sampai bila-bila.

Catatan:
1) Setiap muslim perlu berakhlak mulia
2) Perlu menjalankan tugas dakwah
3) Perlu beramal dengan ilmu
4) Perlu menuntut ilmu
5) Perlu baca buku ini kerana ia sarat dengan nasihat kepada muslim.

Tajuk: Amal Jama’I (pengertian dan tuntutannya)
Tebal: 150 mukasurat
Penulis: Al-Fadhil Ustadh Yahya bin Hj. Othman
Harga: RM13
Kedai: Beli dengan kawan
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code