Sunday, July 25, 2010

Kasih Arjuna

salam.
diingatkan bahawa entri ini tidak bertujuan untuk mempromosikan filem lucah ini.
tiada gambar disediakan...
link asal: sini

ini adalah filem seram kata mereka...

“Sebagai pelakon baru, saya sekadar memenuhi arahan pengarah dan menuruti kehendak skrip. Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk beraksi panas sebagai tiket mendukung watak utama filem berkenaan. Namun, dalam sesebuah filem, faktor atau elemen seksualiti ada kalanya perlu sebagai pemangkin, begitu juga dengan Mantra. Yang penting, saya bukannya membintangi sebuah karya yang memberi fokus kepada elemen seks, sebaliknya filem bergenre seram.

catatan:
1) mantap sungguh pengarah tu. setiap arahan adalah mutlak dan wajib untuk setiap pelakon wala' dengan mereka. kalau tidak? padah akibatnya. agak2, diorang dah habis ka turuti Arahan Allah yang sepetutnya? gi lagi cari arahan yang lain.
2) saya setuju elemen seksualiti perlu untuk menjadi pemnagkin!. pemangkin untuk merosakkan minda dan jiwa masyarakat. agak2, untuk pasangan yang datang tgk cerita ni sebagai satu 'date', diorang akan kemana selepas tengok cerita ni?.

“Bagi saya, Mantra yang diselitkan dengan sedikit unsur seks, tidak adil rasanya diri saya dilabel cuba dieksploitasi. Sekalipun berkemban, babak berkenaan tidaklah keterlaluan. Namun, tentunya ia memberi pandangan tidak elok terutama kepada masyarakat desa. Apabila saya pulang ke kampung baru-baru ini, saya perlu memberi penjelasan supaya mereka tidak terus melabel diri saya yang bukan-bukan.

catatan:
1) berkemban tidak keterlaluan. kalau dia berkemban dalam bilik sorang2 xpala. kalau '1Malaysia' tengok macam mana?.
2) kalau nak jelaskan benda ni dengan penduduk kampung anda, maka saya cadangkan bagilah tazkirah di masjid kampung anda pada hari jumaat terakhir Ramadhan, selepas solat maghrib, di tempat imam solat. bagilah tajuk 'berkemban itu boleh asalkan tidak keterlaluan"..

“Bukalah minda, janganlah melihat Mantra daripada sudut negatif semata-mata apabila ia turut memaparkan sedikit adegan berahi, sebaliknya lebih menjurus kepada pendidikan dan pengajaran supaya kita tidak terjerumus mengamalkan ilmu hitam untuk mencapai sesuatu hasrat. Sewajarnya kita perlu mempercayai kebesaran Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya, sekali gus membelakangi kuasa jahat!,” katanya.

catatan:
1) saya nak tambah. MINTALAH AMPUN DARIPADA-NYA DAN BERTAUBATLAH

7 Perbincangan:

Anonymous said...

"hari jumaat terakhir Ramadhan, selepas solat maghrib, di tempat imam solat."

-kenapa waktu tersebut??


"saya perlu memberi penjelasan supaya mereka tidak terus melabel diri saya yang bukan-bukan"

-label sbg apa?? dan kenapa??
p/s-ayat2 tuan tanah menimbulkan byk persoalan pd sy..klu sudi jawab lah

SAR said...

Assalamualaikum,

Media dan hiburan pada masa kini memang dah keterlaluan. Semuanya tak apa..semuanya OK..hairan betul mcm mana filem-filem begini boleh lepas dari tapisan..

Kalau berterusan mcm ni, jgn tunding jari pada sistem pendidikan jika generasi strusnya tak jd manusia lagi...

Pucuk pimpinan negara pon terima ja...

lagenda pejuang islam said...

ano:
1)kalau nak faham lagi, sila rujuk link yang diberi
2)saja jak mau ikut stail ust hasrizal. biasanya, kalau waktu dan tempat begitu, hanya benda baik yang bermain di fikiran org. biasanya lah
3) berdasarkan artis tu, sejak dia balik kampung, org kampung dia dah pandang serong ngan dia. sebab dia berlakon lah

sar:
1) se7!
2) sila guna nama lain. itu nama saya..

Anonymous said...

owh baru faham..
pengolahan yang baik..

-apa punca permasalahan ini?? kerajaan, ibu bapa,artis, pengarah, penonton,media massa?? tepuk dada tanya iman..

-ya allah sembuhkanlah ummat ini

lagenda pejuang islam said...

ok.
sila jangan selalu sangat tuding jari kepada orang lain. muhasabah diri. apa yang sudah kita buat untuk masalah ni.

Anonymous said...

Tidak bermaksud menuding jari pada sesiapa pun.. namun penyelesaian pada sesuatu permasalahan itu bermula dengan penemuan punca permasalahan tersebut..

wallahua'alam

lagenda pejuang islam said...

ok. bahek lah.
tuding jari kepada diri dan orang lain. apa aku dah buat untuk kerajaan supaya mereka jalankan tanggungjawab. apa aku dah buat untuk kepada artis supaya mereka sedar? dan lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code