Di bawah satu langit Ilahi
Pada malam minggu, dalam pada laporan penuh latihan industri belum siap, letih kerana berjoging, dan pelbagai lagi keadaan dan perasaan yang tidak enak, aku kuatkan semangat untuk pergi ke sebuah KONSERT!
Siapa kata orang Islam tidak boleh pergi konsert? Sapa kata orang Islam tidak boleh berhibur?. Tapi pada malam itu, hiburan bukanlah agenda utama kedatangan. Tapi untuk mengingatkan diri yang leka bahawa terdapat air mata yang menanti pembelaan di sana.
Aqsa Syarif adalah antara penggerak kempen pada malam itu. Ribuan ringgit Berjaya dikutip khas untuk warga Palestina. Namun ianya bukan satu nilai yang mencukupi untuk menampung penderitaan khalayak sana. Tapi aku puas. Masih ada lagi warga yang prihatin dengan mereka.
Konsert dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan SatNa dan saudara Amni Jagat. Anda patut tengok persembahan mereka yang bertenaga dan mengembalikan nostalgia lagu-lagu aku masa kecil dulu..huhu
Persembahan seterusnya disampaikan oleh Ustaz Nazrey termasuk dengan nyanyian comel anaknya sendiri. Beliau dapat menunjukkan bahawa setiap warga harus terlibat dalam perjuangan umat ini. Hatta kanak-kanak pun mampu untuk melakukan sesuatu!. Anda bagaimana?
Persembahan seterusnya adalah persembahan sajak oleh saudara Amni Jagat..
Derita di bawah langit hitam Palestin
Langit hitam datang liar mengaburi kian
Dan bintik hitam harum luruh penuh menyelaputi dada bumi
Datang keruh lintang angin Barat Palestina penuh khabar
Ah! Sebuah kemenangan
Diatas langit barat sana enam dekad tingginya
Datang sekumpulan keldai bangsat
yang berak diatas kepala puluhan ribu warga penindasan
Aku penat mendengar dengan telinga
Aku pernah melihat dengan mata
Dua ratus ribu orang ditahan
Disekat segala keperluan mereka
Dan mereka dikurung dibalik tulang besi
Aku ingin bertanya
Sengsara apa yang aku tanggung?
Aku bertanya Angkara apa yang menimpa sana?
Aku terus bertanya apa yang sebenarnya yang dikatakan itu telah kamu lalui?
Penjajahan demi penjajahan terus menerus berkuasa
Membunuh, menindas, bangga diri
Ya! Aku hari ini berdiri demi pembelaan
Titisan hujan yang hadir di halamanku ini
Adalah wakil air mata pengharapan pada kehilangan
Diktator adalah binatang yang menggunapakai kezaliman
Zionis adalah syaitan yang kencing di tembok kedamaian
Kapitalis adalah langit hitam yang meliputi sinar kehilangan
Matahari malap kekaburan
Siang mula dilihat seperti malam
Biarkan benih-benih damai tidak lagi berfungsi
Anak-anak kecil teriak kelaparan
Darah mereka mencecah merata bumi
Tanpa ayah, tanpa ibu dan tanpa pembelaan
Tempatan tangan-tangan mereka disatukan
Untuk bangkit menentang segala kepalsuan
Kesengsaraan menjadi racun peperangan
Kini, bumi palestina nafasnya nazak mencengkam warisan berdarah
Markaba, apache, dan ---- adalah senjata yang menjadi hakim menghukum
Terkangkang dari asas dendam penjajahan
Aku merenung kedalam air mata
Yang mengambil dari teriakan anak-anak penderitaan
…….cont
Satu sajak yang cukup kasar untuk binatang itu.. walaupun sajak ini tidak mampu untuk menyakiti mereka tapi ia mampu untuk menyuntik semangat kepada hadirin pada malam itu. Jika tidak pergi berjuang, menyumbang pun jadi lah.. teringat pula dengan Syiekh Ahmad Yasin yang pada suatu ketika dahulu seorang tua yang tidak mampu untuk berdiri. Tapi kata-katanya mampu untuk menggentarkan hati Yahudi Laknatullah dan membakar jiwa sanubari pemuda dan warga Palestin. Sehinggakan Yahudi itu terpaksa menghantar helikopter hebat yang lengkap dengan senjata misile yang canggih untuk membunuh beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat..
Ustaz Nazrey berpesan.. jika kalian tidak mampu untuk menyanyi seperti ini, kamu masih mampu untuk mengundang penyanyi seperti ini dan membuat program seperti ini. Jika kamu tidak mampu melakukannya, kamu masih mampu untuk MENYUMBANG!
Untuk menyumbang boleh buka laman web Aqsa Syarif atau blog rasmi Ustaz Nazrey. Dan ingatlah. Kita bukan dipersoalkan dengan setiap nyawa rakyat Palestin. Tapi kita akan dipersoalkan dengan setiap titis darah dan air mata mereka.
Catatan:
1) Tiket berharga RM5 untuk dewasa
2) Semasa sesi bergambar dengan Ustaz Nazrey, beliau berpeluh dengan banyak. Siapa kata kerja ni tidak memenatkan?
3) Aqsa Syarif ada menjual bermacam-macam produk untuk dijual. Dari buku hingga kurma
4) Bilakah lagi kita akan melihat konsert ‘baik’ ini dibuat secara besar-besaran menandingi konsert ‘jahat’ itu?
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
0 Perbincangan:
Post a Comment