Sunday, February 6, 2011

Time traveler

Teori konspirasi. Haha..
Orang tua-tua selalu kata, masa itu emas.
Hassan Al-Banna kata, kerja yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada.
Hamka kata, orang yang lambat datang temujanji/mesyuarat dari masa yang ditetapkan adalah pembohong.
Muhammad saw bagitahu, orang yang hari ini sama sengan hari esok adalah orang yang rugi.
Dan ramai setuju masa itu tidak dapat dihentikan.

Ini bermakna, masa beberapa saat yang anda guna untuk baca entri ini diambil dari masa umur anda. Jadi, terpulang kepada anda untuk menjadikan pembacaan ini sebagai booster untuk anda menjadi orang yang lebih efektif terhadap masa atau sebaliknya.

Persoalannya, bolehkan manusia mengembara merentas masa?. Lihat video ini..



ini video rakaman sebelum pertunjukan filem Charlie chaplin (zaman tidak ada telefon bimbit) “The Circus" pada tahun 1928. Ia menunjukkan seperti seorang lelaki tua sedang menggunakan telefon bimbit!.

Hebat?. Jangan terus gelabah. Sebab ada pendapat mengatakan bahawa lelaki itu sebenarnya sedang memakai alat bantuan pendengaran yang dipasang di telinga (memang wujud masa tu). Soalannya, dia sedang bercakap dengan siapa?. Haaa..
gambar sebelah ni adalah alat bntuan mendengar yang digunakan sejak akhir kurun ke-19




Ini pula gambar yang ditemui di muzium virtual Bralorne Pioneer, British Columbia, Canada. Diambil pada tahun 1940. Jadi, ini bukan photoshop. Orang yang peka akan terus melihat lelaki yang pelik dalam gambar ni. Dia pakai kemeja-T ketat, pakai cermin mata hitam dan pegang kamera DSLR.
Hebat?. Ini juga ada hujah untuk menyangkalnya.





Ini adalah ARGUS MODEL AF pada tahun 1937










Ini adalah ‘Kodak Folding Pocket model’. Mula digunakan pada awal kurun ke-20.


















Ini adalah sweatshirts yang tidak asing lagi pada 1940-an












Apa kata Einstein?




Kalau Einstein tidak berbohong dan teori dia benar, dan kita ada peluang untuk bergerak lebih laju dari cahaya, maka kita akan melihat masa sekeliling seolah-olah berhenti. Tapi persoalannya,
1. Macam mana kita nak tengok keadaan yang ‘seolah-olah berhenti’ itu dalam keadaan kita bergerak sangat laju?.
2. Macam mana kita nak pergi ke masa lalu?


Apa kata movie?

Eh, aku tengok movie jugak?. Aku suka tengok movie kalau ia mencabar minda dan boleh bawa aku berfikir. Bukan cerita yang menunjukkan hantu bunuh orang semata-mata dan pada minit terakhir datang seorang ustaz berkopiah putih dan membunuh hantu tersebut. Salah satu movie yang meninggalkan kesan yang mendalam adalah movie jepun ini. Ia adalah satu-satunya movie time traveler yang aku rasa logik.


Cuba fokus pada minit ke 1:08..

Ini secara automatik menafikan kemungkinan aku kembali ke tahun 2005 dan membantu diri aku yang tingkatan 5 bertumbuk dengan geng kampung sebelah dan memberi kemenangan kepada aku dan diri aku yang tingkatan 5. Kenapa? Sebab perkara itu sudah berlaku dan secara jelas aku yang tahun 2011 tidak datang membantu pada masa tersebut (yang aku ingat la..). Jadi, tidak mungkin ada istilah sejarah masa lalu berubah.


Timeline

Berdasarkan kepada apa yang aku faham, maka, aku rasa timeline/garisan masa hanya ada satu. (kecuali dalam kamen rider den-o). semua orang melalui laluan yang sama. Masa bergerak pada kadar 60 saat seminit. Cuma orang yang melaluinya adalah berbeza-beza. Ada yang bergerak pantas, ada yang biasa dan ada yang bergerak lebih lambat dari masa itu. Apa yang penting, tidak ada yang bergerak ke belakang. Semua ke hadapan.

Semua manusia mengembara merentas masa ke masa hadapan dengan kadar 60 saat seminit!.


Kesimpulan

Maka kesimpulannya, semua orang sedang bergerak ke masa hadapan. Yang berbeza adalah selaju mana mereka bergerak. Jika anda dapat berfikir dan bergerak selaju Clark Kent atau Kamen Rider Kabuto pada Hyper Clock Up, maka anda dapat merasakan masa bergerak dengan perlahan (you have plenty of time in one day). Dan sebaliknya jika anda adalah jenis berfikir dan bergerak dan merespon secara pasif seperti siput khinzir, maka anda akan merasakan masa bergerak sangat pantas. (you will be too busy to keep-up with the time).

Dalam Islam, terdapat istilah yang dipanggil keberkatan masa. Ia menunjukkan bagaimana tokoh-tokoh Islam zaman silam menghabiskan umur mereka yang pendek (ada yang hidup hanya 30 tahun) tapi dapat meniggalkan sejarah hidup yang sangat panjang. Dapat menghasilkan tulisan yang sangat banyak (dibandingkan dengan umur) dan dapat menghasilkan kajian yang sebenarnya juga mengambil banyak masa. Apa rahsianya? Anda lebih tahu. Wallahu ‘alam..

This second will not come back again next time. So I must use it with the fullest!.
~Kamsar, 6 februari 2011, 10.51pm.

Catatan:
1. Movie jepun tu bertajuk “Summer time machine blues”
2. Aku masih harap kita boleh pergi merentas masa.
3. Selagi tidak ada dalil yang menyanggah manusia merentas masa, selagi itu ada kemungkinan manusia boleh merentas masa.
4. Kalau nak kata entri ini merepek, bagitahu di ruangan komen.
5. Kalau ada benda nak tambah, bagitahu di ruangan komen.
6. Kalau nak movie di atas, bagitahu di ruangan komen dan pastikan anda adalah orang yang mempunyai sangat banyak masa.


Lampiran





brader ni kata, dia datang dari tahun 2256 masihi













brader ni kata, dia jumpa diri dia di masa hadapan.











Sedikit tentang summer time machime blues.
Kerana sebiji alat kawalan jauh penyaman udara yang rosak pada waktu musim panas..

14 Perbincangan:

NORA BELLA said...

Salam tuan tanah,
saya mahu movie jepun tu boleh?

lagenda pejuang islam said...

wlm
adeh..muslimat lah pulak yang mintak.
adakah anda free?

nur atikah shaari said...

salam.dalam kos kitorang ade belajar pasal relativity dan relativity yang dikatakan adalah special relativity,teori einstein tu..n sebenarnye memang ade pun timeline seperti yang dikatakan. tapi kalau nak terangkan memang sangat panjangla,n kalau nak jadi muda boleh pergi ke space,itu dipanggil teori twin paradox dan time dilation.banyak kena belajar baru boleh faham benda2 ni.btw,nice shot n fakta2 fiziknya pun betul.

NORA BELLA said...

ouh,
limit untk min shj kah?

lagenda pejuang islam said...

NAS: bhe..makasih!
~pasal muda kalau tinggal di angkasa tu saya masih kurang percaya lagi..
~ada lagi persoalan lain yang menarik tapi lupa untuk dikongsikan..

NB: ia untuk semua. kontek saya privately

nur atikah shaari said...

tambahan,kalau rajin boleh cari dalam buku giancoli,n kalau lebih2 rajin,boleh tengok dalam buku modern physics,kat situ dah dibuktikan teori muda diangkasa bukan setakat melalui persamaan tetapi juga melalui experiment yang dijalankan.pasal back to the past tu,tak pasti lagi kesahihannya

Cahaya Kemudahanku~ said...

atikah, sedikit kesalahan di situ.. konsep muda di angkasa lepas still kurang boleh digunakan sbb hanya bole terjadi jika acceleration constant drpd bumi.. konsep yg kta gne scra teori tu hnya klo kelajuan constant drpd bumi dgn kelajuan cahaya.. klo nk btolak drpd bumi, mesti kne ade peningkatan acceleration drpd 0 kpd kelajuan chya.. so, konsep tu klo kre2 teori je bole tp praktikalnye no komen..

lagenda pejuang islam said...

naaa..apa cer nih?
kalau acceleration constant, maknanya halaju sentiasa bertambah.
~pasal awet muda tu lagi, masih tak pasti walaupun dah tengok beberapa penjelasan pakar. sebab detik kehidupan kita sentiasa bergerak. berapa laju? ta' tahu..haha

Cahaya Kemudahanku~ said...

eh.. byk pulak silap ayt kt stu.. pening la plak cmpur2 bi ngn bm.. sat2.. edit ayt tu..

konsep muda di angkasa lepas hanya bole terjadi scra teori ats kertas n praktikalnya xsure..
teori=gne kelajuan constant drpd bumi dgn kelajuan cahaya..
praktikal=klo nk btolak drpd bumi, mesti kne ade peningkatan kelajuan(sbb nk mle bgerak) drpd 0 kpd kelajuan chya atau acceleration mesti kne ade..
so, konsep tu klo kre2 teori je bole tp praktikalnye no komen..
tp kelajuan chya, manusia still xbole gerak selaju itu.. konklusinye, it is impossible..

nur atikah shaari said...

no3..refer balik kepada buku modern fizik karya stephen t.thornton dan andrew rex. sya tak pasti di halaman mana,tapi to say it imposibble,it same just like we say to make the rocket flies to the space is imposibble.dar segi acceleration constant,kalau kita lihat kembali dalam newton 2nd law tetapi yang part acceleration constant dengan mass yang berubah. kalau diperhatikan,kita yang akan tetapkan berapa kelajuan roket tersebut, tak semestinya bergerak pada kelajuan cahaya dan kalau kamu ingat dalam kelas en rahim suhaili,ada diberitahu bahawa kita memang tidak akan mencapai kelajuan cahaya tetapi kita hanya boleh dapat sekurang-kurangnya 0.9c. refer balik nota sem 2.

Che'gu Din said...

Salute la kam, cam best je entry ko ni~selamat mengkaji | dari RnR ke RnD

lagenda pejuang islam said...

peh..mantap jugak.
1) pernah dengar gak pasal newton 2nd law.. F=dv/dt*m + dm/dt*a kalau x silap.
2) bukan ana kata xleh capai kelajuan cahaya. sebab mungkin satu hari nanti kita boleh cipta 'jump'. gerak trus kelajuan cahaya start dari awal
3) tapi kalaupun kita boleh gerak selaju tu, so what? mcm mana boleh muda?
4) yang ana tau, kalau kita dah gerak laju tu, keadaan sekeliling akan jadi perlahan. everything like a slow motion. so, bukankah ini bermakna yang kita akan menua lebih cepat? bah 3 kali..
ke, ada link untuk ke lecture note sem 2?

Mohd Hafizul Hilmi said...

teori je semua ni . hahaha

Lagenda said...

chis! (Kamsar, 2018)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code