Friday, February 4, 2011

Menjadi Belia Cemerlang


Tahukah anda,
=)Nabi Muhammad dilantik menjadi utusan Allah ketika berusia 40 tahun.
=)Jaafar bin Abi Talib dilantik menjadi ketua rombongan hijrah ke Habsyah ketika berusia 20 tahun.
=)Mus’ab bin Umair dilantik menjadi wakil Nabi di Yathrib/Madinah untuk berdakwah ketika berusia 24 tahun.
=)Umar Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor Madinah ketika berusia 25 tahun.
=)Usamah bin Zaid dilantik menjadi panglima tentera Islam membebaskan Palestin ketika berumur 18 tahun.
=)Imam Syafi’e diberi kepercayaan mengeluarkan fatwa ketika berusia 15 tahun.
=)Kamsar bin Muhamad Bahron telah memenangi pilihanraya sekolah dan dilantik menjadi Naib Ketua Pengawas SMK Abaka Tawau ketika berusia 16 tahun.

So what?
Kalau mereka semua berada di zaman penulis, maka ia akan jadi begini..
=)Jaafar bin Abi Talib dilantik menjadi ketua rombongan hijrah ke Habsyah ketika berada di tahun 2 Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UTM.
=)Mus’ab bin Umair dilantik menjadi wakil Nabi di Yathrib/Madinah untuk berdakwah ketika menghabiskan tesis master beliau.
=)Umar Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor Madinah ketika menjalani latihan sebagai junior engineer.
=)Usamah bin Zaid dilantik menjadi panglima tentera Islam membebaskan Palestin ketika belajar di Kolej Matrikulasi Labuan.
=)Imam Syafi’e diberi kepercayaan mengeluarkan fatwa ketika ingin mengambil PMR di SMK Abaka.
=)Kamsar bin Muhamad Bahron telah memenangi pilihanraya sekolah dan dilantik menjadi Naib Ketua Pengawas SMK Abaka Tawau ketika berusia 16 tahun.

Kalau kita melihat kebelakang, kepimpinan dan sejarah pemimpin-pemimpin terdahulu cukup banyak untuk dibaca dan diteladani. (kecuali yang terakhir tu). Dan tahukah anda, mereka semua adalah golongan belia.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan, belia adalah rakyat yang berusia di antara 15 hingga 40 tahun (Malaysia).

Perkataan belia dulunya merupakan perkataan yang sangat berkuasa. Mereka adalah golongan yang mengalami klimaks dalam hidup. Segalanya dilakukan dengan sepenuh hati dan seluruh kekuatan. Seperti kisah-kisah para Rasul dan sahabat Baginda, mereka adalah LAGENDA yang menyejarah.

Namun kini, perkataan itu semakin menjadi kotor dan jijik. Ia sering dikaitkan dengan masalah sosial, golongan yang bermasalah, golongan yang keliru dengan identiti diri dan kelompok yang sering memberontak.

Buku Menjadi Belia Cemerlang karangan Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM ini menyingkap mengenai siapa sebenarnya golongan belia ini. Satu golongan yang sebenarnya mempunyai kuasa pengubah dan pengaruh yang sangat besar. Beliau (Ust. Mohd Ismail Mustari) turut memuatkan beberapa formula untuk mengekstrak bakat dalam diri belia dan turut membentangkan beberapa kajian yang pernah dibuat berkaitan dengan belia.

Diribut runduklah padi,
Dicupak Datuk Temenggung,
Hidup kalau tidak berbudi,
Duduk tegak berdiri canggung.

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa adalah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Mahasiswa adalah kelompok yang dipinjamkan oleh masyarakat untuk menuntut ilmu. Maka, satu hari nanti mereka mesti kembali kepada masyarakat untuk berkhidmat. ~tak tahu siapa, 2009

Catatan:
1. Saya adalah belia
2. Belia adalah asset Negara yang perlu digilap potensi mereka. (Ismail, 2006)
3. Ust Ismail ambil jurusan dakwah.


Tajuk: Menjadi Belia Cemerlang
Tebal: 207 mukasurat
Penulis: Ust Mohd Ismail Mustari
Harga: RM24.00
Kedai: Quong Ming Bookstore Tawau
Penerbit: PTS Professional

4 Perbincangan:

Anonymous said...

salamun 'ala manittaba'al huda...

hahahaha...
lucula kamsar nih...
tak kering gusi sy dibuatnya...
good job kam...

fantasy and reality said...

asalamualaikum..... hahahahahahahaha aishhhhhhhhhh... kelakar tahap moksya.... bermanfaat tahap dewa.... semoga ada barakah

Anonymous said...

salamun 'ala manittaba'al huda...

subhanallah, hebat para mujahid dakwah itu..

Lagenda said...

wlm.
ha? part mana yang lucu? baru lah..
keyo: moksya tu nate gapo?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code