“Krrrrrrriiiiiiiggggggggggg!!!!!”
“tap!”. Tidak sampai 3 saat jam loceng yang dikunci pada pukul 5.30 pagi itu berbunyi, ia sudah dimatikan.
Gua duduk di atas katil sebelah meja belajar. Mambaca Al-Quran sejak setengah jam lepas. Tinggal dua muka surat untuk menghabiskan 1 juzuk dan gua akan bertahajjud sebentar sebelum pergi ke surau untuk melaungkan azan.
Tepat pukul 5.50 pagi, gua bergegas pergi ke surau untuk membuat persiapan solat berjemaah. Dalam perjalanan, gua terserempak dengan Joy. Dia mengenakan jubah putih Al-Haramain dan berserban ekor pendek. Sama seperti gua. Dan tanpa berlengah, kami pun berlari ke surau dan berebut untuk azan. First come first serve. Sapa azan, dia dapat pahalanya.
Sampai di surau dalam keadaan tercungap-cungap, kami melihat tidak kurang 50 orang mahasiswa lain sedang menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran. Gua pandang Joy. Joy pandang gua. Kami segera menuju ke rak Quran dan membaca Al-Quran beserta terjemahannya.
Hari itu hari jumaat. Antara yang turut hadir waktu subuh itu adalah Ray. Budak mekanikal dan hafal 3 juzuk Quran lebih banyak dari gua. Maka dia pun pimpin solat. Dia baca surah Sajadah waktu solat. Semua makmum mendengar dan ikut solat dengan khusyuk sehingga habis solat.
Usai solat subuh, tidak semena-mena Joy bingkas bangun dan melaungkan azan. Gua rasa pelik. Jemaah lain hairan. Azan Joy sangat kuat. Terlalu kuat. Sangat menusuk hati. Gua membeliakkan mata dan gua melihat keadaan sekeliling yang gelap. Kipas berpusing ligat di siling. Sebelah kanan gua kelihatan laptop gua yang masih gigih mengira dan membuat simulation untuk PSM gua.
“cet!. Dah subuh. Rasa macam baru 2 minit gua tidur”
Dan seperti biasa, gua akan lupa tentang apa yang gua mimpikan tadi. Yang pasti mimpi tu macam mimpi yang indah. Berdasarkan pengalaman 3 tahun setengah di sini, surau itu akan iqamah 10 minit lepas azan. Bilik gua hanya 100 meter dari surau. Hari itu hari jumaat. Pelajar Yaman tu mesti baca surah panjang tu lagi. Dan gua pun sambung tidur 10MINIT…
Pukul 7 pagi, gua bangun. Jalan terhuyung-hayang menuju ke tandas dan berwudhuk.
“haii..baru nak solat kew?” Joy menyapa.
“aku tidur lewat semalam doh. Aku baru je bangun”
“isk teruk betul lah ko ni. Dah lah. Cepat sikit. Kita solat berjemaah”.
[Jeda]
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Baqarah: 148)
~kamsar, 18 Mac 2011, 4.24pm
Catatan:
1. Jom berlumba!
Lampiran:
ewww.. takut dowhh..
hahaha
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
2 Perbincangan:
lima perenggan pertama macm bes jak jln crita tapi... pa pun jam 7 pagi terang sudah di tawau n kk....
haha..ni waqi' semenanjung lah. student life..
Post a Comment