[latar: UTM]
“Saya menjadi pembantu Rasulullah saw. selama 10 tahun. Beliau sama sekali tidak pernah mencela dengan kata, ‘Ah,’ terhadap apa pun yang saya perbuat, beliau tidak pernah bertanya, ‘mengapa kau lakukan hal ini?’ Dan terhadap apa pun yang saya tinggalkan, beliau juga tidak pernah bertanya, ‘Mengapa tidak kau lakukan hal ini?’ Sungguh, Rasulullah saw. adalah manusia yang paling baik akhlaknya. Tidak pernah saya menyentuh kain katun, sutera, atau apapun yang melebihi lembutnya telapak tangan beliau. Tidak pernah pula saya mencium minyak misik atau wewangian apa pun yang lebih harum daripada aroma keringat Rasulullah saw.”
~Riwayat Tirmidzi, Baghawi, Bukhari, dan Muslim~
Buku ditutup rapi lalu diletakkan di atas riba. Kelihatan beberapa orang mahasiswa sedang berkayak perlahan. Angin sejuk dan lembap menampar muka perlahan. Suasana hari itu terlalu nyaman untuk membaca buku. Rasanya menikmati pemandangan tasik petang itu lebih mengasyikkan.
Kata orang, tempat ini sangat sesuai untuk menghilangkan stress dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Sebab itu aku suka datang ke sini setelah melalui hari-hari yang menguji hati. Kadang masalah hati, kadang sakit hati dengan sikap manusia dan kebodohan sistem si sini. Itu kata orang. Tapi sebenarnya aku datang ke sini untuk berfikir tentang masalah-masalah itu. Kan mahasiswa tidak boleh berhenti berfikir…
Biasanya apabila berhadapan dengan masalah sikap seseorang, kami diajar untuk berlemah lembut. Bila berselisih pendapat, kami diajar agar berlemah lembut. Bila jadi ketua, kami diajar agar berlemah lembut dan mendengar pendapat. Itu yang diajarkan kepada kami..
Masih berfikir panjang… Choki-choki di tangan setia menanti untuk dimakan.
“Cip, apa kau tenung tu? Dari tadi aku tengok kau pandang Air Compressor tu. Takut-takut nanti muka serius kau tu letupkan pula benda tu.”
“ha? Apa kau cakap? Aku ndak dengar”
“Adoi! Aku cakap, itu Damper untuk Hopper bos suruh siapkan dalam masa tiga hari. Kalau tidak siap kita terpaksa belanja McDonald untuk semua orang dalam Engineer Room.”
“Ha?” Dalam keadaan roh baru kembali ke sabah, aku masih bingung.
“Itu lah kau cip. Susah betul suruh orangmu. Kau bos bah di sini. Kalau kau suruh, diorang mesti ikut. Kalau diorang tidak ikut, kau berhak buang diorang ke department lain.” Salah seorang fitter aku menyampuk sambil menghabiskan saki baki rokoknya.
“Iya! Betul itu!. Aku tengok kau ni tidak pandai marah orang. Kalau engineer sebelum ni, mana ada orang berani lawan.” Semakin ramai orang menyampuk. Suasana dalam bengkel jadi meriah lalu mengimbau kembali kenangan mereka bersama engineer mereka yang tegas dahulu.
“Baiklaaahh!!!...” aku menjerit sederhana kuat sambil membuat gaya Son-Goku ingin bertukar menjadi Super Saiya. Semua mata memandang aku.
“Kau, kau, kau, kau, buat damper tu sampai siap. Kamu kan dengar cakap..” aku matikan ayat.
Aku bingkas bangun lalu mencapai Wakie Talkie, Topi dan paket Choki-choki yang masih berbaki tiga batang. Aku berjalan pantas keluar dari bengkel. Sekali lagi rancangan aku untuk marah dan menjerit tidak berjaya. Mungkin aku terkena jangkitan ‘senyum sokmo’ dari seseorang…
Kerana ingin menjadi engineer terbaik dalam sejarah kilang, aku telah mengorbankan sifat terpenting seorang engineer. Leadership! Tapi ia tidak akan lama kerana aku sedang belajar dan terus belajar. Oh karisma.. di manakah engkau…
[latar: Bukan UTM sebenarnya. Hahha!]
..
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
0 Perbincangan:
Post a Comment