Dulu..
Masa kami darjah enam, pukul lima subuh (di Sabah) kami sudah bangun. Berjalan kaki 500 meter ke perigi. Dalam gelap, kami berkongsi mandi dengan orang kampung.
Masa itu juga, kami berjalan 1.01 kilometer ke sekolah suka menconteng arang ke gambar muka seorang pakcik bersongkok yang ditampal di sepanjang jalan ke sekolah. Pakcik tu suruh undi. Tapi kami tak tahu macam mana mahu undi.
Kami terdengar perbualan orang kampung, calon itu berjanji akan membawa masuk bekalan air jika dia menang. Kami tumpang gembira walaupun kami tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan calon. Asalkan dapat mandi dan minum air paip, semua orang gembira.
Hari itu, semua orang dewasa keluar rumah. Ingin pergi mengundi kata mereka. Kami semua tidak boleh ikut. Apabila mereka pulang ke rumah, semuanya tersenyum gembira. Lori besar datang mengiringi mereka dengan membawa tangki besar berwarna biru untuk setiap rumah yang mengundi. Kami semua gembira. Maka bertambahlah tangki di rumah kami untuk menadah air hujan.
Jasa mereka terus dikenang. Kerana mereka memberi kami tangki yang boleh menadah air hujan.
Nota untuk pemimpinku:
1) Kami bukan tidak suka kepada bantuan. Cuma kami harapkan pemimpin yang mampu mentadbir negara sehingga rakyatnya tidak lagi memerlukan bantuan.
2) Zaman khalifah Umar, rakyat bingung mencari tempat membayar zakat. Zaman Khalifah Najibiyyah, dana Tabung Haji jadi isu.
3)
Lebih banyak bantuan diumum. …
0 Perbincangan:
Post a Comment