Hati seorang lelaki…
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki…
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pesti lurus perananmu sebagai LELAKI!
Lelaki.. sama ada seorang anak, ayah, suami mahupun seorang dai’e, mereka tetap seorang lelaki. Mereka mengasihi dan ingin dikasihi. Memberi bukan untuk menerima. Memimpin dan dipimpin.
Mereka adalah satu golongan yang mendapat peranan yang penting, memainkan peranan itu dan menjadi orang yang penting di dunia.
Jika mampu, jadilah pohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput tapi jadilah rumput yang paling hijau I muka bumi.
Huhu..buku ni memang satu buku yang sangat menarik!. Mampu menyentap hati lelaki yang membacanya. Mempunyai empat bahagian. Anak, suami, ayah, dan dai’e. anda akan merasa insaf dan sedar dengan pengorbanan ibubapa. Jerih payah mereka membesarkan kita tatkala membaca bahagian anak. Anda akan merasa bersemangat, tak keruan dan perasaan yang bercampur baur bila mana membaca bahagian suami. Anda juga akan menyedari hakikat tanggungjawab yang sebenar seorang ayah. Betapa berat tanggungjawab satu batang tubuh yang bernama ayah apabila membuka lembaran bahagian ayah dalam buku ini. Bettul nih!! Tak tipu..
Dai’e?? tak payah cerita lah..banyak input yang kita boleh garap daripada buku ni.
Tak percaya? Boleh baca sendiri. Kalau nak cari di kedai, kena pandai cari lah sebab buku ni memang sangat laku. Buktinya, semasa aku beli buku ni di student union building UTM, inilah cetakan yang terakhir..huhu..alhamdulillah.. semasa PMIUTM bukak gerai konvo baru-baru ni, buku ni jugak antara buku yang paling cepat habis. Malah..ada lagi pelanggan yang kecewa dek kerana kehabisan stok!!
Jadi, semoga gugusan kisah tarbiah seorang anak, suami, ayah dan dai’e ini dapat dijadikan iktibar dalam hidup.
Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.
Walau apapun, suka kiranya aku menegaskan perkara yang ditegaskan oleh penulis dalam buku ni..
~Carilah sesuatu yang “luar biasa” di sebalik buku yang
kelihatan biasa-biasa ini!~
kelihatan biasa-biasa ini!~
Penulis : Pharol Mohd Juoi
Telaga Biru Sdn Bhd
272 muka surat
Semenanjung Malaysia : RM20.00
1 Perbincangan:
Jom beramai-ramai pergi... Ustaz Pahrol Juoi bagi ceramah... http://kelab-iqra.blogspot.com/2009/09/majlis-ilmu-dan-iftar.html :D
Post a Comment