Kebahagiaan. Satu kata yang mudah untuk diungkapkan dan digambarkan. Namun tidak semudah itu untuk dikecapi. Ramai mengakui rasa bahagia namun hampa. Menjadi salah satu fitrah manusia yang lemah merasa bahagia dengan kehadiran insan yang istimewa dalam kehidupan mereka.
Tidak menjadi kehairanan sekiranya ramai manusia tercari-cari pasangan semata-mata untuk membahagiakan diri sendiri. Namun yang menjadi persoalan adalah sama ada cara yang dilakukan adalah betul atau tidak. Semoga perhubungan yang dibina mendapat rahmat dan redha Allah SWT dan dijauhkan daripada maksiat yang tidak pernah lari daripada hasutan syaitan yang menipu.
Perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Segala perkara yang sebelumnya diharamkan akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan kerana Allah. Kekasih Halal adalah teman setia yang akan menemani pasangan mereka mengemudi bahtera kebahagiaan.
“lelaki soleh boleh didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang haram. Dia juga sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang akan mendorongnya kearah maksiat dan menariknya ke jurang neraka yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah SWT dan RasulNya walau di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja.”
Memeteik ayat dari buku ini, menjadi seorang lelaki yang soleh bukan sesuatu perkara yang mudah melainkan perlunya mujahadah yang hebat dan peperangan dengan diri sendiri untuk memastikan nafsu jahat sentiasa ditundukkan dan dikawal. Zaman muda adalah zaman kegagahan dan “kepemudaan adalah satu kegilaan”. Oleh itu, mengharapkan pasangan yang baik sahaja adalah tidak mencukupi tetapi perlu untuk menjadi baik terlebih dahulu untuk memenuhi prasyarat “leaki baik untuk wanita baik!”.
Buku karangan TGNA dan Hasmariza Md Hashim ini merupakan satu catatan ringkas yang padat dengan nasihat untuk orang yang bakal berkahwin atau yang sudah berkahwin. Pada mulanya, saya tidak menyangka bahawa isi buku ini adalah berkaitan dengan rumah tangga dan terus membelinya. Setelah membacanya, timbul satu kesedaran dalam diri bahawa ilmu rumah tangga bukan hanya perlu dipelajari semasa hampir dengan masa perkahwinan tapi ia seharusnya dipelajari sejak dari awal lagi kerana sesuatu bidang ilmu itu tidak mungkin dapat dipelajari dalam masa yang singkat.
“biar kita tidak cantik dipandang penduduk bumi, tetapi biar nama kita menjadi perbualan penduduk langit”
Konklusinya, pelajari ilmu rumahtangga agar kita tetap bersedia menuju hari yang bahagia…
Catatan:
- Orang yang baca buku ini tidak semestinya akan berkahwin dalam masa terdekat.
- Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah majlis perkahwinan
- Sesuai dijadikan hadiah kepada suami atau kepada isteri
- Baca buku ini umpama menerima tips dan nasihat daripada seorang yang telah lama berkahwin bernama Nik Abdul Aziz.
- Anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar
Tajuk: Bunga Kebahagiaan
Tebal: 191 mukasurat
Penulis: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim
Harga: RM20
Kedai: Badan Cemerlang Sdn Bhd, Plaza Angsana JB
Penerbit: Anbakri Publika Sdn Bhd
5 Perbincangan:
nampak dahhh..
alhamdulillah satu pandangan yang menarik..
sekadar bertanya..time beli buku ni apa yang enta fikir pasal kandungannya??
sbb dari tajuk pn boleh nampak isi kandungan..just curious nak tahu
pijo: ko tak nampak keee!!
Annoy: pasal kebahagiaan la..dan sumber kebahagiaan bukan ITU sahaja..
hmm sejauh mana kebenarannya tu..
anyway semoga bertemu kabahagiaan yang dicari
Amin Ya Rabb!
Post a Comment