Tuesday, October 5, 2010

Kisah budak Final Year: Part 1

Terkenang detik-detik aku mula ber’blog’ dua tahun lepas. Aku datang awal ke UTM rimbun bernaung untuk menjemput adik-adik yang bakal menjejakkan kaki mereka ke bumi UTM sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi. Masa tu aku tiada kerja. Tapi internet ada. Laju pulak tu.
Masa tu main friendster. Aku main sampai bosan . Dan dikisahkan bahawa satu hari tu, seorang senior dengan sukarelanya menawarkan kepada sahabat-sahabat PMI kepakaran beliau. MEMBUAT BLOG!. Terima kasih Mr Yakuza!
Masa tu aku buat sebab ingin mengisi masa lapang. Sekarang blog yang aku buat tu (dengan memperuntukkan lebih banyak masa untuk memikirkan nama yang sesuai dan gempak), adalah sebuah page yang wajib aku bukak kalau bertemu dengan internet selepas facebook dan email.
Satu peringatan, blog ini adalah berkaitan dengan kehidupan aku yang aku rasa perlu dikongsi dan ada pengajaran, pendapat, perkongsian dan lain-lain. Sebarang kritikan dan kutukan amatlah dialu-alukan untuk menambahbaik lagi corak pemikiran sang penulis. Titik. Habis cerita lama. Sekarang kita akan cerita benda baru dan berfaedah. Setiap mahasiswa tahun akhir akan melaluinya. PROJEK SARJANA MUDA!.

Ada yang memanggilnya PSM, ada yang panggil UGP.
Ada jugak yang panggil projek sakitkan mental
Ada jugak yang panggil ultimate great pressure! Tapi yang penting, kita mesti siapkan benda ni kalau nak grad.

Seorang senior pernah berpesan, kalau aku nak buat PSM, aku kena pilih tajuk yang boleh menyumbang kebaikan untuk Islam. Barulah ada semangat sikit nak buat dan keberkatan tu InsyaAllah akan ada. Jadi, masa pilih tajuk, aku dengan semangatnya memilih projek “designing rain harvesting for Masjid Taman University, Skudai”. Aku akan membina bahagian Masjid!. Ini bermakna, 8 jam kredit sepanjang tahun akan dihabiskan di Masjid.

rajah menunjukkan Masjid Jamek Taman Universiti Skudai

Tapi semasa keputusan tajuk keluar, aku dapat tajuk lain. Kecewa besar maa.. aku akan mengira tenaga yang terserap oleh struktur nipis apabila dikenakan impak. Faham? Tak faham itu normal... aku rasa seperti tak berguna dan kecewa dengan tajuk yang aku dapat tu. Tapi.. sesuatu telah merubah sudut pandang aku tentang tajuk pelik ini.. kenapa? Ha...

~konsep ibadah dan gerak kerja islam bukan berlatarbelakangkan masjid sahaja..~

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code